Sabtu, September 29, 2012

Mahasiswa-mahasiswi sewajibnya bersatu mempertahankan BKPJM




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT tuhan pencipta alam semesta yang memberikan rahmat kepada seluruh alam. Selawat dan salam keatas nabi junjungan Muhammad ibnu Abdullah SAW,pengutus risalah kebenaran, serta para sahabat dan keluarga baginda SAW.

Saya selaku wakil kepimpinan dan ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 merasakan amat kece
wa dengan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak terbabit dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ini.Selaku duta yang bernaung dibawah PMRAM,kami bersepakat akan bersama dengan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) dalam mempertahankan nasib mahasiswa-mahasiswi di perantauan ini.

Sejarah ini mengingatkan kita akan peristiwa genting yang dialami oleh BKASM satu ketika dahulu.Corak ugutan yang sama,mendesak para pelajar turut sama bersama mereka dan menfitnah BKASM dengan sekejam rupa.Ingatlah,para anbiya tidak mewariskan kita selaku umatnya dalam bentuk penindasan dan mengadu domba.

Sekali lagi,saya menyeru kepada seluruh ahli BKASM sentiasa mengambi cakna dalam isu saudara kita PMRAM cawangan Johor dan sentias bersiap sedialah untuk membantu saudara kita dalam apa jua keadaan sekalian pun. Lazimilah doa kita kepada Allah di atas kezaliman yang berlaku kepada saudara kita :
Sabda Rasulullah S.A.W :

اتق دعوة المظلوم فإنها ليس بينها وبين الله الحجاب

Makna : takutilah doa orang yang dizalimi , sesungguhnya tiada hijab diantara doa (mereka yang dizalimi) kepada Allah Ta’ala.

Laungkanlah slogan “Kita PMRAM” sebagai tanda kesatuan Islam yang melaksanakan agenda Islam dan menentang kezaliman orang munafik dan musuh Islam yang lain.

“Bersatu Berbakti”

“Kita PMRAM”

Sentiasa berkhidmat untuk islam,

Abd Mun’im Abd Sukor@Rahmat
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan