SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Disember 27, 2013

BKASM cakna isu kebajikan ahli

Khamis, 26 Disember - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 di bawah Lajnah Kebajikan telah mengambil inisiatif membuat kutipan dan memberi sumbangan kepada 3 orang mangsa rompakan , iaitu saudara Abdun Najih Bin Marwan , saudara Khasan Azhari Bin Muhamad dan saudara Ahmad Muslim B. Ngabadi . Mangsa telah dirompak ketika berada di dalam tramco .

BKASM menasihatkan kepada semua ahli agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menaiki kenderaan awam ketika berada di luar.


"BERSATU BERKEBAJIKAN
"KITA PMRAM"

Disediakan Oleh:
Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM sesi 2012/2013


Tinta Jumaat Edisi 32:ALLAH Tempat Bergantung

Al-kisah semalam sedang bermurajaah bersama sahabat-sahabat usuliyat sempena imtihan yang hampir tiba.Madah tauhid,tajuknya cara-cara para ilmuwan terdahulu meyakini bahawa wujudnya ALLAH.Kesimpulannya,mereka mengenal ALLAH melalui pemerhatian dan pengkajian mereka terhadap kejadian alam.Ilmu lah yang membawa mereka mengenal ALLAH sebagai tuhan.

Namun diakhir perbincangan,dukturah melontarkan satu soalan di dalam kitab yang membuatkan kami rasa terkedu seketika.

Soalannya..

"Maka apakah faedah meyakini dan percaya dengan ALLAH dan kewujudanNYA,sehinggakan kita sibukkan diri kita dengannya dan agama menuntut kita meyakininya,bahkan para pemikir dan ahli falsafah sibuk mengeluarkan pelbagai dalil-dalil kewujudanNYA,dari dahulu sehingga sekarang,sehingga boleh diterima oleh ilmu sains moden?"

Orang-orang yang beriman pasti tahu jawapannya,bahkan hanya orang-orang yang beriman yang mampu menjawab soalan ini,kerana orang yang tidak meyakini kewujudan ALLAH tidak mampu merungkainya.

Sebenarnya,terlalu banyak faedah yang kita perolehi bilamana kita meyakini bahawasanya ALLAH adalah tuhan kita,jika kita hidup dalam masyarakat majmuk,kita akan dapati,undang-undang ALLAH lah yang terbaik dalam memandu muamalah manusia sesama manusia.

Sebagai individu yang meyakini ALLAH,kita akan rasa tidak keseorangan.Kita sentiasa ada ALLAH sebagai tempat sandaran dan tempat meminta pertolongan ketika dalam kesusahan.Kita jua ada ALLAH sebagai pemberi hidayah dan pembimbing kearah kebaikan.

Sedar tak sedar,alam kehidupan kita di dunia yang sementara cuma ini,penuh dengan ujian baik dalam berbentuk kesenangan mahupun kesusahan,semuanya adalah hanya untuk mengui tahap keimanan,iaitu tahap keyakinan kita pada ALLAH.

Justeru,sempena musim imtihan ini,setiap insan pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza,namun ingatlah seberat mana sekalipun ujiannya,kita ada ALLAH sebagai tempat sandaran.Itulah istimewanya kita sebagai seorang mukmin.Allah sentiasa ada bersama kita malah sangat hampir dan teramat dekat.Seberat manapun ujian yang dirasai,kembalilah pada ALLAH dan berbahagialah atas setiap ujian kerana ujian yang diberi tidak lain tidak bukan hanya untuk meningkatkan darjat keimanan.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).




"PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN"
"KITA PMRAM"

Hasil nukilan:
Ustazah Siti Syakirah Binti Ismail
Timbalan Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM 2012/2013

Jumaat, Disember 20, 2013

Kebajikan BKASM:Sumbangan kepada ahli yang mengalami musibah kebakaran rumah

19 Disember 2013-MUNIERA,KAHERAH.Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013 dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir telah menziarahi 5 orang pelajar Universiti Kaherah Tahun 6 yang mengalami musibah kebakaran rumah.Dua orang daripada mereka adalah Saudari Amal Hanani binti Abdul Halim dan Saudari Anisah Shamilah Mohd Salleh merupakan pelajar tajaan dermasiswa Lembaga Zakat Selangor manakala selebihnya merupakan pelajar tajaan MARA dan JPA.

Punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas yang berlaku di bilik Saudari Amal Hanani dan mengakibatkan kerugian dalam jumlah yang besar sekitar LE15000 termasuk barangan peribadi antaranya komputer riba,buku pelajaran,kad bank dan lain-lain.

Pihak BKASM dan Pejabat HEP Selangor Mesir telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada dua pelajar tersebut bagi meringankan sedikit bebanan mereka.Pihak BKASM turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada 5 orang pelajar Perubatan Sains Kesihatan yang terlibat di atas musibah yang menimpa mereka.

Disediakan Oleh:
Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan
Ketua Lajnah Kebajikan

BKASM sesi 2012/2013






Sabtu, Disember 14, 2013

PEMERKASAAN MUSLIM POKET KPI TARBIAH DITERUSKAN SEHINGGA JANUARI 2014

PEMERKASAAN MUSLIM POKET KPI TARBIAH DITERUSKAN SEHINGGA JANUARI 2014

14 Disember 2013 :Pejabat HEP Selangor Mesir dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak  Selangor  Mesir amat menitikberatkan aspek tarbiah mahasiswa-mahasiswi Islam.Muslim Pocket atau lebih dikenali Key Performance Indicator Tarbiah merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan untuk menilai prestasi syakhsiah mahasiswa dan mahasiswi Selangor Mesir secara sistematik dan tersusun.

Ekoran kepulangan dan kesan evakuasi pilihan mahasiswa-mahasiswi Selangor ke Malaysia pada bulan Ogos yang lepas menyebabkan aktiviti KPI terhenti sementara selama 4 bulan sehingga bulan November.
Oleh yang demikian , pemerkasaan  Muslim Pocket KPI diteruskan seperti biasa bermula pada Disember 2013 sehingga akhir Januari 2014 bagi mereka yang memilikinya.Pantauan daripada Nuqaba’ hanya tertumpu kepada ahli BKASM di kaherah sahaja manakala ahli BKASM di muhafazah atas inisiatif dan kesedaran sendiri untuk menjayakan buku tersebut.

Kepada mahasiswa tahun akhir yang telah tamat belajar samaada Pengajian Islam atau Sains Kesihatan ,    sila berurusan dengan pihak pejabat untuk mendapatkan SIJIL PENGHARGAAN Key Performance Indicator Tarbiah dengan syarat membawa Muslim Pocket KPI untuk dinilai oleh Ustaz Mohamad Farid Mohd Zainal, Pegawai Hep Selangor Mesir.

Muslim poket KPI WAJIB dimiliki seluruh mahasiswa-mahasiswi Selangor Mesir KECUALI Mahasiswa dan Mahasiswi baru sesi 2013/2014.Muslim poket KPI tarbiah ini boleh diperolehi melalui :

 1. Pejabat HEP Selangor Mesir (02-24092392)

  2. BadanKebajikanAnak Selangor Mesir (BKASM) :

a. Meor Muhammad Syazwan Bin Meor Harudin (0111 6452676)
b. Siti Nadia Binti Mohd Anip       (0111 8486213)

Sekian ,terima kasih.

“KPI KUNCI TARBIAH , MUSTAHIL ANDA TIDAK TERLIBAT”
“PASAK KEILMUAN , TEGUH PEMIKIRAN”


Yang menjalankan tugas ,

MEOR MUHAMMAD SYAZWAN BIN MEOR HARUDIN
Pengarah Key Performance Indicator,
BKASM Sesi 2012/2013.



Jumaat, Disember 13, 2013

Tinta Jumaat Edisi 31:Mengertikan Kejayaan


"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri.." (al-Isra':7)

asy-Syahid Sayyid Qutb di akhir hidupnya memberikan satu kalam yang berharga untuk kita.Beliau berkata, "Kebahagiaan yang saya rasakan bukan terjadi ketika saya menerima sesuatu daripada orang lain,tapi ketika saya memberikan sesuatu kepada orang lain."

السلام قبل الكلام
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera penulis ucapkan kepada semua.

Dalam menghitung beberapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah masuk ke dewan Imtihan,maka tidak salah kiranya Tinta Jumaat minggu ini membawakan satu tajuk seputar peperiksaan,ERTI KEJAYAAN

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT

Semasa masih di bangku pengajian,kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan.Lebih banyak kita tahu,terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam.

