Jumaat, September 21, 2012

Ahlan Wasahlan kepada mahasiswa-mahasiswi baru Selangor




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Bersyukur kepada Allah rabbul jalil dengan limpah dan kurnianya masih diberikan peluang kehidupan hingga ke hari ini.Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad SAW,keluarga serta sahabat baginda.

Hari demi hari,tahun demi tahun silih berganti,kedatangan mahasiswa membanjiri bumi anbiya ini telah bermula.Antara sebab kemahsyuran bumi Mesir hingga hari ini ialah wujudnya satu institusi yang melahirkan pelbagai jenis cendiakawan,pelapis dan pemikir iaitu Universiti Al-Azhar.Ia menunjukkan bahawa kewibawaan tanah air Mesir diharumi dengan benih keilmuan.

Ahlan wasahlan diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi baru yang bakal menyambung pelajaran di Ardul Kinanah ini.BKASM mengalu-alukan kedatangan bakal pelapis idaman ummah yang akan mewarisi akhlak dan keperibadian para nabi ke sini.

BKASM telah mewujudkan unit khas iaitu USMB “Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru” dalam membantu kebajikan mahasiswa baru bagi memudahkan kelancaran pembelajaran di sini nanti.Justeru itu,sebarang permasalahan dan keinginan bolehlah merujuk unit tersebut bagi memudahkan urusan kalian disini nanti.

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) merasa bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan pelajar yang datang ke Mesir terjaga.BKASM juga mengharapkan bakal azhari dan azhariah dapat menyesuaikan diri berdasarkan suasana disini.

“Generasi Berakhlak Pewaris Anbiya”
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”

Abd Mun’im Abdul Sukor@Rahmat
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 12/13

0 comments:

Catat Ulasan