Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Transformasi Ummah Berkualiti : LPP Kader Ahli Menerusi Teknologi

Imej
20 & 21 November 2012 – Kelab LPP,Lajnah Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 telah mengadakan bengkel teknikal LPP bersiri selama dua hari.Bengkel tersebut berjalan selama 3 jam bermula pada 8.00 p.m dan berakhir pada  11.00 p.m. Bengkel ini diadakan secara tertutup dan hanya khusus untuk semua Ahli Jawatankuasa setiap unit bagi  Lajnah Penerangan dan Penerbitan.      Siri pertama merupakan bengkel teknikal Audio yang dikendalikan oleh ustaz Muhammad Taufiq bin Dahlan manakala siri kedua merupakan bengkel teknikal Video yang disampaikan oleh ustaz Azfar Khairul Ammar.Tenaga pengajar merupakan antara orang yang mahir dan berpengalaman di dalam bidang tersebut.kedua-dua bengkel teknikal ini bukan hanya dilaksanakan secara  teori sahaja malah praktikal juga turut diaplikasikan.    Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran AJK dalam bidang teknikal serta melahirkan generasi yang mahir dalam teknologi

Bersatu Berkebajikan:BKASM Prihatin

       18 November 2012- “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Satu ungkapan yang tidak terungkap saat kami berkesempatan menziarahi seorang pelajar akhawat tahun 2 pergigian.           Beliau yang dikenali sebagai  Ummu Nabilah Shuhardi  telah mengalami kemalangan teruk apabila hampir keseluruhan badannya telah melecur akibat letupan bahan ujikaji ketika membuat praktikal di makmal.  Kemalangan menyebabkan pelajar tersebut cedera parah terutamanya di bahagian muka dan tangan. Mangsa ditempatkan di Hospital Syuru’,Tanta, bagi mendapatkan rawatan susulan.            Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi,Pegawai HEP Selangor turut turun padang untuk melihat sendiri keadaan mangsa.Antara barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang turut menziarahinya, ialah Ustaz Abdul Mun’im B. Abd Shukor @ Rahmat Tuan Yang Dipertua (YDP BKASM), Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail Timb. Yang Dipertua 2 (TYDP2),Ustaz Asraf Bin Alias (Ketua Lajnah Ekonomi), dan Ustazah Nor

SEJENAK BERSAMA MUSYRIF

Imej
      7 NOVEMBER 2012, KAHERAH - Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM 2012/2013) telah mengadakan satu perjumpaan untuk menemukan kesemua akhawat Selangor dengan musyrif pada pukul 9:00 malam bertempat di Musolla Darul Ehsan. Turut hadir bersama Yang Di-Pertua BKASM,Ustaz Abdul Mun’im Abdul Syukur.           Hadaf perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada akhawat amnya dan mahasiswi-mahasiswi baru khususnya mengenai etika musyrif dan hisbah Selangor.Di samping itu juga dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam kalangan musyrif dan juga akhawat melalui soalan-soalan yang diajukan kepada pengisi.Satu borang muhasabah dan jadual musyrif telah diedarkan kepada setiap akhawat untuk menilai dan menyelaraskan jadual tugasan musyrif supaya tidak berlaku pertindanan waktu bertugas. Pembentangan  etika musyrif telah disampaikan oleh Ketua Unit Perhubungan Lajnah Kebajikan,Ustaz Azri Shamsuri.Pembentangan etika musyrif ini

Dakwah Kontemporari V4 2012 melahirkan generasi kontemporari

KHAMIS,1 November 2012 – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan satu program mega iaitu Dakwah Kontemporari V4 bertempat di Dewan Solah Kamil, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis. Program ini merupakan salah satu program mega tahunan BKASM. Seramai 250 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada 114 orang peserta ikhwah manakala selebihnya 136 orang peserta akhawat. Dakwah Kontemporari V4 pada kali ini bertemakan “Siasah Syar’iah Peneraju Daulah”. Antara objektif yang cuba diketengahkan pada kali ini ialah memberi kefahaman tentang fiqh daulah selain daripada memberi penerangan berkaitan pelaksanaan undang-undang Islam yang sebenar. Program bermula seawal jam 7.30 pagi bagi pendaftaran para peserta. Majlis diteruskan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir. Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ustaz Abdul Hadi bin Jusoh, Badan Pengurus Angkat PMRA