Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

JADUAL TREMCO IMTIHAN:Pmram Cawangan Selangor

Imej
    Berikut adalah jadual Tremco Imtihan yang disediakan daripada Lajnah Sambutan & Rehlah,BKASM sesi 2012/2013 khusus  buat ahli PMRAM Cawangan Selangor sepanjang musim imtihan Fasa 1 bahgian ikhwah dan akhawat.Seperti yang sedia maklum,perkhidmatan tremco imtihan ini ditaja sepenuhnya oleh Pejabat HEP Selangor. IKHWAH   AKHAWAT BITTAUFIQ WANNAJAH.SALAM IMTIHAN "PASAK KEILMUAN,TEGUH PEMIKIRAN" "KITA PMRAM"

MISI MUMTAZ IMTIHAN

Imej
  بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para sahabatnya, ahli keluarganya, dan pengikutnya sehingga hari kiamat. Firman Allah Taala dalam Al-Quran yang mafhumnya : “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang – orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan – pesan dengan kesabaran”. Sedar mahupun tidak, musim imtihan telah hampir, fatrah yang dimana menuntut kepada semua penuntut ilmu untuk menekankan soal masa yang tidak ternilai lebih – lebih lagi mahasiswa/wi. Sudahkah kita bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan dalam dewan peperiksaan, jika belum masih belum terlambat untuk berubah. Hari ini, BKASM dan PMRAM sentiasa menekankan soal penjagaan masa kepada ahlinya serta memberi ruang kepada ahli untuk serba sedikit memahami pelajaran melalui kelas tutorial yang t

BKASM meneruskan aktiviti kebajikan kepada ahli

Imej
ISNIN 24 DI SEMBER 2012, Lajnah Sambutan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 12/13 dalam memastikan kebajikan ahli terus diutamakan telah bekerjasama dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor (HEP) Mesir dalam menguruskan tramco imtihan peperiksaan semester 1 mahasiswa-mahasiswi Pengajian Islam. Menurut saudara Muhamad Nazif Shaari Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah BKASM 12/13, “Alhamdulillah BKASM pada tahun ini telah mendapat peruntukan daripada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP Selangor Mesir untuk menguruskan tramco imtihan bagi peperiksaan mahasiswa-mahasiswi pengajian islam yang bakal bermula pada 29/12/2012.” Pihak BKASM mengharapkan dengan adanya perkhidmatan tramco ini dapat membantu sedikit sebanyak kecemerlangan ahli BKASM. Pihak BKASM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP Selangor Mesir yang bertungkus lumus dalam membantu mahasiswa-mahasiswi Selangor khususnya. “Bersatu Berkebajika

TINTA JUMAAT :MENGERTIKAN KEJAYAAN

Imej
"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri  dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri...." (Al-Isra’ [17]: 7)     Sayyid qutub di akhir hidupnya memberikan satu yang berharga untuk kita. Beliau berkata, “Kebahagiaan yang saya rasakan bukan terjadi ketika saya menerima sesuatu daripada orang lain, tapi ketika saya memberikan sesuatu kepada orang lain.” السلام قبل الكلام السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sejahtera penulis ucapkan kepada semua .          Dalam menghitung beberapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah masuk ke dewan Imtihan, maka tidak salah kiranya Tinta Jumaat minggu  ini membawakan satu tajuk seputar peperiksaan, ERTI KEJAYAAN. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t.,          Semasa masih di bangku pengajian, kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan. Lebih banyak kita tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam.          Bagi yan

BKASM KESAL DENGAN ISU PENGHINAAN ULAMA ISLAM OLEH ILMUAN MUDA UMNO

Imej
  بسم الله الرحمن الرحيم قال إمام اللقاني في جوهرة التوحيد : الحمد الله على صلاته ثم سلام الله مع صلاته على نبي جاء بالتوحيد وقد خلا الدين عن التوحيد فأرشد الخلق لدين الحق بسيفه  وهديه للحق محمد العاقب لرسل ربه وآله وصحبه وحزبه قال رسول الله صلى الله عليه و سلام : " العلماء ورثة الأنبياء " Maksudnya : “Ulama pewaris para nabi” Merujuk kepada Muqaddimah dan Sabda Rasulullah S.A.W di atas sudah cukup memberikan jawapan yang sempurna kepada seluruh alam khususnya manusia  bagi menjawab persoalan siapakah itu Utusan yang membawa risalah Agama ? dan siapakah yang menjadi waris kepada para utusan ?  Tiada jawapan lain melainkan Para Rasul sebagai utusan Allah dan Ulama’ sebagai pewaris mereka(Para Anbia’) Maka Ulama’ itu adalah pemimpin yang membawa seluruh ummah kepada kebenaran yang nyata. Jadi, adakah ada manusia lain yang lebih layak daripada mereka(ulama’) yang benar-benar mengikuti jalan Para Anbia’ dalam memberikan pendapat dan nasihat dalam setiap

