SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Disember 28, 2012

JADUAL TREMCO IMTIHAN:Pmram Cawangan Selangor

    Berikut adalah jadual Tremco Imtihan yang disediakan daripada Lajnah Sambutan & Rehlah,BKASM sesi 2012/2013 khusus  buat ahli PMRAM Cawangan Selangor sepanjang musim imtihan Fasa 1 bahgian ikhwah dan akhawat.Seperti yang sedia maklum,perkhidmatan tremco imtihan ini ditaja sepenuhnya oleh Pejabat HEP Selangor.


IKHWAH

 




AKHAWAT





BITTAUFIQ WANNAJAH.SALAM IMTIHAN

"PASAK KEILMUAN,TEGUH PEMIKIRAN"
"KITA PMRAM"

Rabu, Disember 26, 2012

MISI MUMTAZ IMTIHAN




 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para sahabatnya, ahli keluarganya, dan pengikutnya sehingga hari kiamat.

Firman Allah Taala dalam Al-Quran yang mafhumnya : “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang – orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan – pesan dengan kesabaran”.

Sedar mahupun tidak, musim imtihan telah hampir, fatrah yang dimana menuntut kepada semua penuntut ilmu untuk menekankan soal masa yang tidak ternilai lebih – lebih lagi mahasiswa/wi. Sudahkah kita bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan dalam dewan peperiksaan, jika belum masih belum terlambat untuk berubah.

Hari ini, BKASM dan PMRAM sentiasa menekankan soal penjagaan masa kepada ahlinya serta memberi ruang kepada ahli untuk serba sedikit memahami pelajaran melalui kelas tutorial yang telah diadakan hampir setiap hari terutamanya dalam fatrah imtihan demi memastikan pencapaian ahli dalam akademik tidak terabai. Namun BKASM dan PMRAM tidak pernah mengajar ahlinya untuk bergantung penuh kepada kelas tutorial sebaliknya sentiasa menggalakkan ahlinya untuk hadir ke kuliah dan mendapatkan ilmu dari para masyaikh.

Kejayaan dan kecemerlangan sentiasa menjadi harapan buat kita semua, namun harus diingati, semuanya ini datangnya dari kekuasaan Allah Taala dan sepatutnya kita semua merasa bersyukur atas nikmat yang diberi dengan memastikan hubungan kita dengan Allah sentiasa terpelihara dan bukannya semakin menyombong diri atas muka bumi ini.

Akhir kata, ana mewakili barisan kepimpinan BKASM pada sesi ini sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan milik semua di dunia dan di akhirat. Allahummajalna minannajihin walfaizin fiddin waddunya walakhirah.

MISI MUMTAZ IMTIHAN 

“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
 "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Disediakan oleh:

Abd Mun'im Abd Sukor @ Rahmat,
Yang Dipertua,
BKASM sesi 2012/2013.



Selasa, Disember 25, 2012

BKASM meneruskan aktiviti kebajikan kepada ahli


ISNIN 24 DISEMBER 2012,Lajnah Sambutan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 12/13 dalam memastikan kebajikan ahli terus diutamakan telah bekerjasama dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor (HEP) Mesir dalam menguruskan tramco imtihan peperiksaan semester 1 mahasiswa-mahasiswi Pengajian Islam.

Menurut saudara Muhamad Nazif Shaari Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah BKASM 12/13,

“Alhamdulillah BKASM pada tahun ini telah mendapat peruntukan daripada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP Selangor Mesir untuk menguruskan tramco imtihan bagi peperiksaan mahasiswa-mahasiswi pengajian islam yang bakal bermula pada 29/12/2012.”

Pihak BKASM mengharapkan dengan adanya perkhidmatan tramco ini dapat membantu sedikit sebanyak kecemerlangan ahli BKASM.

Pihak BKASM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faryzan Subkhi Pegawai HEP Selangor Mesir yang bertungkus lumus dalam membantu mahasiswa-mahasiswi Selangor khususnya.

“Bersatu Berkebajikan”
“Kita PMRAM”

Jabatan Setiausaha Agung,

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,

Sesi 2012/2013.



Jumaat, Disember 21, 2012

TINTA JUMAAT :MENGERTIKAN KEJAYAAN




"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri  dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri...." (Al-Isra’ [17]: 7)

    Sayyid qutub di akhir hidupnya memberikan satu yang berharga untuk kita. Beliau berkata, “Kebahagiaan yang saya rasakan bukan terjadi ketika saya menerima sesuatu daripada orang lain, tapi ketika saya memberikan sesuatu kepada orang lain.”

السلام قبل الكلام
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera penulis ucapkan kepada semua .

         Dalam menghitung beberapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah masuk ke dewan Imtihan, maka tidak salah kiranya Tinta Jumaat minggu  ini membawakan satu tajuk seputar peperiksaan, ERTI KEJAYAAN.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t.,

         Semasa masih di bangku pengajian, kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan. Lebih banyak kita tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam.

         Bagi yang lebih mendalam, kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik dari semalam.

          Namun dengan bertambahnya usia, apabila kita bukan lagi seorang individu, kejayaan pengetahuan dan amal menjadi kecil tidak bererti. Jika selama masa yang lalu, kita adalah individu yang mengukur kejayaan pada apa yang dicapai oleh peribadi, kini ukuran itu sudah tidak bermakna.

          Setiap kita, mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang. Jika seumur hidup kita menjadi anak tersayang, pelajar cemerlang, kawan terbilang, kini… mampukah semua ini membekas pada ibu, ayah, adik beradik kita dan rakan-rakan?

          Kita membuang segala penghargaan dunia kepada kejayaan diri, jika kejayaan itu hanya pada sebuah peribadi. Pada insan yang berjiwa DAIE,  kejayaan hakikinya adalah pada keupayaan diri untuk membawa orang lain berjaya sama. Membawa sahabat-sahabat untuk cemerlang sama. Cemerlang sahsiah dan cemerlang keputusannya.

         Maka pada hari ini, medan IMTIHAN adalah medan yang terbaik untuk kita melatih diri dalam menjadi insan yang membimbing orang lain untuk berjaya juga bersama. Dan secara hakikatnya, kita sebenarnya  sedang berusaha membimbing manusia bukan untuk mencapai kejayaan dunia yang sementara semata-semata, malahan untuk mengejar nikmat kejayaan syurga yang selama-selamanya.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah s.w.t sekalian,

          Sememangnya sifat untuk membawa orang lain untuk berjaya  bersama adalah sifat para salafussoleh yang mulia. Masakan tidak, usaha dakwah  yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat radiaallahuanhum adalah untuk mengajak umat selepas generasi mereka ‘berjaya’ dalam agama sepertimana mereka juga merasai nikmat kehidupan      berpandukan Islam. Begitu juga dengan para ulama terdahulu yang     bersusah payah dalam memberikan perhatian dan kesungguhan kepada  ilmu sehingga terhasilnya kitab-kitab buat rujukan umat masa kini juga     dengan matlamat yang sama, supaya generasi terkemudian mendapat dan merasai manfaat yang sama seperti mereka.

            Suatu perkara untuk kita fikirkan, adakah wawasan generasi    terdahulu dan wawasan kita sama? Maksud penulis, usaha dan jerih payah mereka dahulu bukan semata-mata mereka sumbangkan untuk masyarakat di zaman itu sahaja, bahkan untuk 100, 200 malahan       menjangkau 500 tahun generasi di hadapan. Maka, belajarlah mendidik jiwa seperti mana jiwa mereka dididik, jiwa untuk memberikan seluas-luas dan sebesar-sebesar manfaat bermula dengan rakan-rakan kita di musim Imtihan ini 

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

            Akhir kalam, semasa masih di bangku pengajian, belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya iman, sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Di medan terakhir pecutan menuju imtihan ini, bantulah rakan-rakan mengikut kemampuan serta jangan lupa doa kepada Yang maha Memberikan  supaya bersama-sama beroleh kegemilangan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan membawa orang lain berjaya sama.

          Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji, apabila masyarakat dan umat menanti untuk dibawa, kepada sebuah kejayaan bersama, menuju ke syurga.

Salam Imtihan. Salam Kejayaan

‘GENERASI RABBANI, PELAPIS TARBAWI, TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI’

‘PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN’

 HASIL NUKILAN:
MUHAMMAD FAEZ EHSAN B. MUHD SUPIAN
KETUA LAJNAH KESENIAN & SUKAN (LKS) 12/13
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR (BKASM)

Rabu, Disember 19, 2012

BKASM KESAL DENGAN ISU PENGHINAAN ULAMA ISLAM OLEH ILMUAN MUDA UMNO


 
بسم الله الرحمن الرحيم

قال إمام اللقاني في جوهرة التوحيد :
الحمد الله على صلاته ثم سلام الله مع صلاته على نبي جاء بالتوحيد وقد خلا الدين عن التوحيد فأرشد الخلق لدين الحق بسيفه وهديه للحق محمد العاقب لرسل ربه وآله وصحبه وحزبه

قال رسول الله صلى الله عليه و سلام :
" العلماء ورثة الأنبياء "
Maksudnya : “Ulama pewaris para nabi”

Merujuk kepada Muqaddimah dan Sabda Rasulullah S.A.W di atas sudah cukup memberikan jawapan yang sempurna kepada seluruh alam khususnya manusia  bagi menjawab persoalan siapakah itu Utusan yang membawa risalah Agama ? dan siapakah yang menjadi waris kepada para utusan?  Tiada jawapan lain melainkan Para Rasul sebagai utusan Allah dan Ulama’ sebagai pewaris mereka(Para Anbia’)

Maka Ulama’ itu adalah pemimpin yang membawa seluruh ummah kepada kebenaran yang nyata. Jadi, adakah ada manusia lain yang lebih layak daripada mereka(ulama’) yang benar-benar mengikuti jalan Para Anbia’ dalam memberikan pendapat dan nasihat dalam setiap aspek berlandaskan dasar Agama yang menjanjikan kejayaan dunia dan akhirat ?. Oleh itu, cukup pelik ada dari kalangan manusia yang boleh mempertikaikan ulama’ dalam memberikan nasihat dan menyamakan mereka(ulama’) dengan golongan yang sesat.

Isu ini jelas buktinya di laman media massa apabila Dr. Yusuf Al-Qaradawi, seorang ulama yang diiktiraf ketokohannya oleh dunia Islam hari ini  dituduh oleh saudara Fathul Bari Mat Jahaya selaku Ulama’ Muda UMNO, yang bertopengkan agama Islam sebagai golongan khawarij sedangkan Dr. Yusuf Al-Qaradawi serta ulama lain  adalah golongan yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan dan memperjuangkan kebenaran dan hak Islam di dalam sesebuah Negara demi kebaikkan manusia seluruhnya.

Justeru itu,nyata bagi kita bahawa golongan yang menentang perjuangan para ulama’ pada hari ini berhadafkan  “Mempertahankan Kebatilan” yang jelas dikawal musuh Islam sendiri. Tapi mereka jahil bahawa Allah sendiri telah menyatakan pendirian para ulama’ yang benar benar bertaqwa  melalui firmanNya di dalam Al-Qur’an :

ألا ان أولياء الله لا خوف عليهم ولا يحزنون(62) الذين امنوا وكانوا يتقون(63)

Maksudnya :“ Ingatlah wali-wali Allah itu,tidak ada rasa takut pada mereka,dan mereka tidak bersedih hati.(iaitu) orang-orang yang beriman dan senantiasa bertakwa. “
                                                                                                                             (Surah Yunus : 62-63)

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir selaku berasa dukacita dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Ilmu Muda UMNO, khususnya saudara Fathul Bari Mat Jahaya yang menghina perjuangan para ulama kita di serata dunia.Tindakan ini menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak beradab beliau dalam menegur para ilmuan kita.Tegurlah dengan cara berhemah yang boleh menatijahkan keperibadian insaniah yang cemerlang.

Sekali lagi BKASM mendesak agar Ilmuan Muda UMNO khususnya Fathul Bari Mat Jahaya memohon maaf diatas tindakan yang telah dilakukan.Sesungguhnya Allah SWT menyukai hambanya yang sentiasa memohon keampunan kepadaNYA dan sesama manusia. Pegang dan yakinlah kita semua bahawa Ulama merupakan tunjang transformasi penggerak dalam membina dan membentuk insan  kearah keharmonian dan ketamadunan Islam

“Generasi Rabbani,Pelapis Tarbawi,Transformasi Ummah Berkualiti”

“Kita PMRAM”

Yang memegang amanah,
Abd Mun’im Abd Sukor @ Rahmat
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013
 

Selasa, Disember 11, 2012

Cintakan Ilmu & Ulama:"Muhadharah Ammah PMRAM Cawangan Selangor"



1 DISEMBER 2012, Kaherah – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2012/2013 telah mengadakan satu Muhadharah Ammah yang dibentangkan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Asyraf Hamid Hasanain dan diterjemah oleh Ustaz Muhd Shahir bin Shahbudin,Penasihat MKKK.Muhadaharah diadakan di Musolla Darul Ehsan,Kompleks Hayyu A'syir. Ia diadakan untuk meningkatkan thaqafah ahli dalam memahami konsep,peranan dan manhaj tasawuf yang sebenar dalam pembinan ummah. Disamping itu muhadharah ini juga bertujuan melahirkan rasa "Cintakan Ilmu" dalam kalangan ahli dan rasa kepentingan berdampingan dengan para ulama' khususnya masyaikh Al-Azhar . Selain itu juga,Muhadharah ini merupakan salah satu usaha bersama untuk menjayakan pembawaan BKASM pada sesi ini iaitu " Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
            Majlis ini dimulai dengan alunan burdah dan qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Muizzuddin bin Mohd Kamarul Zaman (dari BKAN Selangor). Ramai dikalangan ahli PMRAM cawangan Selangor turut serta menghadiri majlis ini ,dan tidak dilupakan beberapa orang ahli dari PMRAM cawangan yang lain turut memeriahkan.Pelbagai nasihat yang telah diberikan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Asyraf Hamid Hasanain kepada para hadirin berkaitan manhaj tasawuf yang sebenar.
            Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan sedikit jamuan Sehubungan dengan itu, BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ilmu ini.Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu  yang disampaikan oleh para mua'lim serta dapat mengaplikasikannya alam kehidupan seharian.

Sekian,Wallahua’lam
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
“Memartabatkan Keilmuan Memimpin Kesatuan”

Yang menjalankan tugas,
FATIN NADIA BINTI MASRI
Setiausaha Muhadharah Ammah Siri Pertama,
Lajnah Pendidikan,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir  '12/'13.


Khamis, Disember 06, 2012

Hubungan BKASM terjalin kukuh bersama PMRAM




ISNIN 3 DISEMBER 2012 ,Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13 telah mengadakan kunjungan rasmi kepada para pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012 di pejabat rasmi PMRAM Pusat,Hayyu Sabie.Turut hadir juga Ustaz Mohd Saifullah Abu Bakar dan Ustaz Abdullah Shahrul Rosli selaku Penasihat BKASM sesi 12/13 bagi memeriahkan lagi pertemuan rasmi pada sesi ini.

         Pertemuan ini diadakan bagi memastikan hubungan kerjasama yang telah terjalin diantara BKASM dan PMRAM Pusat terus bertambah baik dari masa ke semasa.Selain itu juga,pihak BKASM sedia membantu PMRAM dalam memastikan kelangsungan kebajikan material dan pendidikan anak-anak Melayu yang berada di perantauan Mesir khususnya pelajar Selangor.

         Pertemuan bermula pada pukul 7.00 malam.Dimulakan dengan sesi taaruf sesama ahli pimpinan BKASM dan PMRAM Pusat, kemudian diteruskan dengan cadangan dan pembaik pulihan gerak kerja selaku cawangan yang berada dalam naungan PMRAM.

         Antara nasihat yang dipesan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Timbalan Presiden PMRAM 2012 merangkap pemangku Presiden PMRAM:

“Kerjasama antara ahli dan pimpinan perlu berterusan.Laksanakannya dengan terbaik untuk kesatuan kita ; bukan untuk diri kita tetapi untuk islam.Semoga hubungan kita terus terjalin disamping meribatkannya dengan kesatuan PMRAM.”

Pertemuan tersebut diakhiri dengan jamuan dan sesi pengambaran serta bersurai sekitar 9.30 malam.

“BERSATU BERKEBAJIKAN”
“KITA PMRAM”         

Muhammad Salihin Abdullah
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

Sabtu, Disember 01, 2012

KARYA KREATIF : WARKAH BUATMU TEMAN


Berbisikkan namaMu ya Ilahi yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta Sang Pentaut hati…

إنه من سليمــن وإنه بسم الله الرحمــن الرحيم ألا تعلوا علي وأتونى مسلمين

Khusus buatmu TEMAN yang disayangi kerana Ilahi.
Sekujur tubuh yang lemah ini meninta rindu padaNya buat disampaikan padamu,
Sekalung rindu beserta seutas rantai tasbih ukhwah ku titipkan padamu,
Seluas lautan nil kesyukuran daku bentangkan padaNya
Yang telah  menghamparkan nikmat pertemuan yang sedetik nian,
Tiada dapat ku ungkap madah bicara hati ini saat sekian lama tiada ketemu,
Andai bisa ku kecapi semula nikmat ini,tikar sejadah ku rebah padaNya.

Ukhwah yang berbunga keranaNya pasti akan diuji dengan dedaun perpisahan,
Namun ranting-ranting pertemuan tetap bertahan pada sang pokok,
Kerana akarnya sangat ampuh walau dibidas dengan badai kesedihan.

Andai dikau mengerti wahai TEMAN,
Rimbunan kesibukanku di sini telah menenggelamkan buah rindu,
Pada memoirku yang dahulunya sangat ku rindui,
Sedikit sebanyak tiadalah aku lemas dalam kerinduan yang tiada batasan mahupun tepian,
Alhamdulillah kerana ku yakin dengan setiap cangkir janjiNya pada hambaNya yang meyakiniNya.

Bisikan dariku untukmu wahai sang pendamba cinta Allah,
Selimutilah jiwamu dengan kedinginan tahajud padaNya,
Rehatkanlah mindamu dengan kekhusyukan ibadah fardhu padaNya,
Jua rebahkanlah tubuhmu dengan sorongan bantal muhasabah keinsafan,
Tatkala tubir matamu ingin meninggalkan cerahnya dunia,
Agar istana syurga yang kita sama-sama impikan dapat kita jejaki dengan langkah-langkah keredhaanNya.

Sahutanku padamu wahai TEMAN yang dicintai,
Basahkanlah bibirmu dengan tadahan doa buat diriku yang sangat tiada berdaya ini,
Bukan mudah untukku menempuhi hidup seterusnya di sini dengan status yang berbeda,
Jutaan harapan dari tanah air mendambakan kejayaanku,
Agar aku segera menumpahkan bakti di Malaysia kelak,
Targetku selama empat tahun sahaja di sini,
Walaupun ku sedari tidak mencukupi untukku ku garapi segala ilmu yang ada,
Namun harapan-harapan mereka yang menanti jua harus ku tuntasi.

Buat madah terakhir dariku,
Ku layangkan ciuman ukhwah fillah dari perlembahan nil ini buatmu di perlembahan laut merah,
Harapanku memuncak ke awan melihat dikau tegar menjelajahi denai-denai dakwahdi lorongmu yang tersendiri,
Rempuhilah longgokan balak yang berada di hadapanmu,
Agar kau temui sebuah istana yang diilustrasikan daripada balak tersebut,  
Dan pertemuan kita yang abadi di istana syurgaNya kelak.

Fikir dan Zikir…

"Mujahid Profesional Mujahidah Intelektual"
"Julang Keilmuan Jana Keizzahan"

Nukilan :
Ulfatun Nadzirah  Tugiman Razaq
Timbalan Ketua Lajnah Pendidikan 
BKASM sesi 12/13