Jumaat, Disember 27, 2013

Tinta Jumaat Edisi 32:ALLAH Tempat Bergantung

Al-kisah semalam sedang bermurajaah bersama sahabat-sahabat usuliyat sempena imtihan yang hampir tiba.Madah tauhid,tajuknya cara-cara para ilmuwan terdahulu meyakini bahawa wujudnya ALLAH.Kesimpulannya,mereka mengenal ALLAH melalui pemerhatian dan pengkajian mereka terhadap kejadian alam.Ilmu lah yang membawa mereka mengenal ALLAH sebagai tuhan.

Namun diakhir perbincangan,dukturah melontarkan satu soalan di dalam kitab yang membuatkan kami rasa terkedu seketika.

Soalannya..

"Maka apakah faedah meyakini dan percaya dengan ALLAH dan kewujudanNYA,sehinggakan kita sibukkan diri kita dengannya dan agama menuntut kita meyakininya,bahkan para pemikir dan ahli falsafah sibuk mengeluarkan pelbagai dalil-dalil kewujudanNYA,dari dahulu sehingga sekarang,sehingga boleh diterima oleh ilmu sains moden?"

Orang-orang yang beriman pasti tahu jawapannya,bahkan hanya orang-orang yang beriman yang mampu menjawab soalan ini,kerana orang yang tidak meyakini kewujudan ALLAH tidak mampu merungkainya.

Sebenarnya,terlalu banyak faedah yang kita perolehi bilamana kita meyakini bahawasanya ALLAH adalah tuhan kita,jika kita hidup dalam masyarakat majmuk,kita akan dapati,undang-undang ALLAH lah yang terbaik dalam memandu muamalah manusia sesama manusia.

Sebagai individu yang meyakini ALLAH,kita akan rasa tidak keseorangan.Kita sentiasa ada ALLAH sebagai tempat sandaran dan tempat meminta pertolongan ketika dalam kesusahan.Kita jua ada ALLAH sebagai pemberi hidayah dan pembimbing kearah kebaikan.

Sedar tak sedar,alam kehidupan kita di dunia yang sementara cuma ini,penuh dengan ujian baik dalam berbentuk kesenangan mahupun kesusahan,semuanya adalah hanya untuk mengui tahap keimanan,iaitu tahap keyakinan kita pada ALLAH.

Justeru,sempena musim imtihan ini,setiap insan pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza,namun ingatlah seberat mana sekalipun ujiannya,kita ada ALLAH sebagai tempat sandaran.Itulah istimewanya kita sebagai seorang mukmin.Allah sentiasa ada bersama kita malah sangat hampir dan teramat dekat.Seberat manapun ujian yang dirasai,kembalilah pada ALLAH dan berbahagialah atas setiap ujian kerana ujian yang diberi tidak lain tidak bukan hanya untuk meningkatkan darjat keimanan.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).




"PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN"
"KITA PMRAM"

Hasil nukilan:
Ustazah Siti Syakirah Binti Ismail
Timbalan Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM 2012/2013

0 comments:

Catat Ulasan