SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Rabu, Oktober 31, 2012

ADHA'12 PMRAM CAWANGAN SELANGOR


   
  
   SELASA 30 September 2012-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan tremco kepada ahli bagi menyertai program Sambutan Hari Raya Aidil Adha  PMRAM (ADHA ’12) yang telah berlangsung di Tanta.Seramai 32 ahli BKASM turut serta yang terdiri daripada 4 orang ikhwah 28 akhawat dalam menjayakan program tersebut.

Tepat pukul 8.30 pagi,tremco bertolak dari Kompleks Selangor Hayyu Asyir. Perjalanan memakan masa selama 2 jam dan selamat tiba di muhafazah Tanta pada pukul 10.30 pagi.Suasana ketika majlis berlangsung amat meriah dan ukhuwah juga tertaut kemas khususnya diantara mahasiswa dan mahasiswi pengajian islam dan sains kesihatan. Selain itu juga turut memeriahkan lagi program ADHA ’12 kali ini dengan kehadiran ahli Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa) DPM yang lain dibawah naungan PMRAM dalam menjayakan program tersebut.

BKASM berasa terpanggil untuk turut serta memeriahkan Program Sambutan Hari Raya Aidil Adha (ADHA ’12) PMRAM  bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli PMRAM lebih-lebih lagi DPM Tanta yang mana merupakan salah satu taakhi zon D PMRAM.

Selain itu,seperti yang kita maklum, menghidupkan suasana di DPM merupakan salah satu resolusi yang telah disepakati ketika Konvensyen DPM yang lalu,jadi BKASM menyahut serta turut bersama PMRAM dalam menjayakan resolusi ini seterusnya menyokong agar survival di DPM dapat dipertahankan.


“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”

“Kita PMRAM”

Hanis Madihah Meor Hamdan

Timbalan Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

Sabtu, Oktober 20, 2012

3 Resolusi diputuskan ketika Ucaptama YDP BKASM Sesi 2012/2013




KHAMIS 18 OKT 2012, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir  telah mengadakan Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013.Turut hadir,pelajar daripada muhafazah dan mahasiswa-mahasiswi sains kesihatan.Tidak dilupakan juga,Ustazah Mardhiah Nordin HEWI Angkat PMRAM cawangan Selangor turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

             Tepat jam 6.30 malam,majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis.Seterusnya ucapan daripada Pengarah Majlis Ucaptama YDP BKASM sesi 12/13 Ustazah Nur Hafizah Mastro dan Ustaz Abd Mun’im Abd Sukor Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13.Kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP Selangor Mesir.Antara intisari nasihat yang dinukilkan oleh beliau ialah :

“ Program yang diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) khususnya berbentuk tarbiah mendapat sokongan daripada pejabat HEP Selangor Mesir.Pejabat HEP Selangor Mesir memberi sokongan sepenuhnya kepada BKASM dalam menjayakan program usrah (Islamic circle) yang berkait rapat dengan buku KPI.”

            Kira-kira jam 7.30 malam,majlis bersambung dengan pembentangan Ucaptama Yang Dipertua BKASM sesi 12/13.Selepas selesai pembentangan ucaptama tersebut,majlis disajikan dengan dendangan nasyid daripada kumpulan Sufi’s Rhythm Selangor.

            Sebanyak 7 pembawakan dan 3 Resolusi yang telah diputuskan dan disepakati oleh ahli BKASM bagi menjayakan pembawakan BKASM pada sesi ini.Antaranya,

Pembawakan :

- Pengukuhan Thaqafah dan Akademik
- Keberjayaan Ekonomi Tanggungjawab Bersama
- Mujahid Profesional Mujahidah Intelektual
- Generasi Rabbani,Pelapis Tarbawi,Tranformasi Ummah Berkualiti
- Bersatu Berkebajikan
- Isu Semasa Isu Kita
- Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran

Resolusi :

- Menjayakan 3 usul BKASM
- Menyatupadukan kesatuan dan fikrah dalam kalangan ahli
- Menjayakan slogan "Kita PMRAM"

           Majlis diteruskan dengan pembahagian usrah daripada Jabatan Fasilitator BKASM (JATA).Seterusnya majlis disajikan dengan sedikit jamuan ringan dan berakhir pukul 11.00 malam.

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

MUHAMMAD SALIHIN BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA
MAJLIS UCAPTAMA YANG DIPERTUA
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR
SESI 2012/2013

Ahad, Oktober 14, 2012

PROGRAM RIADAH UKHUWAH MAHABBAH DI ZAHRA’


Pada 29 haribulan yang lalu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) di bawah Lajnah Kesenian Dan Sukan telah mengadakan satu program riadah ukhuwah bertempat di Pusat Sukan Zahra’. Program ini disertai anak-anak Selangor khususnya pelajar-pelajar yang baru tiba bertujuan:
1.       Meraikan kehadiran pelajar-pelajar baru
2.       Meningkatkan ukhuwah di antara ahli-ahli  BKASM  khususnya abang-abang lama dan pelajar-pelajar baru.

Sebuah bas telah disediakan dan mula bertolak  pada jam 7.30 malam. Sesampainya di sana, pembahagian kumpulan dilakukan dan  dibahagikan kepada dua padang. Tepat jam 8.30 malam, permainan dimulakan dan semua ahli menunjukkan kemahiran dan kesungguhan masing-masing serta menunjukkan persaingan yang sihat.

Setelah lebih dua jam berlalu, permainan dihentikan dan semua diarahkan untuk kembali berhimpun. Sambil merehatkan badan dan menghilangkan keletihan,  semua ahli mendengar kalam  dan ucapan yang disampaikan oleh Ketua lajnah Kesenian dan Sukan BKASM, Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian  dan Timbalan Yang Dipertua 1 BKASM, Ustaz Fikry Hakim sebelum bersurai.
Walaupun keletihan, para hadirin kelihatan gembira dan menunjukkan nilai ukhuwah yang tinggi di antara satu sama lain. Semoga program kali ini menjadi satu wasilah rahmat Allah yang maha luas serta mendapat keredhaan dari-Nya di dunia dan akhirat.

"PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN"

Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi  2012/2013