Jumaat, April 05, 2013

Keberjayaan Ekonomi Tanggungjawab Bersama: FUHH'13 Luar Daripada Biasa



KAHERAH -Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 berjaya melaksanakan satu program mega iaitu program bazaria yang diberi nama Fiesta Ukhuwah Iqtisadhiah (FUHH’13), program ini telah berjalan selama tiga hari, bermula pada tarikh 25 sehingga 27 Mac 2013.Program selama tiga hari ini bertempat di dataran Hayyu ‘Asyir.Pengarah bagi program bazaria ini ialah ustaz Asraf Alias sebagai Ketua Lajnah Ekonomi BKASM 2012/2013 dan dibantu oleh ustazah AsmaizatulZarifah Nahrawi  iaitu timbalannya beserta 20 barisan  jawatankuasa pelaksana program.
       
            Antara objektif FUHH’13 pada kali ini ialah mengukuhkan ekonomi  BKASM, menghidupkan sunnah nabi Muhammad S.A.W serta mendidik ahli mengenai selok belok perniagaan islam di samping memperkasakan kesatuan ahli.Pada tahun ini gerai yang dibuka ialah sebanyak 23 gerai,10gerai bagi akhawat manakala 13 lagi gerai ikhwah.FUHH’13 turut membuka ruang kepada BKAN taakhi dan BKAN lain untuk memeriahkan lagi program dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan sesama ahli PMRAM.
       
         Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan selama tiga hari.Antaranya,sukaneka,halwa fajr dan banyak   lagi.Menariknya  pada 25 Mac,FUHH’13 telah melaksanakan wawancara ekslusif dibawah tajuk Ekonomi Islam dan Peranan Institusi Zakat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid b Mohd Zainal selaku Pegawai HEP Selangor Mesir.Beliau seorang yang berpengalaman luas di bahagian zakat negeri Selangor.Pengisian ini sedikit sebanyak mencambahkan minda ahli dan meningkatkan thaqafah ahli mengenai ekonomi Islam.
       
             Dengan izin-Nya juga pada hari kedua,FUHH’13 telah mengalami sedikit permasalahan,namun itu bukan sebagai penghalang untuk ianya tetap terus dijalankan.Malah sebenarnya ia  menjadi satu ukuran sejauh mana kebersamaan ahli  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dalam memastikan program tetap berjalan lancar. Antara  pengisian yang dijalankan pada hari kedua ialah ‘Wacana Bicara Ummah’ yang dipengerusikan oleh Dr Hamdi Razali serta penampilan panel yang hebat iaitu Ustaz Hakimi Hussain dan Ustaz Abdul Malik b Abdul Karim.Pengunjung juga disajikan dengan persembahan flash mob isu global bertempat di dataran Hayyu ‘Asyir.
       
          27 mac 2013 merupakan hari terakhir FUHH’13.Malam kemuncak yang amat  dinanti-nantikan oleh seluruh ahli BKASM yang mana pada malam tersebut diberi nama The Night of Symphony.Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada malam tersebut antaranya persembahan dikir barat,persembahan nasyid oleh kumpulan Sufy’s Rhythm.Kemuncak persembahan yang amat berharga apabila Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor,Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal  sendiri mengulang kembali nostalgia sejarah BKASM dengan nyanyian semula lagu BKASM “Bersatu Berbakti”.
Semoga program ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang demi kelangsungan ukhuwah dan pembinaan thaqafah seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.Wallahua’lam

KEBERJAYAAN EKONOMI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
KITA PMRAM




Disediakan Oleh,
Timbalan Setiausaha FUHH’13,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan