Jumaat, Julai 26, 2013

KIND'13 Membina Da'ie Berkualiti


Rabu, 23 Julai 2013 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi2012/2013 telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Kursus Intensif Duat (KIND‘13) bertempat di rumah Selangor, Hayyu ‘Asyir, Kaherah.Kursus tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Julai.Tiga  objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meluruskan fikrah daie iaitu Islam semata di samping menjelaskan tentang ancaman-ancaman yang menimpa daie masa kini dan cara mengatasinya.Selain itu kursus ini bertujuan untuk, membangkitkan semangat untuk berdakwah.

            Program ini dihadiri seramai 105 orang peserta yang terdiri daripada 34 orang ikhwah dan 71 orang akhawat. Para peserta yang hadir bukan sahaja dalam kalangan ahli PMRAM Cawangan Selangor, malah terdapat sebilangan peserta daripada PMRAM Cawangan lain. Tema KIND‘13 pada tahun ini ialah “Daie Berkredibiliti Pencetus Revolusi Ummah”.

            Program dirasmikan oleh Badan Pengurus angkat PMRAM Cawangan Selangor iaitu Saudara Muhammad Syazwan b Hamzah. Kursus ini secara keseluruhannya mempunyai 5 slot, dan ia dibahagikan kepada dua fasa mengikut hari. Pada hari pertama, 3 slot pengisian telah dibentangkan manakala 2 slot berbaki dibentangkan pada hari kedua.

            Pada hari pertama, slot pertama yang dibawa ialah “Aliran Pemikiran Semasa” yang disampaikan oleh Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan. Kemudian diteruskan lagi dengan slot seterusnya iaitu “Perubatan Islam” oleh Saudara Abdul Hadi Bin Jusoh. Manakala slot ketiga yang merupakan slot terakhir ialah “Pemikir Polifik” yang disampaikan oleh Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi. Ketiga-tiga panel pengisi merupakan figura yang berpengalaman dan merupakan mantan pimpinan PMRAM pusat.Para peserta bukan sahaja mendapat input melalui teori sahaja,malah mereka diuji melalui praktikal melalui slot latihan dalam kumpulan.

Pada hari kedua, KIND’13 dimulakan dengan slot “Asas Psikologi Dakwah” yang disampaikan oleh Saudari Siti Hajar Atika Mohamad Tarman yang kini merupakan Penasihat BKASM. Slot terakhir bagi program ini ialah “Bahaya Syiah” yang disampaikan oleh Saudara Zuhaili Zainal Ali. Beliau pula merupakan Felo MANHAL PMRAM 2013. Kursus telah berakhir pada jam 3.30 petang,dan majlis penutupan KIND’13 telah dirasmikan oleh Pegawai HEP Selangor, En. Mohd Farid b Zainal.

            Pihak penganjur berharap moga dengan berakhirnya program ini, para peserta mendapat banyak manfaat daripada slot-slot yang disajikan.Pendedahan yang pelbagai sedikit sebanyak memberi  maklumat dan informasi tentang ancaman yang menyerang para daie masa kini, seterusnya para duat dapat berfikir secara kritis dan kretaif bagaimana cara mengatasinya.

Disediakan Oleh
Setiausaha
Kursus Intensif Du‘at 2013 (KIND‘13)
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir

Sesi 2012/2013





















0 comments:

Catat Ulasan