BKASM KESAL DENGAN ISU PENGHINAAN ULAMA ISLAM OLEH ILMUAN MUDA UMNO


 
بسم الله الرحمن الرحيم

قال إمام اللقاني في جوهرة التوحيد :
الحمد الله على صلاته ثم سلام الله مع صلاته على نبي جاء بالتوحيد وقد خلا الدين عن التوحيد فأرشد الخلق لدين الحق بسيفه وهديه للحق محمد العاقب لرسل ربه وآله وصحبه وحزبه

قال رسول الله صلى الله عليه و سلام :
" العلماء ورثة الأنبياء "
Maksudnya : “Ulama pewaris para nabi”

Merujuk kepada Muqaddimah dan Sabda Rasulullah S.A.W di atas sudah cukup memberikan jawapan yang sempurna kepada seluruh alam khususnya manusia  bagi menjawab persoalan siapakah itu Utusan yang membawa risalah Agama ? dan siapakah yang menjadi waris kepada para utusan?  Tiada jawapan lain melainkan Para Rasul sebagai utusan Allah dan Ulama’ sebagai pewaris mereka(Para Anbia’)

Maka Ulama’ itu adalah pemimpin yang membawa seluruh ummah kepada kebenaran yang nyata. Jadi, adakah ada manusia lain yang lebih layak daripada mereka(ulama’) yang benar-benar mengikuti jalan Para Anbia’ dalam memberikan pendapat dan nasihat dalam setiap aspek berlandaskan dasar Agama yang menjanjikan kejayaan dunia dan akhirat ?. Oleh itu, cukup pelik ada dari kalangan manusia yang boleh mempertikaikan ulama’ dalam memberikan nasihat dan menyamakan mereka(ulama’) dengan golongan yang sesat.

Isu ini jelas buktinya di laman media massa apabila Dr. Yusuf Al-Qaradawi, seorang ulama yang diiktiraf ketokohannya oleh dunia Islam hari ini  dituduh oleh saudara Fathul Bari Mat Jahaya selaku Ulama’ Muda UMNO, yang bertopengkan agama Islam sebagai golongan khawarij sedangkan Dr. Yusuf Al-Qaradawi serta ulama lain  adalah golongan yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan dan memperjuangkan kebenaran dan hak Islam di dalam sesebuah Negara demi kebaikkan manusia seluruhnya.

Justeru itu,nyata bagi kita bahawa golongan yang menentang perjuangan para ulama’ pada hari ini berhadafkan  “Mempertahankan Kebatilan” yang jelas dikawal musuh Islam sendiri. Tapi mereka jahil bahawa Allah sendiri telah menyatakan pendirian para ulama’ yang benar benar bertaqwa  melalui firmanNya di dalam Al-Qur’an :

ألا ان أولياء الله لا خوف عليهم ولا يحزنون(62) الذين امنوا وكانوا يتقون(63)

Maksudnya :“ Ingatlah wali-wali Allah itu,tidak ada rasa takut pada mereka,dan mereka tidak bersedih hati.(iaitu) orang-orang yang beriman dan senantiasa bertakwa. “
                                                                                                                             (Surah Yunus : 62-63)

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir selaku berasa dukacita dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Ilmu Muda UMNO, khususnya saudara Fathul Bari Mat Jahaya yang menghina perjuangan para ulama kita di serata dunia.Tindakan ini menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak beradab beliau dalam menegur para ilmuan kita.Tegurlah dengan cara berhemah yang boleh menatijahkan keperibadian insaniah yang cemerlang.

Sekali lagi BKASM mendesak agar Ilmuan Muda UMNO khususnya Fathul Bari Mat Jahaya memohon maaf diatas tindakan yang telah dilakukan.Sesungguhnya Allah SWT menyukai hambanya yang sentiasa memohon keampunan kepadaNYA dan sesama manusia. Pegang dan yakinlah kita semua bahawa Ulama merupakan tunjang transformasi penggerak dalam membina dan membentuk insan  kearah keharmonian dan ketamadunan Islam

“Generasi Rabbani,Pelapis Tarbawi,Transformasi Ummah Berkualiti”

“Kita PMRAM”

Yang memegang amanah,
Abd Mun’im Abd Sukor @ Rahmat
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]