Hubungan BKASM terjalin kukuh bersama PMRAM
ISNIN 3 DISEMBER 2012 ,Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13 telah mengadakan kunjungan rasmi kepada para pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012 di pejabat rasmi PMRAM Pusat,Hayyu Sabie.Turut hadir juga Ustaz Mohd Saifullah Abu Bakar dan Ustaz Abdullah Shahrul Rosli selaku Penasihat BKASM sesi 12/13 bagi memeriahkan lagi pertemuan rasmi pada sesi ini.
Pertemuan ini diadakan bagi memastikan hubungan
kerjasama yang telah terjalin diantara BKASM dan PMRAM Pusat terus bertambah
baik dari masa ke semasa.Selain itu juga,pihak BKASM sedia membantu PMRAM dalam
memastikan kelangsungan kebajikan material dan pendidikan anak-anak Melayu yang
berada di perantauan Mesir khususnya pelajar Selangor.
Pertemuan bermula pada pukul 7.00 malam.Dimulakan
dengan sesi taaruf sesama ahli pimpinan BKASM dan PMRAM Pusat, kemudian
diteruskan dengan cadangan dan pembaik pulihan gerak kerja selaku cawangan yang
berada dalam naungan PMRAM.
Antara nasihat yang dipesan oleh Al-Fadhil
Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Timbalan Presiden PMRAM 2012 merangkap pemangku
Presiden PMRAM:
“Kerjasama antara ahli dan pimpinan perlu
berterusan.Laksanakannya dengan terbaik untuk kesatuan kita ; bukan untuk diri
kita tetapi untuk islam.Semoga hubungan kita terus terjalin disamping
meribatkannya dengan kesatuan PMRAM.”
Pertemuan tersebut diakhiri dengan jamuan dan sesi
pengambaran serta bersurai sekitar 9.30 malam.
“BERSATU BERKEBAJIKAN”
“KITA PMRAM”
Muhammad Salihin Abdullah
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013
Ulasan
Catat Ulasan