Isnin, Julai 29, 2013

Jana Kemahiran melalui Kelas Khat Berkomputer (Kufi Murabba')


KAHERAH, 28 Julai 2013 – Lajnah Kesenian dan Sukan , Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 telah menganjurkan kelas khat berkomputer demi menjayakan pembawaan BKASM di bawah tajuk ‘Mujahid Profesional Mujahidah Intelektual’.

Kelas ini bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 1tengah hari dan ia telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Kemahiran iaitu Saudara Aimi Akmal bin Zaini. Kelas ini  menampilkan pengisi yang hebat dalam bidang khat berkomputer ini iaitu Saudara Ahmad Jurjani bin Hishamuddin yang merupakan ahli PMRAM Cawangan Selangor dan bergiat aktif juga di PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan 

Kelas ini dihadiri oleh lapan orang peserta ikhwah dan dua puluh orang peserta akhawat.Kelas ini bukan sahaja membentangkan teori mengenai khat kufi malah setiap peserta diminta membawa komputer  masing-masing untuk  mempraktikkan apa yang dipelajari.  Sepanjang pengisian, peserta diberi dua set kertas kerja daripada pengisi. Pengisi juga menunjukkan bagaimana cara-cara  untuk menghasilkan khat kufi murabba’ dan jenis-jenis khat yang terdapat di dalam ilmu penulisan khat.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Jurjani Bin Hishamudin kerana telah membantu menjayakan pembawaan BKASM ini,dengan berkongsi ilmunya kepada peserta yang hadir.Semoga ilmu yang telah dikongsi kepada peserta dapat disebarluaskan,dengan ini kita dapat melahirkan pelapis generasi akan datang ,sesuai dengan pembawaan BKASM yang bertemakan ‘Generasi Rabbani Pelapis Tarbawi  Transformasi Ummah Berkualiti’.

Sekian terima kasih,

Disediakan oleh,

NAZATUL AININ SHAHILA BINTI MOHD RAMLI,
Timb.Ketua Unit Kemahiran,
Lajnah Kesenian dan Sukan.

BKASM 2012/2013




0 comments:

Catat Ulasan