Sabtu, November 17, 2012

SEJENAK BERSAMA MUSYRIF



   
  7 NOVEMBER 2012, KAHERAH - Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM 2012/2013) telah mengadakan satu perjumpaan untuk menemukan kesemua akhawat Selangor dengan musyrif pada pukul 9:00 malam bertempat di Musolla Darul Ehsan. Turut hadir bersama Yang Di-Pertua BKASM,Ustaz Abdul Mun’im Abdul Syukur.

          Hadaf perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada akhawat amnya dan mahasiswi-mahasiswi baru khususnya mengenai etika musyrif dan hisbah Selangor.Di samping itu juga dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam kalangan musyrif dan juga akhawat melalui soalan-soalan yang diajukan kepada pengisi.Satu borang muhasabah dan jadual musyrif telah diedarkan kepada setiap akhawat untuk menilai dan menyelaraskan jadual tugasan musyrif supaya tidak berlaku pertindanan waktu bertugas.

Pembentangan  etika musyrif telah disampaikan oleh Ketua Unit Perhubungan Lajnah Kebajikan,Ustaz Azri Shamsuri.Pembentangan etika musyrif ini lebih menekankan berkenaan dengan tatasusila di antara akhawat dan juga musyrif ketika menggunakan perkhidmatan musyrif.Pembentangan etika hisbah pula disampaikan oleh Ketua Unit Hisbah Selangor,Ustaz Saifullah Abu Bakar.Beliau menerangkan mengenai isu keselamatan yang semakin meruncing pada ketika ini.Beliau mengingatkan kepada semua terutamanya akhawat agar sentiasa berjaga-jaga ketika berada di luar rumah mahupun dimana-mana sahaja.

          Majlis berakhir pada jam 11.00 p.m.Semoga segala permasalahan yang diutarakan dapat diselesaikan dan difahami dengan sebaiknya dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah.

“BERSATU BERKEBAJIKAN”
“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”

Disediakan oleh :
Nor Baity Emy Mohd Yusof
Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan