Sabtu, Disember 07, 2013

MUHADHARAH AMMAH & SENAT FAKULTI MISI KECEMERLANGAN AZHARI/AH


5 DISEMBER 2013, Kaherah – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2012/2013 telah mengadakan satu majlis ilmu yang dinamakan Muhadharah Ammah siri kedua, dibentangkan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Dr Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi bertempat di Musolla Darul Ehsan,Hayyu A'syir. Ia diadakan sempena meningkatkan motivasi mahasiswa dan mahasiswi dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga, melahirkan mahasiswa/wi cintakan ilmu serta mendekati para ulamak khususnya Al-Azhar. Selain itu juga, mendededahkan kepada mahasiswa/wi tentang sistem pengajian dan pengkuliahan di universiti.
Majlis ini dimulai sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat hajat berjemaah. Kemudian diikuti dengan alunan burdah dan qasidah. Ramai dikalangan ahli PMRAM Cawangan Selangor dan cawangan lain turut serta menghadiri majlis ilmu ini. Pelbagai nasihat yang telah diberikan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Dr Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi kepada para hadirin berkaitan motivasi sempena imtihan dan penerapan manhaj al-azhar yang sebenar.

Majlis diakhiri dengan senat fakulti yang melibatkan semua mahasiswa/wi tahun satu dan tahun dua, pengajian islam, perubatan, serta ulum islamiah. Sehubungan dengan itu, BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ilmu yang telah diadakan. Semoga mendapat memanfaatkan dari apa yang disampaikan oleh mua'lim.
“Memartabatkan Keilmuan Memimpin Kesatuan” “Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
Yang menjalankan tugas, MOHAMAD BADRUL ANNUAR BIN MAHBOB Setiausaha, Lajnah Pendidikan, Badan Kebajikan Anak Selangor

0 comments:

Catat Ulasan