SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Isnin, September 30, 2013

Taklimat Bakal Mahasiswa Mahasiswi Selangor Mesir:Generasi Azhariyyun Pemacu Kegemilangan Ummah


29 SEPTEMBER 2013, AHAD, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) cawangan Selangor mengadakan satu pertemuan di antara ibu bapa dan pelajar Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Taklimat tersebut telah diadakan bertempat di bilik seminar Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong selepas solat maghrib. Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memberi penerangan khusus kepada bakal mahasiswa dan mahasiwi Selangor yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir mengenai pengurusan di sana. Bukan itu sahaja, malah para ibu bapa dan pelajar turut diberi pencerahan mengenai Imtihan Qabul.

Slot penerangan mengenai pengurusan di Mesir disampaikan oleh Ustaz Abd Mun’im Bin Abd Sukor selaku Yang Dipertua BKASM 2012/2013, manakala slot penerangan mengenai Imtihan Qabul pula disampaikan oleh Ustaz Anas Bin Bhukhari selaku Ketua Lajnah Pendidikan BKASM 2012/2013.

Taklimat khas mengenai penerbangan pelajar turut diberikan di dalam slot seterusnya yang disampaikan oleh Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail selaku Timbalan Yang Dipertua 2 BKASM 2012/2013. Seterusnya, Ustaz Mohd Firdaus Bin Madzlan selaku wakil ILMAM cawangan Selangor juga turut memberi penerangan dan sedikit motivasi kepada para pelajar.

Seramai lebih kurang 40 orang bakal mahasiswa dan mahasiswi yang akan berangkat ke Mesir di bawah pengurusan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir awal oktober ini. Pihak BKASM bersedia untuk menguruskan pelajar-pelajar Selangor yang bercita-cita tinggi untuk meyambung pelajaran di Universiti al-Azhar khususnya dan di Mesir umumnya.

“Generasi Rabbani Pelapis Tarbawi Transformasi Ummah Berkualiti”
“Kita PMRAM”

Disediakan Oleh,

Abdul Hakim Bin Khairudin,
Timbalan Setiausaha 1,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,
Sesi 2012/2013.


Khamis, September 26, 2013

Roadshow Baktisiswa al-Azhar:Pembinaan Generasi Ulama'


17 SEPTEMBER 2013, SELASA, - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 12/13 telah menganjurkan Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar yang menghimpunkan pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Program ini telah memulakan misi roadshow selama 4 hari berturut-turut bermula di Sekolah Agama MenengahTinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Abdul Aziz Shah Batu 38 dan Sekolah Agama MenengahTinggi Bandar Baru SalakTinggi.

Kemudian, program roadshow ini bersambung di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru, Sekolah Agama Menengah Tinggi Pekan Muhammadiah dan telah berakhir di Sekolah Agama Menegah Jeram.

Program ini telah dijayakan dalam masa sebulan dengan kerjasama daripada barisan adhoc pelaksana dan mahasiswa/wi Selangor yang telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan program roadshow ini berjalan dengan lancar.

Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar ini telah diisi dengan pelbagai pengisian dan dimulai dengan slot Ice Breaking yang diketuai oleh unit Pengisian dan Modul.Antara pengisian menarik yang telah disampaikan oleh penuntut Al-Azhar sendiri adalah slot Jom Ke Mesir dan Penerangan BKASM serta slot Syakhsiah Pelajar Muslim.

Para pelajar bukan sahaja diberikan pengisian secara teori,malahan slot gerak kerja berkumpulan (GKB) juga disajikan sebagai latihan praktikal yang melibatkan para fasilitator berpengalaman dalam kalangan ahli BKASM.

Aktiviti tersebut telah Berjaya menjalinkan hubungan ukhuwah sesama peserta dan fasilitator sekaligus berkongsi pengalaman fasilitator dalam menerajui kehidupan di Mesir.

Antara objektif Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar bagi sesi 12/13 ialah meningkatkan tahap motivasi diri untuk cemerlang di dalam STAM dan SPM dan melanjutkan pelajaran ke Mesir di samping member pendedahan awal berkenaan Mesir dan Al-Azhar.Selain itu juga ia bertujuan untuk memberi pengenalan awal tentang persatuan pelajar di Mesir iaitu PMRAM dan BKASM.

Mesir merupakan salah sebuah negara yang menawarkan kursus-kursus pengajian yang bertaraf antarabangsa.Oleh itu, Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) mengambil peluang ini untuk memperkenalkan kursus pengajian yang ada di Mesir sebagai pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah agama menengah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebagai pengakhiran, pihak Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir selaku penganjur utama Program Roadshow Baktisiswa Al-Azhar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan memohon jutaan kemaafan anda jika terdapat sebarang kesilapan semasa menjayakan program ini dan berharap program ini dapat menjadi pemangkin kepada ahli-ahli BKASM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Sekian, wallahua’lam.

Nurul Nazuwa Binti Zazamudin,
Timbalan Setiausaha,
Roadshow Baktisiswa Al-Azhar,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,

Sesi  2012/2013.

Jumaat, September 06, 2013

BKASM Cakna Kebajikan Ahli



Khamis, 05 September 2013 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menziarahi  rumah suadara Muhammad Naufal B Abdul Halim merupakan pelajar  bahasa arab tahun 3 Universiti Al-Azhar,Kaherah yang mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini di lebuhraya NKVE. Dimaklumkan kejadian ini berlaku semasa beliau ingin pulang ke kampung halaman di Perak, kemalangan yang melibatkan 5 orang adik beradik dan mangsa mengalami kecederaan yang amat serius.

          Mangsa terus dikejarkan ke hospital Serdang bagi susulan rawatan. Justeru  BKASM mengucapkan takziah buat saudara Muhammad Naufal B Abdul Halim yang ditimpa musibah baru-baru ini. Harapan kami daripada BKASM agar keluarga suadara Muhammad Naufal B Abdul Halim tabah dan sabar atas ujian yang ditimpa oleh kalian.
Selain itu, BKASM menasihati kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia, Mesir yang pulang di Malaysia, agar berhati-hati ketika memandu kenderaan anda masing-masing. Keselamatan anda tanggungjawab bersama.
“PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN”
Disediakan Oleh
Muhamad Hafiz Naim B Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 12/13