Khamis, Januari 24, 2013

Wasilah Dakwah Menerusi Teknologi:Kursus Adobe Photoshop LPP


22 Januari 2013,Selasa.Kaherah-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Unit Kelab LPP,Lajnah Penerangan dan Penerbitan pada sesi kali ini telah mengadakan satu kursus adobe photoshop.Kursus ini diadakan secara tertutup dan lebih memfokuskan kepada Unit Penerbitan dan Informasi setiap Lajnah.

Kursus ini bertujuan untuk mengasah kemahiran  AJK Unit Penerbitan dan Informasi setiap lajnah untuk membuat iklan agar lebih menarik dan bertaraf Mahasiswa.Selain itu ia bertujuan untuk menghasilkan iklan yang menepati piawaian PMRAM disamping meningkatkan mutu dan kualiti iklan.

Kursus berlangsung seawal  jam 8.30pagi dan para peserta mula memenuhi ruang di Musolla Darul Ehsan.Sebelum kursus bermula,Ustaz Muhammad Farhan b Ajiyan sebagai Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2012/2013 telah memberikan sedikit ucapan dan harapan beliau.Beliau mengharapkan bahawa melalui kursus ini,para peserta dapat menyumbang kepada islam dan menjadikannya sebagai satu medium dakwah yang seiring dengan zaman.

Sepanjang pengendalian kursus,para peserta diisikan dengan kupasan yang mendalam mengenai adobe photoshop oleh seorang pengisi yang berkemahiran tinggi di dalam bidang ini.Beliau tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Shahrul Akbar b Mohd Tahir.

Kursus ini dibahagikan kepada dua sesi,iaitu sesi pengenalan adobe photoshop dan penerangan etika mengenai iklan pada waktu pagi.Manakala sesi kedua,selepas zohor adalah sesi latihan untuk membuat design wallpaper maulidurrasul.

Para peserta memberikan respon yang baik sepanjang kursus.Semua karya wallpaper maulidurrasul yang dibuat akan dimasukkan ke dalam facebook Unit Penerbitan dan Informasi sebagai paparan umum dan dua yang terbaik akan dimuat turun ke dalam facebook rasmi BKASM Bersatu Berbakti sebagai tanda penghargaan.

Ustaz Muhammad Farhan b Ajiyan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan telah menyampaikan cenderahati  kepada pengisi Ustaz Shahrul Akbar b Mohd Tahir sebelum menamatkan kursus pada hari tersebut.Kursus berakhir tepat pada jam 3.00 petang.

Sekian,wallahua’lam

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

Yang Menjalankan Tugas,

Nur Hazwani bt Mastro
Timbalan Unit Kelab LPP
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013.



0 comments:

Catat Ulasan