Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

BKASM cakna isu kebajikan ahli

Imej
Khamis, 26 Disember - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 di bawah Lajnah Kebajikan telah mengambil inisiatif membuat kutipan dan memberi sumbangan kepada 3 orang mangsa rompakan , iaitu saudara Abdun Najih Bin Marwan , saudara Khasan Azhari Bin Muhamad dan saudara Ahmad Muslim B. Ngabadi . Mangsa telah dirompak ketika berada di dalam tramco . BKASM menasihatkan kepada semua ahli agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menaiki kenderaan awam ketika berada di luar. "BERSATU BERKEBAJIKAN "KITA PMRAM" Disediakan Oleh: Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan Ketua Lajnah Kebajikan BKASM sesi 2012/2013

Tinta Jumaat Edisi 32:ALLAH Tempat Bergantung

Imej
Al-kisah semalam sedang bermurajaah bersama sahabat-sahabat usuliyat sempena imtihan yang hampir tiba.Madah tauhid,tajuknya cara-cara para ilmuwan terdahulu meyakini bahawa wujudnya ALLAH.Kesimpulannya,mereka mengenal ALLAH melalui pemerhatian dan pengkajian mereka terhadap kejadian alam.Ilmu lah yang membawa mereka mengenal ALLAH sebagai tuhan. Namun diakhir perbincangan,dukturah melontarkan satu soalan di dalam kitab yang membuatkan kami rasa terkedu seketika. Soalannya.. "Maka apakah faedah meyakini dan percaya dengan ALLAH dan kewujudanNYA,sehinggakan kita sibukkan diri kita dengannya dan agama menuntut kita meyakininya,bahkan para pemikir dan ahli falsafah sibuk mengeluarkan pelbagai dalil-dalil kewujudanNYA,dari dahulu sehingga sekarang,sehingga boleh diterima oleh ilmu sains moden?" Orang-orang yang beriman pasti tahu jawapannya,bahkan hanya orang-orang yang beriman yang mampu menjawab soalan ini,kerana orang yang tidak meyakini kewujudan ALLAH tidak mampu mer

Kebajikan BKASM:Sumbangan kepada ahli yang mengalami musibah kebakaran rumah

Imej
19 Disember 2013-MUNIERA,KAHERAH.Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013 dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir telah menziarahi 5 orang pelajar Universiti Kaherah Tahun 6 yang mengalami musibah kebakaran rumah.Dua orang daripada mereka adalah Saudari Amal Hanani binti Abdul Halim dan Saudari Anisah Shamilah Mohd Salleh merupakan pelajar tajaan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor manakala selebihnya merupakan pelajar tajaan MARA dan JPA. Punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas yang berlaku di bilik Saudari Amal Hanani dan mengakibatkan kerugian dalam jumlah yang besar sekitar LE15000 termasuk barangan peribadi antaranya komputer riba,buku pelajaran,kad bank dan lain-lain. Pihak BKASM dan Pejabat HEP Selangor Mesir telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada dua pelajar tersebut bagi meringankan sedikit bebanan mereka.Pihak BKASM turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada 5 orang pelajar Perubatan Sains Kesihatan yang terlibat di atas mu

PEMERKASAAN MUSLIM POKET KPI TARBIAH DITERUSKAN SEHINGGA JANUARI 2014

Imej
PEMERKASAAN MUSLIM POKET KPI TARBIAH DITERUSKAN SEHINGGA JANUARI 2014 14 Disember 2013 :Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak  Selangor  Mesir amat menitikberatkan aspek tarbiah mahasiswa-mahasiswi Islam.Muslim Pocket atau lebih dikenali  Key Performance Indicator  Tarbiah merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan untuk menilai prestasi syakhsiah mahasiswa dan mahasiswi Selangor Mesir secara sistematik dan tersusun. Ekoran kepulangan dan kesan evakuasi pilihan mahasiswa-mahasiswi Selangor ke Malaysia pada bulan Ogos yang lepas menyebabkan aktiviti KPI terhenti sementara selama 4 bulan sehingga bulan November. Oleh yang demikian , pemerkasaan  Muslim Pocket KPI diteruskan seperti biasa bermula pada Disember 2013 sehingga akhir Januari 2014 bagi mereka yang memilikinya.Pantauan daripada  Nuqaba’  hanya tertumpu kepada ahli BKASM di kaherah sahaja manakala ahli BKASM di muhafazah  atas inisiatif dan kesedaran sendiri untuk menjayakan buku tersebut

Tinta Jumaat Edisi 31:Mengertikan Kejayaan

Imej
"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri.." (al-Isra':7) asy-Syahid Sayyid Qutb di akhir hidupnya memberikan satu kalam yang berharga untuk kita.Beliau berkata, "Kebahagiaan yang saya rasakan bukan terjadi ketika saya menerima sesuatu daripada orang lain,tapi ketika saya memberikan sesuatu kepada orang lain." السلام قبل الكلام السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sejahtera penulis ucapkan kepada semua. Dalam menghitung beberapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah masuk ke dewan Imtihan,maka tidak salah kiranya Tinta Jumaat minggu ini membawakan satu tajuk seputar peperiksaan,ERTI KEJAYAAN Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT Semasa masih di bangku pengajian,kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan.Lebih banyak kita tahu,terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam. Namun dengan bertambahnya usia,apabila kita bukan

MUHADHARAH AMMAH & SENAT FAKULTI MISI KECEMERLANGAN AZHARI/AH

Imej
5 DISEMBER 2013, Kaherah – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2012/2013 telah mengadakan satu majlis ilmu yang dinamakan Muhadharah Ammah siri kedua, dibentangkan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Dr Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi bertempat di Musolla Darul Ehsan,Hayyu A'syir. Ia diadakan sempena meningkatkan motivasi mahasiswa dan mahasiswi dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga, melahirkan mahasiswa/wi cintakan ilmu serta mendekati para ulamak khususnya Al-Azhar. Selain itu juga, mendededahkan kepada mahasiswa/wi tentang sistem pengajian dan pengkuliahan di universiti. Majlis ini dimulai sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat hajat berjemaah. Kemudian diikuti dengan alunan burdah dan qasidah. Ramai dikalangan ahli PMRAM C awangan Selangor dan cawangan lain turut serta menghadiri majlis ilmu ini. Pelbagai nasihat yang telah diberikan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Dr Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi kepada para hadirin berkaitan

DEMONSTRASI : SOLUSI ATAU POLUSI?

Imej
Mutakhir ini sering kali kita mendengar dan menyaksikan sendiri demonstrasi yang berlaku di sekitar kita. Demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menuntut kebenaran yang dinafikan oleh sebahagian pihak yang lain. Jadi, adakah demonstrasi ini salah satu jalan penyelesaian atau sebaliknya?Apa pula dari sudut hukumnya? Suka untuk berkongsi sebuah artikel yang telah diterbitkan oleh MANHAL,PMRAM sebagai rujukan kita bersama. Demonstrasi bermaksud tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan seumpamanya. Ia merupakan konsep atau wasilah dalam menyampaikan sesuatu perkara.  Disebabkan itu antara konsep dalam demonstrasi ialah mengadakan himpunan samada menyatakan sokongan atau bantahan, perarakan, rapat umum dan apa jua aktiviti yang melibatkan perhimpunan masyarakat yang ramai. Maka hukum bagi demonstrasi adalah mengikut kepada tujuan dan wasilah yang digunakannya. Hal ini demikian kerana demonstrasi buk

Tinta Jumaat Edisi 29:Kejayaan Tidak Akan Datang Bergolek

Imej
Secara hakikinya,dalam konteks kehidupan manusia sering saja kita merasakan pahit getir dalam hidup ini.Inilah yang dikatakan asam garam dalam kehidupan. Ibarat laut tidak bertepian,begitu juga dalam kehidupan kita tidak pernah sunyi dalam erti perjuangan.Seringkali kita mengeluh dan kadangkala kita tersungkur dalam medan pengajian.Pada hari ini,ramai manusia yang terlalu memikirkan di manakah noktah perjuangan dalam siri hidupnya.Bahkan ada yang lari terus meninggalkan gerak kerja yang diamanahkan. Jika kita telusuri kisah para anbiya' dan para sahabat terdahulu,bagaimana mereka terus berusaha menyampaikan dakwah walau apa jua keadaan tanpa mengenal erti payah dan jerih dengan pelbagai mehnah dan rintangan tetapi di sisi mereka mempercayai ALLAH tetap bersama mereka dalam apa jua keadaan sekalipun kerana mereka ingin bantu agama ALLAH. Dalam konteks penuntut ilmu tidak pernah sunyi dengan konsep menuntut ilmu.Sejak kita bersekolah rendah hingga ke peringkat alam mahasiswa m

Taklimat Bakal Mahasiswa Mahasiswi Selangor Mesir:Generasi Azhariyyun Pemacu Kegemilangan Ummah

Imej
29 SEPTEMBER 2013, AHAD, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) cawangan Selangor mengadakan satu pertemuan di antara ibu bapa dan pelajar Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir. Taklimat tersebut telah diadakan bertempat di bilik seminar Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong selepas solat maghrib. Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberi penerangan khusus kepada bakal mahasiswa dan mahasiwi Selangor yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir mengenai pengurusan di sana. Bukan itu sahaja, malah para ibu bapa dan pelajar turut diberi pencerahan mengenai Imtihan Qabul. Slot penerangan mengenai pengurusan di Mesir disampaikan oleh Ustaz Abd Mun’im Bin Abd Sukor selaku Yang Dipertua BKASM 2012/2013, manakala slot penerangan mengenai Imtihan Qabul pula disampaikan oleh Ustaz Anas Bin Bhukhari selaku Ketua Lajnah Pendidikan BKASM 2012/2013. Taklimat khas mengenai penerbangan pelajar turut

