Jumaat, November 23, 2012

Bersatu Berkebajikan:BKASM Prihatin

       18 November 2012- “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Satu ungkapan yang tidak terungkap saat kami berkesempatan menziarahi seorang pelajar akhawat tahun 2 pergigian.
     
    Beliau yang dikenali sebagai Ummu Nabilah Shuhardi telah mengalami kemalangan teruk apabila hampir keseluruhan badannya telah melecur akibat letupan bahan ujikaji ketika membuat praktikal di makmal. 
Kemalangan menyebabkan pelajar tersebut cedera parah terutamanya di bahagian muka dan tangan. Mangsa ditempatkan di Hospital Syuru’,Tanta, bagi mendapatkan rawatan susulan.    
       Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi,Pegawai HEP Selangor turut turun padang untuk melihat sendiri keadaan mangsa.Antara barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang turut menziarahinya, ialah Ustaz Abdul Mun’im B. Abd Shukor @ Rahmat Tuan Yang Dipertua (YDP BKASM), Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail Timb. Yang Dipertua 2 (TYDP2),Ustaz Asraf Bin Alias (Ketua Lajnah Ekonomi), dan Ustazah Nor Baity Emy Binti Mohd Yusof (Timb. Ketua Lajnah Kebajikan). 
    Ustazah Siti Aisyah Ismail (TYDP2) turut merakamkan pujian kepada mangsa;
 “Mangsa seorang yang tabah,cekal,dan kuat semangat,sehingga mampu tersenyum,dan memberikan layanan yang sebaiknya walaupun keadaannya  di tahap yang membimbangkan.
Kami di pihak BKASM mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat mangsa yang bergilir-gilir menjaganya serta memberi sokongan yang padu kepadanya”ujarnya lagi“Sambil menyelam minum air”.
 Sebaik sahaja selesai menziarahi Ummu Nabilah Shuhardi,kami menziarahi pula Ustazah Anisah Binti Ahmad, mantan Timb. Pengerusi HEWI PMRAM 2009. 

    Kunjungan kami ke rumah beliau bersama pasangannya Ustaz Mohd Faizol bin Endut menceriakan lagi wajah kedua-dua pasangan,terutamanya Ustazah Anisah Binti Ahmad yang bakal melahirkan anaknya tidak lama lagi. Ziarah kami diakhiri dengan sedikit jamuan,sesi bergambar dan sedikit pemberian cenderhati pada kedua-dua pasangan.
Ziarah kami yang terakhir pada hari tersebut adalah ziarah ke rumah mangsa kebakaran di Shibin El-Kom iaitu Ustaz Faizal Ishak,Ustaz Faizal Abdullah dan Ustaz Nik Arif.Seperti yang kita maklum, Kebakaran berlaku pada 5/11/2012 itu adalah disebabkan litar pintas yang berlaku ketika ketiadaan mereka di rumah.                                                                                                                                             
Manakala anggaran kerugian mencecah LE 8000. Pertemuan kami diakhiri dengan beberapa kalam motivasi daripada pegawai dan beberapa kepimpinan ikhwah PMRAM Cawangan Selangor.
Kami yang berada di peringkat PMRAM cawangan Selangor,semua PMRAM cawangan dan dewan perwakilan mahasiswa (DPM) yang bernaung di bawah PMRAM telah melakukan kutipan derma kilat untuk mangsa.

"BERSATU BERKEBAJIKAN"
"PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN"
Disediakan oleh,
Ustazah Nor Baity Emy Binti Mohd Yusof,
Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2012/2013.

0 comments:

Catat Ulasan