Jumaat, Ogos 24, 2012

CIRI – CIRI SEORANG PENDAI’E




من قال لا إلـه إلا الله فهو الداعي

Mafhum daripada hadis ini ialah

“Barang siapa yang mengatakan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH adalah seorang dai’e”.

Namun adakah kita semua sedar dan pernahkah terlintas dalam benak pemikiran kita ini bahawasanya kita ini adalah seorang daie ataupun pendakwah? Justeru adakah kita sedar akan ciri-ciri yang melayakkan kita ini digelar sebagai seorang dai’e? Seorang daie perlu mempunyai ciri-ciri yang membezakan diri nya dan juga manusia biasa yang lain. Antara ciri – cirinya adalah seperti berikut :


  • Seorang daie mesti berfikiran luas dan positif.



Hal  ini merupakan suatu kewajipan bagi seorang dai’e kerana secara umumnya seorang pendai’e akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang pelbagai namun biasanya cabaran mahupun dugaan yang dihadapi adalah amat memeritkan. Tanpa berfikiran luas dan positif, amat sukar untuk seorang pendai’e menghadapi dan mengatasi mehnah dan tribulasi yang sentiasa datang.

  •  Seorang dai’e mampu berfikir dengan kreatif dan bijaksana.



Hal ini amatlah diperlukan kerana mad’u kepada seorang pendaie adalah terlalu ramai ,  justeru bagaimanakah kemampuan pendaie untuk mengaplikasikan pembawakan yang hendak dibawa kepada madu samada sesuai dengan keadaan mad’u tersebut.

 Firman Allah Taala yang mafhumnya :

“Serulah (manusia) kepada jalanTuhanmu dengan hikmah dan bijaksana…”
                                                                                                                                      An-Nahl : 125

  •                 Seorang pendaie mestilah seorang bersedia untuk berkorban.


Secara umumnya seorang dai’e hendaklah bersedia berkorban samada dari sudut harta, jiwa dan segenap kepunyaannya apabila tiba masanya tidak kira senang mahupun susah demi  memastikan rantai perjuangannya selama ini dapat diteruskan dan kekal dari generasi ke satu generasi.

  •                 Seorang pendaie mestilah seorang yang berjiwa sosial.


         Orang yang suka menutup diri ( bersendiri ), bererti dia tidak memiliki jiwa sosial, dan sesiapa yang tidak memiliki ciri ini, maka dia tidak layak menjadi dari sebahagian pendukung dakwah ini yang secara umumnya tertegak atas dasar taaruf . Kerana dakwah mesti disebarkan di masyarakat dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.

Inilah sebahagian daripada ciri – ciri yang mesti ada pada diri seorang daie kontemporari.Ciri- ciri ini sewajibnya dilekatkan pada diri seorang daie tanpa dilepaskan walau sesaatpun kerana ini diantara yang membezakanseorang daie dengan manusia yang lain.

“Pelapis Idaman Ummah”
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”

Nukilan oleh  :
Abdul Hakim Khairuddin
Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi  11/12.

0 comments:

Catat Ulasan