Sabtu, November 24, 2012

Transformasi Ummah Berkualiti : LPP Kader Ahli Menerusi Teknologi


20 & 21 November 2012 – Kelab LPP,Lajnah Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 telah mengadakan bengkel teknikal LPP bersiri selama dua hari.Bengkel tersebut berjalan selama 3 jam bermula pada 8.00 p.m dan berakhir pada  11.00 p.m. Bengkel ini diadakan secara tertutup dan hanya khusus untuk semua Ahli Jawatankuasa setiap unit bagi  Lajnah Penerangan dan Penerbitan.
     Siri pertama merupakan bengkel teknikal Audio yang dikendalikan oleh ustaz Muhammad Taufiq bin Dahlan manakala siri kedua merupakan bengkel teknikal Video yang disampaikan oleh ustaz Azfar Khairul Ammar.Tenaga pengajar merupakan antara orang yang mahir dan berpengalaman di dalam bidang tersebut.kedua-dua bengkel teknikal ini bukan hanya dilaksanakan secara  teori sahaja malah praktikal juga turut diaplikasikan.
   Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran AJK dalam bidang teknikal serta melahirkan generasi yang mahir dalam teknologi .Selain itu melalui bengkel ini juga dapat  menambahkan pengalaman AJK dalam mengendalikan barang-barang teknikal.Bengkel ini juga adalah satu hasrat untuk merealisasikan pembawaan BKASM sesi ini iaitu ’Mujahid Professional,Mujahidah Intelektual’ dan ‘Generasi Rabbani,Pelapis Tarbawi,Transformasi Ummah Berkualiti.’
   Harapan kami dari Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2012/2013 agar semua ahli BKASM khususnya dapat menjadi seorang individu muslim yang celik IT serta mahir dalam bidang teknologi.Dunia hari ini amat berhajatkan kepada kemajuan yang seiring dengan sunnatullah dan syariatullah.Semoga dengan usaha kerdil Lajnah Penerangan & Penerbitan BKASM ini dapat memberikan manfaat kepada semua ahli BKASM.
Sekian,


 ‘PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN’
‘KITA PMRAM’

Disediakan oleh :
(NUR HAZWANI BINTI MASTRO)
Timb. Unit Kelab LPP
Lajnah Penerangan & Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan