Catatan

[ LAPORAN | KELAS KEMAHIRAN IJTIMAK DESIGNER BKASM | SIRI 1 ]

Imej
 [ LAPORAN | KELAS KEMAHIRAN IJTIMAK DESIGNER BKASM | SIRI 1 ] 1 MAC 2023, HAYYU ASYIR - Kelas Kemahiran Ijtimak Designer BKASM siri 1 anjuran Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2022/2023 telah diadakan baru-baru ini bertujuan bagi melahirkan pelapis serta mengasah kemahiran ahli dalam bidang multimedia dan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli designer BKASM. Program tersebut telah berlangsung bermula dari jam 4.00 petang sehingga 9.30 malam bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir.  Program tersebut telah dihadiri oleh 31 orang peserta ikhwah dan 27 orang peserta akhawat termasuk bilangan mentor dan penggerak program Ijtimak Designer. Majlis dimulakan dengan pembentangan slot pengisian berkenaan "Pengenalan dan Asas Reka Grafik" yang telah disampaikan oleh Ustaz Ilman Baihaqi bin Bahrim, (Setiausaha Agung BKASM sesi 2022/2023). Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibantu oleh mentor bagi memudahkan peserta dalam menguasai asas Reka Grafik dengan dibekal

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Imej
 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa satu telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2022/2023 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 10 Februari 2023. Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah. Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat iaitu dari firman Allah SWT:  { وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا } maksudnya: “Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanm

[KUNJUNG HORMAT YANG DIPERTUA BKASM DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

 [KUNJUNG HORMAT YANG DIPERTUA BKASM DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ] 26 JANUARI 2023, KHAMIS, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) dan Ustaz Amirul Rasyid bin Shamsudin selaku Pembantu Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar, Yang Dipertua BKASM sesi 2022/2023, serta barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan penasihat BKASM sesi 2022/2023. Pertemuan yang berlangsung adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2022/2023 serta membentangkan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi. Di samping itu, peringkat BKASM dan Pegawai Atase Pendidikan Selangor juga saling bertukar pandangan s

[ KEPULANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) DAN SAMBUTAN KEDATANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) YANG BAHARU ]

Imej
[ KEPULANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) DAN SAMBUTAN KEDATANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) YANG BAHARU ] 23 DISEMBER 2022, KAHERAH - Penghantaran pulang Ustaz Mohd Yasser bin Abd Ghani, Mantan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) dan keluarga di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir yang diiringi Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar dan beberapa Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2022/2023. Pada 26 DISEMBER 2022, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) telah menyambut kedatangan pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) yang baharu iaitu Ustaz Zulhusni bin Abd Rashid. Turut serta dalam Sambutan Kedatangan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) adalah Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar dan barisan Ahli Jawatankuas

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Imej
  [ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah, thaqafah dan pendidikan ahli.  Seperti sedia maklum, pengajian fasa satu bagi sesi 2022/2023 sedang berlangsung dan peperiksaan bagi penggal pertama akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan yang bakal tiba.  Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 9 DISEMBER 2022, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini demikian bagi memberi rua

[ STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2022/2023 ]

Imej
[ STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2022/2023 ] Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023. Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Ikhwah: MUHAMMAD ZUL HAZIQ BIN ABU BAKAR (YANG DIPERTUA) AMIRUL AZZIM BIN HAMIDON TIMBALAN YANG DIPERTUA I (LAJNAH PERANCANG I) MUHAMMAD ILMAN BAIHAQI BIN BAHRIM SETIAUSAHA AGUNG (LAJNAH MUHAFAZAH) AHMAD MUBASYIR BIN KAMARUZZAMAN TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG I (LAJNAH PENDAFTARAN) IBNU QAYYIM BIN IBNU MUEZ (BENDAHARI KEHORMAT) MUHAMMAD FARIS ANAS BIN MOHAMAD RAZIF  (KETUA LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH) MUHAMMAD KAMIL ALIF BIN MOHD GHAZALI (KETUA LAJNAH PENDIDIKAN) MUHAMMAD ISMA SYAFIQ BIN MOHD AZIZZUL ZULKARNAEN (KETUA LAJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN) MUHAMMAD NAUFAL BIN SUHAIMI (KETUA LAJNAH KEBAJIKAN) AMIR FARIS BIN MOHD ASRI (KETUA LAJNAH EKONOMI) MUHAMMAD NUR IHSAN BIN ZAKARIA (KETUA LAJNAH PENEMPATAN DAN PERUMAHAN) MUHAMMAD NABIL BIN ROSLEE   (KETUA

[ MATEEN '22 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 DAN MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH KECEMERLANGAN BKASM 2022 ]

Imej
 [ MATEEN '22 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 DAN MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH KECEMERLANGAN BKASM 2022 ] 25 OKTOBER 2022, SELASA dan 29 OKTOBER 2022, SABTU - KAHERAH: Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan satu program mega gabungan antara Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-47 dan Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan BKASM 2022 di bawah satu nama iaitu MATEEN '22.  Program ini telah bermula pada 25 Oktober 2022 dengan Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan BKASM 2022 bertempat di Nasr City Company Club, Hayyu Tasi'. Program ini bertujuan untuk meraikan kejayaan para graduan serta pelajar cemerlang pengajian Islam BKASM dengan pangkat jayyid dan ke atas di samping dapat menaikkan semangat agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga menatijahkan kejayaan yang cemerlang untuk Islam khususnya. Program dimulakan dengan pengisian Kalam Tausiyah oleh Syeikh Dr Abdul Aziz Farj, Ketua Qism Fiqh Muqoron, Kul