Jumaat, April 05, 2013

TINTA JUMAAT - 21 (DAULAH IMPIAN MENUJU USTAZIATUL ALAM)



Firman ALLAH s.w.t:
“Dan tidaklah Kami utuskanmu (Wahai Muhammad) melainkan kerana rahmat kepada seluruh alam”(al-Anbiya’:107)

           Baginda s.a.w adalah contoh ikutan terbaik dalam segenap aspek perkara,daripada seorang pemimpin yang cukup disegani dalam pentadbirannya sehinggalah menjadi seorang kekasih kepada Sang Penguasa Alam.Tiada manusia yang lebih sempurna melainkan Rasulullah s.a.w.
Kedatangan Islam yang dipimpin oleh baginda seolah-olah datangnya sinar cahaya menerangi kegelapan alam.Kaum Arab yang ketika itu hidup diselaputi jahiliyah kembali tersedar dari lena.Hati yang sekeras batu berubah menjadi selembut air,masyarakat kembali kepada fitrah Islam.Dunia menyaksikan perubahan yang amat ketara.
     
           Seorang tokoh barat George Bernard Shaw di dalam ‘The Genuine Islam’ (Vol 1,No 8,1936) menyatakan pandangannya “(ISLAM) adalah satu-satunya agama yang mempunyai kemampuan bagi menyesuaikan ajarannya dengan suasana kehidupan yang berubah-ubah dan mampu menjadi tarikan setiap zaman.”

           Maratib amal yang telah disusun oleh asy-syahid Imam Hassan al-Banna sudah cukup menjadi bukti bahawa tertegaknya sebuah negara Islam bermula dengan peranan seorang individu.Gabungan individu-individu serta keluarga muslim yang beriltizam dengan Islam membentuk sebuah masyarakat Islam dan akhirnya akan melahirkan kerajaan Islam.

Ø  FARDU MUSLIM
Ø  BAITUL MUSLIM
Ø  MUJTAMA’ MUSLIM
Ø  KERAJAAN ISLAM
Ø  DAULAH ISLAM
Ø  KHILAFAH ISLAMIAH
Ø  USTAZIATUL ALAM

          Bukanlah sebuah negara yang diidamkan apabila ia berjaya mengangkat martabat negara melalui kehebatan pencapaian ekonominya semata-mata,kerana kita tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan di sana-sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan banyak penyakit.

         Namun ia perlu dihubungkan dengan pegangan agama dan keruhanian yang mantap kepada ALLAH s.w.t pencipta alam ini,sekaligus DIA lah yang memandu bahtera kehidupan negara tersebut.

Firman ALLAH s.w.t:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa,pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi,tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu,Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman atau selamat dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur?Atau apakah penduduk negeri-negeri tu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu Dhuha (pagi yang terang) ketika mereka sedang bermain?Maka apakah mereka merasa aman dari azab ALLAH (yang tidak terduga-duga)?Tiada yang merasa aman dan azab ALLAH selain orang-orang yang rugi.” (al-A’raf:96-99)


“GENERASI RABBANI PELAPIS TARBAWI TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
“KITA PMRAM”



Nukilan 
Ustazah Nur Liana Binti Zainuddin 
Timb. Ketua Lajnah Penerangan & Penerbitan 
BKASM sesi 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan