Khamis, September 13, 2012

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT BERSAMA EXCO NEGERI SELANGOR SESI 11/12





JUMAAT 7 SEPTEMBER 2012, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dan JAIS telah menganjurkan sebuah Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi yang bakal melanjutkan pengajian di bumi Mesir.Majlis telah diadakan di Masjid Ubudiah Seksyen 19,Shah Alam.

            Majlis bermula sekitar jam 6.45 petang dengan sesi pendaftaran daripada para pelajar.Seramai 70 orang pelajar yang terdiri daripada pengajian islam,perubatan dan qiraat yang telah berdaftar.Majlis kemudian dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan ucapan pembukaan daripada YB Dr Abd Rani Osman.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dengan bacaan yassin dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Muhd Khairullah Hashim,mahasiswa jurusan bahasa arab Al-Azhar,Kaherah

           Majlis diteruskan dengan sesi taklimat ke Mesir yang disampaikan oleh pengarah program Ustaz Muhammad Bazli Badarudin.Selepas itu para hadirin di hidangkan dengan sedikit tayangan video yang telah disediakan oleh pihak pelaksana program.Majlis kemudian berhenti rehat dan solat isya’ secara berjemaah.

         Setelah selesai solt isya’,majlis bersambung dan diserikan lagi dengan ramah mesra dan sesi soal jawab pelajar dan ibubapa bersama wakil daripada ILMAM,BKASM dan PERUBATAN yang diwakili oleh Ustaz Mohd Firdaus Madzlan,Ustaz Muhammad Salihin Abdullah dan Dr.Amir Syahid.

         Kemuncak majlis penutupan telah diakhiri dengan ucapan dari pengerusi ILMAM Ustaz Farhan Madzlan dan YB Dr.Halimah Ali selaku wakil Exco Negeri Selangor,Pengerusi Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinngi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.Antaranya intipati ucapan YB Dr. Halimah Ali adalah:  

"Saya mengucapkan tahniah kepada BKASM dan ILMAM kerana bersungguh-sungguh dalam membantu mahasiswa baru demi meneruskan pembelajaran mereka disana."                                                                               "Saya percaya anak-anak mampu mengolak langkah menerusi perjuangan para anbiya'.Saya juga percaya adik-adik berjaya mengarungi selok belok rintangan dan cabaran yang berada di sana,anda mampu menjadi orang yang hebat."

         Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu dan ditangguh dengan bacaan tasbihkafarah dan surah Al-Asr.Sebelum bersurai majlis menjemput ibubapa dan para pelajar ke tempat jamuan yang telah disediakan.Daripada maklumat yang diterima,insyaallah para pelajar bakal berlepas ke bumi Mesir pada akhir September ini.


“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”


Mohd Iqbal Atan
Setiausaha,
Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat,
Bersama Exco Negeri Selangor,
Badan Kebajika Anak Selangor
Sesi 11/12









0 comments:

Catat Ulasan