Rabu, April 10, 2013

Muhasabah Separuh Penggal (HYPER ’13) :Menjana Kematangan Survival BKASM


6 APRIL 2013, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) Sesi 2012/2013 telah menganjurkan program HYPER ’13,Half Year Meeting 2013 yang bertemakan “Muhasabah Diamati Mematangkan Organisasi” bertempat di asrama rumah Selangor Darul Ehsan. Program tersebut diadakan bertujuan untuk  menilai dan memuhasabah pencapaian BKASM serta mendengar sebarang aduan atau masalah daripada ahli BKASM.

   Program tersebut dimulai dengan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh pegawai HEP Selangor,Encik Mohd Farid bin Mohd Zainal.Turut hadir dalam majlis perasmian itu,wakil badan pengurus angkat Selangor Saudara Muhammad Amri bin Ouma serta tiga orang HEWI angkat Selangor,Saudari Ainah bt Ramli,Saudari Nazuha binti Mohd Suhimi dan Saudari Farah Haziqah binti Mohd Harun.

  Kemudian,muhasabah separuh penggal mula bersidang yang telah dikendalikan oleh YDP BKASM sesi 2012 / 2013,Saudara Abd Mun’im bin Abd Sukor dan dibahagikan kepada dua sesi,sesi pertama ialah sesi mengutarakan persoalan dan pertanyaan mengenai gerak kerja pimpinan BKASM dan selanjutnya sesi kedua ialah sesi muhasabah dan cadangan. Program tersebut telah mencapai objektif yang dirancang. Jamuan turut disediakan sebagai tanda penghargaan kepada  ahli atas keberjayaan bazaria  Selangor yang lalu. Semoga muhasabah dan lontaran idea yang telah dikemukakan oleh ahli bakal menatijahkan penambahbaik persatuan ini iaitu BKASM.

Disediakan oleh:
Nur Faiqah Baharudin
Setiausaha
Program Muhasabah Separuh Penggal (HYPER’13)
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013



0 comments:

Catat Ulasan