Ahad, Oktober 14, 2012

PROGRAM RIADAH UKHUWAH MAHABBAH DI ZAHRA’


Pada 29 haribulan yang lalu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) di bawah Lajnah Kesenian Dan Sukan telah mengadakan satu program riadah ukhuwah bertempat di Pusat Sukan Zahra’. Program ini disertai anak-anak Selangor khususnya pelajar-pelajar yang baru tiba bertujuan:
1.       Meraikan kehadiran pelajar-pelajar baru
2.       Meningkatkan ukhuwah di antara ahli-ahli  BKASM  khususnya abang-abang lama dan pelajar-pelajar baru.

Sebuah bas telah disediakan dan mula bertolak  pada jam 7.30 malam. Sesampainya di sana, pembahagian kumpulan dilakukan dan  dibahagikan kepada dua padang. Tepat jam 8.30 malam, permainan dimulakan dan semua ahli menunjukkan kemahiran dan kesungguhan masing-masing serta menunjukkan persaingan yang sihat.

Setelah lebih dua jam berlalu, permainan dihentikan dan semua diarahkan untuk kembali berhimpun. Sambil merehatkan badan dan menghilangkan keletihan,  semua ahli mendengar kalam  dan ucapan yang disampaikan oleh Ketua lajnah Kesenian dan Sukan BKASM, Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian  dan Timbalan Yang Dipertua 1 BKASM, Ustaz Fikry Hakim sebelum bersurai.
Walaupun keletihan, para hadirin kelihatan gembira dan menunjukkan nilai ukhuwah yang tinggi di antara satu sama lain. Semoga program kali ini menjadi satu wasilah rahmat Allah yang maha luas serta mendapat keredhaan dari-Nya di dunia dan akhirat.

"PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN"

Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi  2012/2013


0 comments:

Catat Ulasan