Isnin, September 30, 2013

Taklimat Bakal Mahasiswa Mahasiswi Selangor Mesir:Generasi Azhariyyun Pemacu Kegemilangan Ummah


29 SEPTEMBER 2013, AHAD, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) cawangan Selangor mengadakan satu pertemuan di antara ibu bapa dan pelajar Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Taklimat tersebut telah diadakan bertempat di bilik seminar Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong selepas solat maghrib. Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberi penerangan khusus kepada bakal mahasiswa dan mahasiwi Selangor yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir mengenai pengurusan di sana. Bukan itu sahaja, malah para ibu bapa dan pelajar turut diberi pencerahan mengenai Imtihan Qabul.

Slot penerangan mengenai pengurusan di Mesir disampaikan oleh Ustaz Abd Mun’im Bin Abd Sukor selaku Yang Dipertua BKASM 2012/2013, manakala slot penerangan mengenai Imtihan Qabul pula disampaikan oleh Ustaz Anas Bin Bhukhari selaku Ketua Lajnah Pendidikan BKASM 2012/2013.

Taklimat khas mengenai penerbangan pelajar turut diberikan di dalam slot seterusnya yang disampaikan oleh Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail selaku Timbalan Yang Dipertua 2 BKASM 2012/2013. Seterusnya, Ustaz Mohd Firdaus Bin Madzlan selaku wakil ILMAM cawangan Selangor juga turut memberi penerangan dan sedikit motivasi kepada para pelajar.

Seramai lebih kurang 40 orang bakal mahasiswa dan mahasiswi yang akan berangkat ke Mesir di bawah pengurusan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir awal oktober ini. Pihak BKASM bersedia untuk menguruskan pelajar-pelajar Selangor yang bercita-cita tinggi untuk meyambung pelajaran di Universiti al-Azhar khususnya dan di Mesir umumnya.

“Generasi Rabbani Pelapis Tarbawi Transformasi Ummah Berkualiti”
“Kita PMRAM”

Disediakan Oleh,

Abdul Hakim Bin Khairudin,
Timbalan Setiausaha 1,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2012/2013.


0 comments:

Catat Ulasan