SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Isnin, Januari 28, 2013

FORUM LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH SAW MENDAPAT SAMBUTAN YANG LUAR BIASA DARI BIASA




JUMAAT,25 JANUARI 2013, Lajnah Dakwah dan Tarbiah dibawah Taakhi ZON D (PMRAM cawangan Selangor, Melaka, Pahang dan Tanta ) telah mengadakan sebuah forum  bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang dinamakan sebagai Forum Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selepas solat isya'.Antara panelis forum tersebut adalah Ustaz Mohammad Zuhdi Bin Md . Piah (Graduan Mahasiswa Al-Azhar Mesir),Ustaz Mohd Bazli Bin Badaruddin (JATA PMRAM),Ustaz Abd. Nafi' Taqiuddin Bin Roslan (BP Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2012) dan saudara Adha Fahmi (Moderator).

            Forum tersebut bertemakan tajuk "Ibrah Min Fiqh Sirah".Selain itu, pengajaran yang ditekankan kepada hadirin yang dating berkaitan ibrah sebenar daripada peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW. Pelbagai lapisan ahli samada mahasiswa baru mahupun yang lama turut  hadir khususnya Taakhi Zon D.

             Antara objektif perlaksanaan daurah kitab ini ialah :

    1.      Melahirkan ahli yang mengenali baginda Nabi Muhammad SAW dan memupuk semangat     
          cinta akan perjuangannya melalui sirah baginda SAW.
    2.      Melahirkan ahli yang mengamalkan konsep " buah ilmu adalah amal " iaitu dengan cara 
          mengamalkan sunnah baginda pada setiap aspek kehidupan seharian.
    3.      Menyampaikan mesej pengorbanan (jihad) kepada seluruh ahli.
  
           Program ini telah berjalan lancar sehingga ke penghujungnya. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PMRAM Taakhi  Zon Dyang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini sehingga ke akhirnya.Semoga hubungan yang telah terbina terus erat kita kukuhkan dan pertahankan bersama.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
“Kita PMRAM”

Ahmad Rabbani Ismail
Pengarah,
Forum Lantunan Mahabbah Rasulullah SAW,
PMRAM Taakhi Zon D.


Khamis, Januari 24, 2013

Wasilah Dakwah Menerusi Teknologi:Kursus Adobe Photoshop LPP


22 Januari 2013,Selasa.Kaherah-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Unit Kelab LPP,Lajnah Penerangan dan Penerbitan pada sesi kali ini telah mengadakan satu kursus adobe photoshop.Kursus ini diadakan secara tertutup dan lebih memfokuskan kepada Unit Penerbitan dan Informasi setiap Lajnah.

Kursus ini bertujuan untuk mengasah kemahiran  AJK Unit Penerbitan dan Informasi setiap lajnah untuk membuat iklan agar lebih menarik dan bertaraf Mahasiswa.Selain itu ia bertujuan untuk menghasilkan iklan yang menepati piawaian PMRAM disamping meningkatkan mutu dan kualiti iklan.

Kursus berlangsung seawal  jam 8.30pagi dan para peserta mula memenuhi ruang di Musolla Darul Ehsan.Sebelum kursus bermula,Ustaz Muhammad Farhan b Ajiyan sebagai Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2012/2013 telah memberikan sedikit ucapan dan harapan beliau.Beliau mengharapkan bahawa melalui kursus ini,para peserta dapat menyumbang kepada islam dan menjadikannya sebagai satu medium dakwah yang seiring dengan zaman.

Sepanjang pengendalian kursus,para peserta diisikan dengan kupasan yang mendalam mengenai adobe photoshop oleh seorang pengisi yang berkemahiran tinggi di dalam bidang ini.Beliau tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Shahrul Akbar b Mohd Tahir.

Kursus ini dibahagikan kepada dua sesi,iaitu sesi pengenalan adobe photoshop dan penerangan etika mengenai iklan pada waktu pagi.Manakala sesi kedua,selepas zohor adalah sesi latihan untuk membuat design wallpaper maulidurrasul.

Para peserta memberikan respon yang baik sepanjang kursus.Semua karya wallpaper maulidurrasul yang dibuat akan dimasukkan ke dalam facebook Unit Penerbitan dan Informasi sebagai paparan umum dan dua yang terbaik akan dimuat turun ke dalam facebook rasmi BKASM Bersatu Berbakti sebagai tanda penghargaan.

Ustaz Muhammad Farhan b Ajiyan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan telah menyampaikan cenderahati  kepada pengisi Ustaz Shahrul Akbar b Mohd Tahir sebelum menamatkan kursus pada hari tersebut.Kursus berakhir tepat pada jam 3.00 petang.

Sekian,wallahua’lam

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

Yang Menjalankan Tugas,

Nur Hazwani bt Mastro
Timbalan Unit Kelab LPP
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013.



BKASM mempelbagaikan pengkaderan ahli



22 Januari 2013,Selasa.Kaherah-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Penempatan dan Perumahan pada sesi kali ini telah berjaya mengadakan satu kursus teknikal.Kursus ini dilakukan secara tertutup kepada semua AJK Lajnah Penempatan dan Perumahan sahaja yang bertempat di Sutuh Selangor.

            Program bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahhari . Program yang berlangsung selama 3 jam ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hadi bin Hidzan selaku Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan pada sesi kali ini,manakala pengisi kursus teknikal ini ialah Ustaz Nazim bin Bahnan.Beliau seorang yang amat mahir di dalam bidang teknikal dan juga merupakan Mantan AJKT Lajnah Penempatan Perumahan BKASM sesi 2010/2011.

            Program ini bertujuan untuk melatih semua AJK Lajnah Penempatan dan Perumahan untuk mendalami ilmu kemahiran teknikal dan sentiasa bersedia apabila khidmat diperlukan. Disamping itu kursus ini juga bertujuan untuk menitikberatkan keselamatan semasa melakukan kerja membaikpulih.

            Antara pengisian yang diberikan  adalah tentang tiga aspek utama yang menyebabkan kerosakan iaitu elektrik ,paip dan sakhona.Setelah selesai slot teori,program diteruskan lagi dengan slot praktikal cara pemasangan lampu. Kemudian, Ustaz Nazim menerangkan pula mengenai alatan-alatan teknikal ,cara pemasangan serta masalah yang kerap berlaku.

           Sebelum program berakhir,Ust Abdul Hakim Khairuddin Timbalan Setiausaha Agung 1 BKASM  merangkap pemantau telah memberi sedikit ucapan dan kalam motivasi kepada AJK LPR.Semoga dengan kursus ini akan memberikan pendedahan yang mendalam kepada AJK untuk memantapkan perkhidmatan kebajikan kepada seluruh ahli.
Sekian,Wallahua’lam

“MUJAHID PROFESIONAL,MUJAHIDAH INTELEKTUAL”
“KITA PMRAM”

Yang Menjalankan Tugas

Nuraini Bt Salim
Setiausaha
Lajnah Penempatan dan Perumahan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

Rabu, Januari 23, 2013

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum kepada Pegawai HEP Selangor Mesir yang baru




Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat Islam dan Iman, selawat dan salam buat rasul junjungan Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya serta para pengikutnya sehingga ke hari kiamat.

Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 mengucapkan Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum diatas kedatangan Ustaz Farid Bin Zainal dan keluarga selaku Pegawai HEP Selangor Mesir yang baru bakal menggantikan Ustaz Mohd Faryzan Bin Subkhi.

BKASM sedia memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap pihak pejabat HEP Selangor Mesir agar kebajikan anak-anak Selangor di bumi mesir terus terjaga dan terpelihara selaras dengan pembawaan BKASM pada sesi ini iaitu “Bersatu Berkebajikan”.

BKASM juga mengucapkan selamat berkhidmat dan berharap agar hubungan baik yang terjalin selama ini terus berjalan dengan baik dan kukuh.

"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"Kita PMRAM"

Abd Mun'im Abd Sukor
Yang Dipertua 
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013

Jumaat, Januari 18, 2013

"TINTA JUMAAT"(Semangat Dakwah Kebangkitan Ummah)


           
             Dakwah atau menyeru kepada Allah SWT merupakan sebuah kewajipan berdasarkan firman Allah SWT:

قل هذه سبيلي ادعوا الى الله على بصيرة
Ertinya:”Katakanlah inilah jalan(agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allahdengan hujjah yang nyata.”(surah Yusuf:108)

              Firman Allah dalam surah Ali-Imran:104, ertinya: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan yang mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”.

              Seorang daie dalam melaksanakan kewajipan ini dituntut agar memiliki pengetahuan agama yang baik agar dakwahnya tidak tersasar daripada landasannya. Sebagaimana diketahui bahawa amal mengikuti ilmu, ketika suatu amal tidak dibangunkan atas landasan ilmu, maka kerosakan yang lebih besar akan menguasai berbanding manfaat yang ada.

Syeikh Mustafa Masyhur menyebut bahawa ada tiga thaqafah fikriah yang harus dimiliki seorang daie:

1. Memahami Islam secara betul dan menyeluruh yang memungkinkan dia dapat melaksanakan Islam dengan pelaksanaan yang benar terhadap dirinya, dan dengan itu pula dia dapat menyampaikan Islam dengan baik kepada orang lain. Dia mampu melaksanakan Islam dan menyampaikan secara total, murni dan original.

2. Para daie mesti mengetahui kondisi dan situasi dunia Islam dahulu dan sekarang, mengenal musuh-musuh Islam dan mengetahui cara dan tindak-tanduknya. Dia juga harus mengetahui peristiwa-peristiwa aktual yang mempengaruhi kondisi kaum muslimin dari dekat atau jauh. Mengetahui siapakah golongan yang bekerja dibidang dakwah Islam, kecenderungan dan cara-cara mereka, bagaimana bentuk kerjasama yang perlu dibuat bersama-sama dengan mereka, dan persoalan-persoalan lain yang patut diketahui oleh orang-orang yang aktif dalam gerakan Islam.

3. Para daie harus menyampaikan untuk memantapkan ilmu yang berkaitan dengan urusan hidup manusia seperti ilmu kedoktoran, teknik, pertanian, ekonomi, perusahaan dan lain-lain. Oleh itu, bagi seorang kader dia harus berusaha memperbaiki dan meningkatkan kualiti ilmu yang dimilikinya secara professional agar dia mendapat tempat dalam masyarakat dan dapat mengisi tempat-tempat kosong pada saat kita membangun dan menegakkan Daulah Islamiyah. Telah disebutkan bahawa sebahagian besar ilmu pengetahuan moden sekarang ini telah dipelopori oleh para cendekiawan muslim zaman dahulu, kerana agama Islam mendorong umatnya untuk mencari ilmu dan belajar serta dapat menghubungkan ilmunya dengan Al-kholiq.
Tentunya mustahil bagi seseorang mencapai tingkat kesempurnaan bagi keilmuannya kerana luasnya ilmu Allah. Dengan itu, hendaklah setiap daie menyampaikan apa-apa yang telah diketahuinya secara baik kepada orang-orang yang belum mengetahuinya, dan inilah hakikat dari dakwah.

             Turun atau naiknya semangat di dalam sebuah amal Islami adalah suatu yang biasa sebagaimana keimanan yang sentiasa ada pasang surutnya, akan tetapi yang tidak dibolehkan adalah hilang sama sekali semangat untuk beramal Islami. Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap amal mempunyai masa semangat (syirroh) dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatroh). Barangsiapa masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku maka ia telah mendapat petunjuk. Dan barangsiapa masa lemah semangatnya berada pada selainnya maka ia celaka”(H.R Ahmad)

Diantara hal-hal yang digunakan dalam menjaga semangat berdakwah adalah:

1. Mengetahui secara baik akan keutamaan dakwah. Firman Allah SWT:
Ertinya:”Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata:sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS.Fussilat:33)

2. Menyedari bahawa Allah hanya memerintahkan kepada kita untuk menyampaikan kepada manusia dan tidak membebankan kita agar mereka semua menerima dakwah kerana urusan hati manusia berada dalam genggaman Allah. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hati manusia berada diantara dua jemari dari jari jemari Yang Maha Pengasih dan Dialah yang membolak-balikkannya.”(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

3. Hendaklah dalam menegakkan kewajipan berdakwah ini tidak bersendirian akan tetapi berada dalam satu barisan atau jemaah, bersama orang-orang yang berjuang menegakkan agama Allah, dan bersama orang-orang yang kehidupan mereka betul-betul diberikan untuk kejayaan islam dan kaum muslimin, orientasi perjuangan mereka adalah kebahagiaan akhirat bukan kenikmatan dunia yang seringkali menipu manusia. Sabda Rasulullah:
“Tangan Allah bersama jemaah”(H.R. Tirmidzi)

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
“KITA PMRAM”

HASIL NUKILAN:
USTAZAH AINA NADZIRAH MOHD YUNUS
TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR (BKASM)

Khamis, Januari 17, 2013

BKASM turun membantu ahli yang ditimpa musibah



KHAMIS 10 Januari  – Badan kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah Lajnah Kebajikan BKASM 12/13 telah memberi sumbangan kepada wakil rumah ustaz Abdullah Shahrul bin Rosli , dan ustaz Mohd  Redzuen b Samsudin yang ditimpa musibah baru-baru ini. BKASM mengambil inisiatif  untuk mengutip derma di setiap rumah ahli bagi membantu memberi sumbangan kepada mereka yang ditimpa musibah. Alhamdulillah hasil kutipan tersebut,amat memberangsangkan hasil daripada kerjasama semua peringkat.

Dalam melestarikan pembawaan pada tahun ini “Bersatu Berkebajikan”,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bertungkus lumus dalam menjaga kebajikan ahli dengan sebaiknya.BKASM  mengharapkan kepada semua ahli agar turut cakna bersama menjaga kebajikan anak Selangor yang berada di perlembahan nil ini.Semoga Allah membalas jasa kalian.

“Bersatu  Berkebajikan “
“Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”

Muhamad Hafiz Naim Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2012/2013



M

Jumaat, Januari 11, 2013

TINTA JUMAAT (KEBANGKITAN ISLAM, DIMANAKAH KITA?)


         
          
            Genap 10 hari, kita menyambut tahun baru 2013. Walaupun telah berlalu, kita dapat merasakan kehangatan dan perubahan yang ketara hingga ke saat ini. Pelbagai keindahan dan kenikmatan yang  dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita oleh kerana cinta dan sayangnya Sang Pencipta terhadap hambanya, walaupun kadang kala kita mengeluh dengan pemberianNya kepada kita. Ingatlah setiap pemberian tersebut pastinya terdapat anugerah yang terbaik daripadaNya. Selaku hambanya, apakah sumbangan kita dalam meneruskan proses pengkaderan selaku pejuang Allah SWT dan rasulNya Muhammad SAW.


Maksudnya,

“Manusia yang paling buruk di sisi Allah yang Maha Agung ialah mereka yang tidak mahu mendengar dan memahami kebenaran.”
                                                                                                                   ( Rujukan : Tafsir Ibn Kathir)
 

          Proses pengkaderan ini perlulah disusun dengan sebaiknya agar ianya tidak tersungkur dipertengahan kemuncak pejuangan. Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah menyusun satu formula yang terbaik dalam sistem pengkaderan mujahid sepanjang zaman.

Antaranya ialah :

-Daie

-Mad’u

-Manhaj

-Uslub
           

            Tambahan pula, selaku daie Allah SWT, selain mendalami disiplin ilmu agama dengan baik; kita perlu cakna dan prihatin dalam isu sekeliling mereka. Ianya merupakan kredit tambahan kepada mereka apabila mendefinisikan praktikal persekitaran terhadap masyarakat. Pelbagai isu  yang berlaku khususnya di media masa samada di muka buku (FB), twitter, youtube dan sebagainya. Walaupun ianya kadang-kala dipandang remeh, tetapi ketahuilah ia mampu merubah senario corak paradigma semasa. Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan isu di Mesir, Syria dan Palestin. Tidak dilupakan juga isu saudara-mara kita yang sering dialpakan iaitu di Iraq dan Rohingya, Myammar. Sayu hati apabila melihat mereka setiap hari terpaksa berlemuran darah, bertempur mempertahankan maruah dan sebagainya semata-mata kerana menegakkan keizzahan agama Allah SWT.
 
