Ahad, Julai 21, 2013

Bengkel Penulisan Menjayakan Misi 'Mujahid Profesional,Mujahidah Intelektual'

KHAMIS-18 JULAI 2013,Lajnah Penerangan dan Penerbitan,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013 telah menganjurkan sebuah bengkel penulisan yang bertajuk ‘Mujahid Profesional,
Mujahidah Intelektual’.Antara tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk menjayakan usul PMRAM yang telah disepakati pada muktamar PMRAM kali ke 80 iaitu ‘Meningkatkan prestasi mahasiswa/wi Mesir melalui pemantapan akademik dan bahasa Arab serta pemerkasaan kemahiran.”

Seramai 50 orang peserta telah mendaftarkan diri yang terdiri daripada 31 orang akhawat dan 19 orang ikhwah.Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan sedikit ucapan pembukaan oleh Ustaz Muhammad Farhan Bin Ajiyan,Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan.

Panel pengisi yang hebat iaitu al-Fadhil Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi memulakan slotnya yang pertama iaitu ‘Sinergi Penulisan Dalam Dakwah’ selama sejam setengah kemudian diikuti dengan slot kedua iaitu ‘Aku Seorang Penulis’.Para peserta bukan sahaja menerima teori bengkel penulisan,malah kemahiran mereka juga diuji secara praktikal ketika slot latihan dalam kumpulan.

Pihak penganjur berharap agar bengkel penulisan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para peserta khususnya dalam menjayakan usul PMRAM dan  pembawaan BKASM sesi ini iaitu untuk melahirkan ‘Mujahid Profesional,Mujahidah Intelektual’.


Disediakan Oleh:
Siti Nurliana Zainudin
Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan

BKASM 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan