Khamis, September 26, 2013

Roadshow Baktisiswa al-Azhar:Pembinaan Generasi Ulama'


17 SEPTEMBER 2013, SELASA, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13 telah menganjurkan Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar yang menghimpunkan pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Program ini telah memulakan misi roadshow selama 4 hari berturut-turut bermula di Sekolah Agama MenengahTinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Abdul Aziz Shah Batu 38 dan Sekolah Agama MenengahTinggi Bandar Baru SalakTinggi.

Kemudian, program roadshow ini bersambung di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru, Sekolah Agama Menengah Tinggi Pekan Muhammadiah dan telah berakhir di Sekolah Agama Menegah Jeram.

Program ini telah dijayakan dalam masa sebulan dengan kerjasama daripada barisan adhoc pelaksana dan mahasiswa/wi Selangor yang telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan program roadshow ini berjalan dengan lancar.

Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar ini telah diisi dengan pelbagai pengisian dan dimulai dengan slot Ice Breaking yang diketuai oleh unit Pengisian dan Modul.Antara pengisian menarik yang telah disampaikan oleh penuntut Al-Azhar sendiri adalah slot Jom Ke Mesir dan Penerangan BKASM serta slot Syakhsiah Pelajar Muslim.

Para pelajar bukan sahaja diberikan pengisian secara teori,malahan slot gerak kerja berkumpulan (GKB) juga disajikan sebagai latihan praktikal yang melibatkan para fasilitator berpengalaman dalam kalangan ahli BKASM.

Aktiviti tersebut telah Berjaya menjalinkan hubungan ukhuwah sesama peserta dan fasilitator sekaligus berkongsi pengalaman fasilitator dalam menerajui kehidupan di Mesir.

Antara objektif Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar bagi sesi 12/13 ialah meningkatkan tahap motivasi diri untuk cemerlang di dalam STAM dan SPM dan melanjutkan pelajaran ke Mesir di samping member pendedahan awal berkenaan Mesir dan Al-Azhar.Selain itu juga ia bertujuan untuk memberi pengenalan awal tentang persatuan pelajar di Mesir iaitu PMRAM dan BKASM.

Mesir merupakan salah sebuah negara yang menawarkan kursus-kursus pengajian yang bertaraf antarabangsa.Oleh itu, Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) mengambil peluang ini untuk memperkenalkan kursus pengajian yang ada di Mesir sebagai pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah agama menengah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebagai pengakhiran, pihak Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir selaku penganjur utama Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan memohon jutaan kemaafan anda jika terdapat sebarang kesilapan semasa menjayakan program ini dan berharap program ini dapat menjadi pemangkin kepada ahli-ahli BKASM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Sekian, wallahua’lam.

Nurul Nazuwa Binti Zazamudin,
Timbalan Setiausaha,
Roadshow Baktisiswa Al-Azhar,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,

Sesi  2012/2013.

0 comments:

Catat Ulasan