Jumaat, Ogos 23, 2013

BKASM Mengambil Berat Kebajikan Ahli



JUMAAT ,23 FEBRUARI 2013- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, melalui Lajnah Kebajikan BKASM sesi 12/13 telah mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada Saudara Ustaz Kamarul Azuan Bin Kamal Hizar bersama ahli baitnya yang ditimpa musibah siang tadi . Kejadian dikatakan berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat jumaat di Masjid Walidain.Menurut mangsa rumah mereka dipecah masuk melalui pintu dan suspek berjaya mengambil dua komputer riba dan dua telefon bimbit.

Serahan sumbangan telah diberikan melalui Muhamad Nazif Bin Shaari selaku pemangku Ketua Lajnah Kebajikan. BKASM dengan ini mengucapkan terima kasih kepada ahli yang telah menziarahi mangsa pada siang tadi dan menasihatkan ahli supaya lebih berhati-hati selepas ini terutama kepada ahli luar yang menginap di rumah sewa  Bersama kita jayakan pembawaan BKASM sesi 12/13 iaitu “Bersatu Berkebajikan”.

“Bersatu Berkebajikan”
“Kita PMRAM”

Muhamad Nazif Bin Shaari
Pemangku Ketua Lajnah Kebajikan,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2012/2013.

0 comments:

Catat Ulasan