Rabu, Disember 26, 2012

MISI MUMTAZ IMTIHAN




 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para sahabatnya, ahli keluarganya, dan pengikutnya sehingga hari kiamat.

Firman Allah Taala dalam Al-Quran yang mafhumnya : “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang – orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan – pesan dengan kesabaran”.

Sedar mahupun tidak, musim imtihan telah hampir, fatrah yang dimana menuntut kepada semua penuntut ilmu untuk menekankan soal masa yang tidak ternilai lebih – lebih lagi mahasiswa/wi. Sudahkah kita bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan dalam dewan peperiksaan, jika belum masih belum terlambat untuk berubah.

Hari ini, BKASM dan PMRAM sentiasa menekankan soal penjagaan masa kepada ahlinya serta memberi ruang kepada ahli untuk serba sedikit memahami pelajaran melalui kelas tutorial yang telah diadakan hampir setiap hari terutamanya dalam fatrah imtihan demi memastikan pencapaian ahli dalam akademik tidak terabai. Namun BKASM dan PMRAM tidak pernah mengajar ahlinya untuk bergantung penuh kepada kelas tutorial sebaliknya sentiasa menggalakkan ahlinya untuk hadir ke kuliah dan mendapatkan ilmu dari para masyaikh.

Kejayaan dan kecemerlangan sentiasa menjadi harapan buat kita semua, namun harus diingati, semuanya ini datangnya dari kekuasaan Allah Taala dan sepatutnya kita semua merasa bersyukur atas nikmat yang diberi dengan memastikan hubungan kita dengan Allah sentiasa terpelihara dan bukannya semakin menyombong diri atas muka bumi ini.

Akhir kata, ana mewakili barisan kepimpinan BKASM pada sesi ini sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan milik semua di dunia dan di akhirat. Allahummajalna minannajihin walfaizin fiddin waddunya walakhirah.

MISI MUMTAZ IMTIHAN 

“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
 "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Disediakan oleh:

Abd Mun'im Abd Sukor @ Rahmat,
Yang Dipertua,
BKASM sesi 2012/2013.



0 comments:

Catat Ulasan