 

         Selaku saudara seakidah kita, apakah tindakan kita hari ini? Sama-sama kita koleksi diri: 

- Sudahkan kita mendoakan akan kemenangan Islam?

- Sudahkah kita bersama-sama dalam mengerakkan dan memperjuangkan prinsip dan disiplin perjuangan gerakan Islam?

- Sudahkah kita menyumbangkan semaksima mungkin kepada mereka untuk terus maju mempertahankan Islam?

- Sudahkah kita bersama menyatakan hasrat kepada mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT?



Firman Allah SWT :
 Maksudnya : Sekiranya kamu merasa sakit (menderita) maka sesungguhnya mereka (pihak musuh) juga merasai kesakitan sebagaimana kamu merasai sakit, dan (yang membezakan antara kamu dengan pihak musuh ialah) kamu mengharap,dan (ingatlah) Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
                                                                                                                            (Surah An-Nisa’ : 104)


Dr. Yusuf Al-Qardhawi ketika ditanya mengenai apakah kewajipan umat Islam atau apakah prioriti utama umat Islam masa kini, beliau menjawab dengan ringkas iaitu:
 

“Melaksanakan gerak kerja Islam”

 
Gerak kerja Islam ini bukan hanya diletakkan kepada individu tertentu tetapi dipikul untuk semua generasi pemuda Islam khususnya yang mengucapkan kalimah tayyibah (لا اله الا الله محمد رسول الله  (

 

Rujukan : Pemuda Islam Yang Berjuang Siri 1
 
 
HASIL NUKILAN:
USTAZ MUHAMMAD SALIHIN BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA AGUNG 
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR (BKASM)

 

“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”

 

“KITA PMRAM”

 

 

 

Khamis, Januari 10, 2013

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2012/2013


Selasa, Januari 08, 2013

WARKAH TARBIAH (BERSABAR DENGAN UJIAN)



Firman Allah s.w.t :
"Dan sesungguhnya kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga kami dapat mengetahui siapa di antara kamu semua yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar."
(Muhammad : 31)

Dari Anas r.a, katanya: "Nabi s.a.w berjalan melaui seorang wanita yang sedang menangis di atas kubur. Beliau bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!"

Wanita itu berkata :
"Ah, jauh daripadaku, kerana Tuan tidak terkena musibah sebagaimana yang mengenai diriku dan tuan tidak mengetahui musibah itu." Wanita itu diberitahu oleh sahabat beliau s.a.w bahawa yang diajak bicara tadi itu adalah Nabi s.a.w. Lalu ia datang ke pintu rumah Nabi s.a.w dan didapati tiada penjaga-penjaga pintu.

Wanita itu berkata :
"Saya memang tidak mengenali Tuan, maka itu maafkan perbicaraanku tadi."

Kemudian Baginda s.a.w bersabda :
"Hanyasanya bersabar yang sangat terpuji itu ialah dikala mendadaknya kedatangan musibah yang pertama."

Keterangan :
Jiwa JIHAD wajib diterapkan disetiap jiwa insan yang melengkapi kesyumulan Islam.
Maksud "Mendadaknya kedatangan musibah yang pertama" adalah disaat baru terkena musibah maka ia terus bersabar. Sekiranya sudah sehari atau dua hari baru ia mengatakan " Aku sekarang sudah bersabar". Maka ini bukan sabar yang kali pertama, kerana sudah terlambat.

Rujukan : Kitab Riyadhus Solihin/Bab - Sabar/ Hadith ke – 31

"With Tarbiah We Lead Ummah"
"KITA PMRAM"

Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM 12/13--