Khamis, Januari 24, 2013

BKASM mempelbagaikan pengkaderan ahli



22 Januari 2013,Selasa.Kaherah-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Penempatan dan Perumahan pada sesi kali ini telah berjaya mengadakan satu kursus teknikal.Kursus ini dilakukan secara tertutup kepada semua AJK Lajnah Penempatan dan Perumahan sahaja yang bertempat di Sutuh Selangor.

            Program bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahhari . Program yang berlangsung selama 3 jam ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hadi bin Hidzan selaku Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan pada sesi kali ini,manakala pengisi kursus teknikal ini ialah Ustaz Nazim bin Bahnan.Beliau seorang yang amat mahir di dalam bidang teknikal dan juga merupakan Mantan AJKT Lajnah Penempatan Perumahan BKASM sesi 2010/2011.

            Program ini bertujuan untuk melatih semua AJK Lajnah Penempatan dan Perumahan untuk mendalami ilmu kemahiran teknikal dan sentiasa bersedia apabila khidmat diperlukan. Disamping itu kursus ini juga bertujuan untuk menitikberatkan keselamatan semasa melakukan kerja membaikpulih.

            Antara pengisian yang diberikan  adalah tentang tiga aspek utama yang menyebabkan kerosakan iaitu elektrik ,paip dan sakhona.Setelah selesai slot teori,program diteruskan lagi dengan slot praktikal cara pemasangan lampu. Kemudian, Ustaz Nazim menerangkan pula mengenai alatan-alatan teknikal ,cara pemasangan serta masalah yang kerap berlaku.

           Sebelum program berakhir,Ust Abdul Hakim Khairuddin Timbalan Setiausaha Agung 1 BKASM  merangkap pemantau telah memberi sedikit ucapan dan kalam motivasi kepada AJK LPR.Semoga dengan kursus ini akan memberikan pendedahan yang mendalam kepada AJK untuk memantapkan perkhidmatan kebajikan kepada seluruh ahli.
Sekian,Wallahua’lam

“MUJAHID PROFESIONAL,MUJAHIDAH INTELEKTUAL”
“KITA PMRAM”

Yang Menjalankan Tugas

Nuraini Bt Salim
Setiausaha
Lajnah Penempatan dan Perumahan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan