THAQAFAH : PENGGABUNGAN ILMU TURATHI DAN KONTEMPORARI



"يَرْفَعِ اللهُ الَّذيْنَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أُتُوا الْعِلْم دَرَجَا تٍ"

Mafhum FirmanNYA: “ALLAH akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat” (al-Mujadalah:11)

      Thaqafah merupakan satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan seorang yang bergelar mahasiswa.
Setiap pemikiran yang tercerna di dalam minda seseorang perlu kepada thaqafah yang jelas.Thaqafah
bermaksud  konsep pemikiran dan pandangan hidup atau suatu ideologi tentang alam semesta,manusia dan kehidupan.Thaqafah juga merupakan konsep pemikiran dan pandangan hidup tertentu yang membentuk pola pemikiran dan perilaku masyarakat.  

     Dunia hari ini amat memerlukan kepada insan-insan dan pemimpin yang berthaqafah tinggi.Namun thaqafah itu tidak tertumpu hanya pada satu aspek sahaja,tetapi mencakupi dua aspek iaitu turathi dan kontemporari.
Apakah yang dimaksudkan dengan turathi?Ia merupakan ilmu yang melibatkan dua bidang iaitu ilmu
konservatif agama dan fiqh mu’asarah manakala ilmu kontemporari melibatkan  sains, politik, ekonomi,
pengurusan, kenegaraan dan isu semasa.Kedua-duanya sama penting dan perlu diseimbangkan mengikut
 peredaran zaman.

    Penghasilan yang luar biasa pasti tercetus jika kedua-dua aspek ini dapat digabungkan dalam sistem kehidupan seorang manusia.Lihat sahaja bagaimana keseluruhan hidup seorang insan agung yang bernama Muhammad b. Abdullah,kerana dialah sebaik-baik contoh ikutan.Firman ALLAH SWT :

"لَقَدْ كانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ الله أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ"

Maksudnya: “Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu …” (al-Ahzab:21)

    Baginda s.a.w merupakan seorang insan yang cukup sempurna dari pelbagai sudut terutamanya thaqafah.Baginda SAW berjaya menyeimbangkan kedua-dua ilmu tersebut dengan baik.Baginda seorang pemimpin negara yang menyusun pentadbiran,dan pada masa yang sama baginda jugalah yang menjadi
rujukan tentang hal ehwal agama.

   Bukan itu sahaja,malah kehebatan baginda juga dapat melahirkan para sahabat yang juga faqih dalam
kedua-dua ilmu ini.Saidina Umar al-Khattab seorang perawi hadith dan dalam masa yang sama,beliau sangat hebat dari sudut pengurusan dan penyusunan taqwim hijri.Beliau jugalah yang menyarankan supaya
anak-anak para muslimin diajarkan kepada mereka berenang, memanah dan berkuda.Berikut merupakan diantara sunnah perjuangan Rasulullah SAW.

   Pada kurun ini pula,kita dapat menyaksikan beberapa figura yang dikagumi dalam menguasai kedua-dua ilmu ini,beliau adalah Al-Fadhil Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi.Beliau bukan sahaja faqih dan ‘alim di dalam bidang fiqh malah dapat menguasai isu global dengan baik serta mampu mengaitkan kedua-dua elemen ini demi maslahat ummah .        

  Justeru,azhari dan azhariah yang ada pada hari ini,mestilah merasakan bahawa  penggabungan kedua ilmu ini adalah amat penting.

  Amat hairanlah,jika keberadaan mahasiswa/wi al-Azhar di Mesir selama tempoh yang panjang tetapi masih tidak mampu menyeimbangkan antara keduanya.Bahkan, kepulangan mereka di Malaysia amat dinantikan serta ilmu yang diperolehi harus dipraktikkan sesuai mengikut  cara,gaya masyarakat yang pelbagai.
  Relevan bagi seorang mahasiswa/wi al-Azhar untuk menguasai ilmu turathi kerana Mesir adalah gedung ilmu.Pergi sahaja ke segenap sudut ruang masjid al-Azhar,pasti akan ada pengajian dari masyaikh yang faqih dan ‘alim.Bukan itu sahaja,malah kitab-kitab mengenai

  Praktikal juga seorang mahasiswa/wi untuk mendalami ilmu kontemporari kerana dunia semakin berubah.    Teknik dan kaedah yang betul amat diperlukan untuk menguruskan dunia.Lebih-lagi untuk mengelakkan tipu daya musuh Islam.

Mafhum firmanNYA:
“Jangan sekali-kali kamu terpedaya oleh kegiatan orang-orang kafir (yang bergerak) di seluruh negeri.”               
(ali-Imran:196)

   Penerapan kedua-dua aspek ini juga dapat meningkatkan kualiti seorang mahasiswa terutamanya graduan lepasan al-Azhar.Kedua-dua ilmu ini jika digabungkan dan dipraktikkan khususnya apabila berkhidmat di        Malaysia nanti,pasti akan melahirkan lebih ramai mad’u yang berkualiti dan jelas pemahaman mereka mengenai islam.Realiti hari ini,mad’u lebih gemar agar da’ie mengikut rentak mereka,Maka keseimbangan da’i di dalam         mendalami ilmu turathi dan kontemporari inilah yang akan mencorakkan fikrah mad’unya.

    Pada era yang serba moden ini,ilmu turathi dan ilmu kontemporari perlu diseiringkan dan digayakan                penjelasannya secara semasa.Keperluan dan kehendak masyarakat yang datang secara tiba-tiba perlu diurus  dengan baik melalui pemahaman dan olahan kedua-dua ilmu tersebut.

  Justeru,akhirnya marilah bangkit dan bangun wahai para azhari dan azhariah sekalian.Tugas kita bukan                ringan,amanah kita banyak,masa kita pula sedikit.Berlumba-lumbalah untuk mempersiapkan diri untuk turun ke medan masyarakat dengan menguasai thaqafah iaitu ilmu turathi dan kontemporari.Kita harus memandang jauh ke hadapan,bahawa penggabungan kedua ilmu ini amat berguna dalam konteks kehidupan seorang mahasiswa berjiwa da’ie.

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"Kita PMRAM"

 Tulus ikhlas
Siti Nurliana Zainudin                                          
Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan 
BKASM sesi 12/13









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]