Cintakan Ilmu & Ulama:"Muhadharah Ammah PMRAM Cawangan Selangor"

Imej
1 DISEMBER 2012, Kaherah – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2012/2013 telah mengadakan satu Muhadharah Ammah yang dibentangkan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Asyraf Hamid Hasanain dan diterjemah oleh Ustaz Muhd Shahir bin Shahbudin,Penasihat MKKK.Muhadaharah diadakan di Musolla Darul Ehsan,Kompleks Hayyu A'syir . Ia diadakan untuk meningkatkan thaqafah ahli dalam memahami konsep,peranan dan manhaj tasawuf yang sebenar dalam pembinan ummah. Disamping itu muhadharah ini juga bertujuan melahirkan rasa "Cintakan Ilmu" dalam kalangan ahli dan rasa kepentingan berdampingan dengan para ulama' khususnya masyaikh Al-Azhar . Selain itu juga, Muhadharah ini merupakan salah satu usaha bersama untuk menjayakan pembawaan BKASM pada sesi ini iaitu  " Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"             Majlis ini dimulai dengan alunan burdah dan qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Muizzuddin bin Mohd Kamarul Zaman (dari

Hubungan BKASM terjalin kukuh bersama PMRAM

Imej
ISNIN 3 DISEMBER 2012 ,Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13 telah mengadakan kunjungan rasmi kepada para pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012 di pejabat rasmi PMRAM Pusat,Hayyu Sabie.Turut hadir juga Ustaz Mohd Saifullah Abu Bakar dan Ustaz Abdullah Shahrul Rosli selaku Penasihat BKASM sesi 12/13 bagi memeriahkan lagi pertemuan rasmi pada sesi ini.          Pertemuan ini diadakan bagi memastikan hubungan kerjasama yang telah terjalin diantara BKASM dan PMRAM Pusat terus bertambah baik dari masa ke semasa.Selain itu juga,pihak BKASM sedia membantu PMRAM dalam memastikan kelangsungan kebajikan material dan pendidikan anak-anak Melayu yang berada di perantauan Mesir khususnya pelajar Selangor.          Pertemuan bermula pada pukul 7.00 malam.Dimulakan dengan sesi taaruf sesama ahli pimpinan BKASM dan PMRAM Pusat, kemudian diteruskan dengan cadangan dan pembaik pulihan gerak kerja selaku cawangan yang berada dalam naungan

KARYA KREATIF : WARKAH BUATMU TEMAN

Imej
Berbisikkan namaMu ya Ilahi yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta Sang Pentaut hati… إنه من سليمــن وإنه بسم الله الرحمــن الرحيم ألا تعلوا علي وأتونى مسلمين Khusus buatmu TEMAN yang disayangi kerana Ilahi. Sekujur tubuh yang lemah ini meninta rindu padaNya buat disampaikan padamu, Sekalung rindu beserta seutas rantai tasbih ukhwah ku titipkan padamu, Seluas lautan nil kesyukuran daku bentangkan padaNya Yang telah  menghamparkan nikmat pertemuan yang sedetik nian, Tiada dapat ku ungkap madah bicara hati ini saat sekian lama tiada ketemu, Andai bisa ku kecapi semula nikmat ini,tikar sejadah ku rebah padaNya. Ukhwah yang berbunga keranaNya pasti akan diuji dengan dedaun perpisahan, Namun ranting-ranting pertemuan tetap bertahan pada sang pokok, Kerana akarnya sangat ampuh walau dibidas dengan badai kesedihan. Andai dikau mengerti wahai TEMAN, Rimbunan kesibukanku di sini telah menenggelamkan buah rindu, Pada memoirku yang dahulunya sangat ku r