Rabu, Ogos 07, 2013

FIQH ZAKAT

5 OGOS 2013, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2012/2013 telah mengadakan satu majlis ilmu yang dinamakan Muzakarah Ilmiah Fiqh Zakat yang disampaikan oleh Pegawai HEP Selangor Mesir,UstazMohdFarid bin Mohd Zainal. 

Program ini bertempat di Musolla Darul Ehsan dengan kerjasama Ihtiram PMRAM Cawangan Selangor. Ia diadakan supaya seluruh ahli dapat mendalami tentang zakat fitrah bertepatan di dalam bulan Ramadhan ini yang terdapat di dalamnya kewajipan membayar zakat fitrah. Pengisi membentangkan berdasarkan kitab 'Fiqh Zakat' yang dikarang oleh Dr Yusof al-Qaradhawi.

Selain itu juga,bersama menjayakan tema Lajnah Pendidikan pada sesi ini iaitu “Keseimbangan Akademik dan Thaqafah Membentuk Generasi UlulAlbab“.

Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Sambutan dari ahli PMRAM cawangan Selangor agak menggalakkan terutama ketika sesi soal jawab berlangsung. Antara isi yang disampaikan adalah berkenaan siapa yang wajib membayar zakat fitrah, syarat-syaratnya, waktu untuk membayarnya dan lain-lain.
               
 Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Ustaz Fikhry Hakim diiringi oleh Ustaz Asraf Alias kepada pengisi.Sehubungan dengan itu, BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ilmu ini. Semoga dapat memanfaatkan ilmu daripada apa yang disampaikan oleh pengisi.

“MEMPERKASAKAN BIAH HALAQAH ILMIAH DAN CINTAKAN IMU DALAM KALANGAN AHLI  SELANGOR”

“ PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”

Yang menjalankan tugas,

NABIELAH RAMLAN
Pemangku Timbalan Setiausaha,
Lajnah Pendidikan,

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir2012/2013.

0 comments:

Catat Ulasan