Rabu, April 17, 2013

BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pimpinan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita Muhammad SAW kerana jerih payah baginda mengeluarkan ummah dari kegelapan jahiliyyah kearah cahaya hidayah, seisi keluarga baginda, para sahabat dan para pejuang agama Allah sehingga hari kiamat.

Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas nikmat Islam dan Iman yang kita dapat hari ini, moga-moga nikmat ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kita.

Mutakhir ini, kita dimaklumkan berkenaan pembubaran parlimen di Negara Malaysia yang kita cintai, menandakan berakhirnya pemerintahan kerajaan yang sedia ada.

Justeru itu, BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pimpinan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang diketuai oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim atas sebarang bantuan dan kerjasama terbaik yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada BKASM sepanjang tempoh perkhidmatan.

BKASM mengucapkan semoga maju jaya kepada semua barisan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor  Darul Ehsan yang sebelum ini bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penduduk Negeri  Selangor samada dalam negeri mahupun luar negeri.

Akhir kata, semoga segala gerakkerja dan perkhidmatan barisan kepimpinan mendapat ganjaran yag sepatutnya daripada Tuhan Yang Maha Esa, wassalamualaikum WBT.


Disediakan oleh :
Ustaz Abd Mun'im Bin Abd Sukor
Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) sesi 2012/2013


"GENERASI RABBANI PELAPIS TARBAWI TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI"
"KITA PMRAM"

0 comments:

Catat Ulasan