Jumaat, September 14, 2012

Bakti Siswa Al-Azhar BKASM meneruskan penerangan survivor pewaris anbiya di SAMTTAR




Tarikh   : 6 Sept 2012.
Tempat : Dewan tingkatan 6 bawah SAMTAAR
Masa    : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari.

Seramai lebih kurang 60 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al-Azhar  telah bersama para pelajar STAM Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR) Sg.Manggis Banting dalam menjayakan program Baktisiswa Mesir – Pengenalan Pengajian di Mesir pada tahun ini.

Program ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi dengan pendaftaran pelajar.Seramai 89 orang peserta yang terdiri daripada 33 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah terlibat dalam program ini.

Program diteruskan dengan ucapan pembukaan yang diberikan oleh saudara Mohd Ikrami Bin Daim,pemangku pengarah program juga selaku Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM.Beliau menyatakan hasrat serta harapan Yang Dipertua BKASM terhadap para pelajar yang merupakan anak-anak Selangor untuk mewarisi perjuangan para anbia’ dalam menuntut ilmu selari dengan tema Program Baktisiswa ini iaitu “Bumi Anbia , Nadi Ulama” .

Seterusnya,bersambung dengan slot 1 iaitu “Islam dan Al-Azhar” yang telah disampaikan oleh saudara Ahmad Safwan Bin Muhamad Yusof,mahasiswa Syariah Islamiyah.Antara intipati yang disentuh berkaitan sistem pengajian di Al-Azhar.Kemudian,diteruskan dengan Gerak Kerja Berkumpulan 1(Hati ke hati).Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil,para pelajar saling bertukar soalan dan berkongsi pengalaman dengan fasilitator yang merupakan mahasiswa/wi Al-Azhar sendiri secara lebih dekat.

Tepat jam 11.15 pagi para peserta disajikan dengan slot yang seterusnya yang bertajuk ‘Mahasiswa & Persatuan’.Slot ini telah disampaikan oleh saudari Siti Farhani Bt Ahmad Fuad wakil dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM),dan juga saudari Aina Nadzirah Bt Mohd Yunus wakil dari Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang mana merupakan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM .Para pelajar dapat memahami peranan dan kebajikan yang telah diberikan oleh  persatuan mahasiswa di Mesir iaitu PMRAM dan BKASM.

Susulan kepada slot kedua ini adalah gerak kerja secara berkumpulan dan para pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan puzzle didalam bahasa arab. Rata-rata pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik sama ada ketika perbincangan dalam kumpulan ataupun ketika pembentangan slot . Program berakhir tepat jam 12.30 tengah hari dan disusuli  sesi bergambar mahasiswa Mesir,adhoc perlaksan bersama pelajar STAM dan guru pengiring Ustazah Norlina Shamsuddin.


“Mesir : Bumi Anbiya , Nadi Ulama”
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”


Yang menjalankan tugas,

FAIZAH MOHD RAZI
Timbalan Setiausaha,
Program Bakti Siswa Mesir (Pengenalan Pengajian di Mesir),,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2011/2012.








0 comments:

Catat Ulasan