Jumaat, Januari 11, 2013

TINTA JUMAAT (KEBANGKITAN ISLAM, DIMANAKAH KITA?)


         
          
            Genap 10 hari, kita menyambut tahun baru 2013. Walaupun telah berlalu, kita dapat merasakan kehangatan dan perubahan yang ketara hingga ke saat ini. Pelbagai keindahan dan kenikmatan yang  dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita oleh kerana cinta dan sayangnya Sang Pencipta terhadap hambanya, walaupun kadang kala kita mengeluh dengan pemberianNya kepada kita. Ingatlah setiap pemberian tersebut pastinya terdapat anugerah yang terbaik daripadaNya. Selaku hambanya, apakah sumbangan kita dalam meneruskan proses pengkaderan selaku pejuang Allah SWT dan rasulNya Muhammad SAW.


Maksudnya,

“Manusia yang paling buruk di sisi Allah yang Maha Agung ialah mereka yang tidak mahu mendengar dan memahami kebenaran.”
                                                                                                                   ( Rujukan : Tafsir Ibn Kathir)
 

          Proses pengkaderan ini perlulah disusun dengan sebaiknya agar ianya tidak tersungkur dipertengahan kemuncak pejuangan. Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah menyusun satu formula yang terbaik dalam sistem pengkaderan mujahid sepanjang zaman.

Antaranya ialah :

-Daie

-Mad’u

-Manhaj

-Uslub
           

            Tambahan pula, selaku daie Allah SWT, selain mendalami disiplin ilmu agama dengan baik; kita perlu cakna dan prihatin dalam isu sekeliling mereka. Ianya merupakan kredit tambahan kepada mereka apabila mendefinisikan praktikal persekitaran terhadap masyarakat. Pelbagai isu  yang berlaku khususnya di media masa samada di muka buku (FB), twitter, youtube dan sebagainya. Walaupun ianya kadang-kala dipandang remeh, tetapi ketahuilah ia mampu merubah senario corak paradigma semasa. Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan isu di Mesir, Syria dan Palestin. Tidak dilupakan juga isu saudara-mara kita yang sering dialpakan iaitu di Iraq dan Rohingya, Myammar. Sayu hati apabila melihat mereka setiap hari terpaksa berlemuran darah, bertempur mempertahankan maruah dan sebagainya semata-mata kerana menegakkan keizzahan agama Allah SWT.
 
 

         Selaku saudara seakidah kita, apakah tindakan kita hari ini? Sama-sama kita koleksi diri: 

- Sudahkan kita mendoakan akan kemenangan Islam?

- Sudahkah kita bersama-sama dalam mengerakkan dan memperjuangkan prinsip dan disiplin perjuangan gerakan Islam?

- Sudahkah kita menyumbangkan semaksima mungkin kepada mereka untuk terus maju mempertahankan Islam?

- Sudahkah kita bersama menyatakan hasrat kepada mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT?



Firman Allah SWT :
 Maksudnya : Sekiranya kamu merasa sakit (menderita) maka sesungguhnya mereka (pihak musuh) juga merasai kesakitan sebagaimana kamu merasai sakit, dan (yang membezakan antara kamu dengan pihak musuh ialah) kamu mengharap,dan (ingatlah) Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
                                                                                                                            (Surah An-Nisa’ : 104)


Dr. Yusuf Al-Qardhawi ketika ditanya mengenai apakah kewajipan umat Islam atau apakah prioriti utama umat Islam masa kini, beliau menjawab dengan ringkas iaitu:
 

“Melaksanakan gerak kerja Islam”

 
Gerak kerja Islam ini bukan hanya diletakkan kepada individu tertentu tetapi dipikul untuk semua generasi pemuda Islam khususnya yang mengucapkan kalimah tayyibah (لا اله الا الله محمد رسول الله  (

 

Rujukan : Pemuda Islam Yang Berjuang Siri 1
 
 
HASIL NUKILAN:
USTAZ MUHAMMAD SALIHIN BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA AGUNG 
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR (BKASM)

 

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”

 

“KITA PMRAM”

 

 

 

0 comments:

Catat Ulasan