Roadshow Baktisiswa al-Azhar:Pembinaan Generasi Ulama'

Imej
17 SEPTEMBER 2013, SELASA, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13 telah menganjurkan Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar yang menghimpunkan pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Program ini telah memulakan misi roadshow selama 4 hari berturut-turut bermula di Sekolah Agama MenengahTinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Abdul Aziz Shah Batu 38 dan Sekolah Agama MenengahTinggi Bandar Baru SalakTinggi. Kemudian, program roadshow ini bersambung di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru, Sekolah Agama Menengah Tinggi Pekan Muhammadiah dan telah berakhir di Sekolah Agama Menegah Jeram. Program ini telah dijayakan dalam masa sebulan dengan kerjasama daripada barisan adhoc pelaksana dan mahasiswa/wi Selangor yang telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan

BKASM Cakna Kebajikan Ahli

Imej
Khamis, 05 September 2013 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menziarahi   rumah suadara Muhammad Naufal B Abdul Halim merupakan pelajar   bahasa arab tahun 3 Universiti Al-Azhar,Kaherah yang mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini di lebuhraya NKVE. Dimaklumkan kejadian ini berlaku semasa beliau ingin pulang ke kampung halaman di Perak, kemalangan yang melibatkan 5 orang adik beradik dan mangsa mengalami kecederaan yang amat serius.           Mangsa terus dikejarkan ke hospital Serdang bagi susulan rawatan. Justeru   BKASM mengucapkan takziah buat saudara Muhammad Naufal B Abdul Halim yang ditimpa musibah baru-baru ini. Harapan kami daripada BKASM agar keluarga suadara Muhammad Naufal B Abdul Halim tabah dan sabar atas ujian yang ditimpa oleh kalian. Selain itu, BKASM menasihati kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia, Mesir yang pulang di Malaysia, agar berhati-hati ketika memandu kenderaan anda masing-masing. Keselamatan anda tanggungjawa

BKASM Mengambil Berat Kebajikan Ahli

Imej
JUMAAT ,23 FEBRUARI 2013- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, melalui Lajnah Kebajikan BKASM sesi 12/13 telah mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada Saudara Ustaz Kamarul Azuan Bin Kamal Hizar bersama ahli baitnya yang ditimpa musibah siang tadi . Kejadian dikatakan berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat jumaat di Masjid Walidain.Menurut mangsa rumah mereka dipecah masuk melalui pintu dan suspek berjaya mengambil dua komputer riba dan dua telefon bimbit. Serahan sumbangan telah diberikan melalui Muhamad Nazif Bin Shaari selaku pemangku Ketua Lajnah Kebajikan. BKASM dengan ini mengucapkan terima kasih kepada ahli yang telah menziarahi mangsa pada siang tadi dan menasihatkan ahli supaya lebih berhati-hati selepas ini terutama kepada ahli luar yang menginap di rumah sewa   Bersama kita jayakan pembawaan BKASM sesi 12/13 iaitu “Bersatu Berkebajikan”. “Bersatu Berkebajikan” “Kita PMRAM” Muhamad Nazif Bin Shaari Pemangku Ketua Lajnah Kebajikan, Bada

Fitrah'13 Raikan Syawal:Mahasiswa Dan Mahasiswi Selangor Di Perlembahan Nil

Imej
7 0G0S – 10 OGOS 2013, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013  telah menganjurkan sebuah program raya yang diberi nama FESTIVAL TARBIAH RAYA HIJRIAH (FITRAH ’13) yang bertempat di rumah Selangor, Hayyu Asyir , Kaherah.Program ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 8 Ogos sehingga 10 Ogos.Antara objektif program ini adalah untuk menyambut kedatangan Syawal yang mulia sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam. Selain itu, untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli di semua peringkat secara berjemaah.Seterusnya menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut akliah dan ruhaniah rentetan daripada penghayatan di bulan Ramadan.          Program ini dirasmikan oleh Pegawai HEP Selangor iaitu Ustaz Mohd Farid bin Zainal pada malam raya 7 Ogos dan disertakan dengan gimik perasmian.Program ini bertemakan “ Aidilfitri Dirai , Mahabbah Dilestari ”.Seterusnya, pada pagi 1 Syawal bertarikh 8 Ogos seluruh anak-anak Selangor di Perlembahan Nil tel