Namun dengan bertambahnya usia,apabila kita bukan lagi seorang individu,kejayaan pengetahuan dan amal menjadi kecil tidak bererti.Jika selama masa yang lalu,kita adalah individu yang mengukur kejayaan pada apa yang dicapai oleh peribadi,kini ukuran itu sudah tidak bermakna.

Setiap kita mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang.Jika seumur hidup kita menjadi anak tersayang,pelajar cemerlang,rakan terbilang,kini..mampukah semua ini membekas pada ibu,ayah,adikberadik kita dan rakan-rakan?

Kita membuang segala penghargaan dunia kepada kejayaan diri,jika kejayaan itu hanya pada sebuah peribadi.Pada insan yang berjiwa DA'IE,kejayaan hakiki adalah pada keupayaan diri untuk membawa orang lain berjaya sama.Membawa sahabat-sahabat untuk cemerlang sama.Cemerlang sahsiah dan cemerlang keputusannya.

Maka,pada hari ini,medan IMTIHAN adalah medan yang terbaik untuk kita melatih diri dalam menjadi insan yang membimbing orang lain untuk berjaya juga bersama.Dan secara hakikatnya,kita sebenarnya sedang berusaha membimbing manusia bukan untuk mencapai kejayaan dunia yang sementara semata-mata,malahan untuk mengejar nikmat kejayaan syurga yang selama-lamanya.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan ALLAH SWT sekalian.

Sememangnya sifat untuk membawa orang lain untuk berjaya bersama adalah sifat para salafussoleh yang mulia.Masakan tidak,usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi SAW dan sahabat-sahabat Radhiallahuanhum adalah untuk mengajak umat selepas generasi mereka "berjaya" dalam agama sepertimana mereka juga  merasai nikmat kehidupan berpandukan Islam.Begitu juga dengan para ulama terdahulu yang bersusah payah dalam memberikan perhatian dan kesungguhan kepada ilmu sehingga terhasilnya kitab-kitab buat rujukan umat masa kini juga dengan matlamat yang sama,supaya generasi terkemudian mendapat dan merasai manfaat yang sama seperti mereka.

Suatu perkara untuk kita fikirkan,adakah wawasan generasi terdahulu dan wawasan kita sama?Maksud penulis,usaha dan jerih payah mereka dahulu bukan semata-mata mereka sumbangkan untuk masyarakat di zaman itu sahaja,bahkan untuk 100,200 malahan menjangkau 500 tahun generasi di hadapan.Maka,belajarlah mendidik jiwa seperti mana jiwa mereka dididik,jiwa untuk memberikan seluas-luas dan sebesar-bessar manfaat bermula dengan rakan-rakan kita di musim imtihan ini.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Akhir kalam,semasa masih di bangku pengajian,belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan .Jika telah terasa manisnya iman,sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan.Di medan terakhir pecutan menuju imtihan ini,bantulah rakan-rakan mengikut kemampuan serta jangan lupa doa kepada Yang Maha Memberikan supaya bersama-sama beroleh kegemilangan.Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan membawa orang lain berjaya sama.

Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji apabila masyarakat dan umat menanti untuk dibawa,kepada sebuah kejayaan bersama menuju ke syurga.

Salam imtihan,salam kejayaan

'Generasi Rabbani,Pelapis Tarbawi,Tranformasi Ummah Berkualiti'
'KITA PMRAM'

Hasil Nukilan:
Ustaz Muhammad Faez Ehsan bin Muhd Supian
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM 2012/2013

Sabtu, Disember 07, 2013

MUHADHARAH AMMAH & SENAT FAKULTI MISI KECEMERLANGAN AZHARI/AH


5 DISEMBER 2013, Kaherah – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) di bawah Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2012/2013 telah mengadakan satu majlis ilmu yang dinamakan Muhadharah Ammah siri kedua, dibentangkan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Dr Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi bertempat di Musolla Darul Ehsan,Hayyu A'syir. Ia diadakan sempena meningkatkan motivasi mahasiswa dan mahasiswi dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga, melahirkan mahasiswa/wi cintakan ilmu serta mendekati para ulamak khususnya Al-Azhar. Selain itu juga, mendededahkan kepada mahasiswa/wi tentang sistem pengajian dan pengkuliahan di universiti.
Majlis ini dimulai sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat hajat berjemaah. Kemudian diikuti dengan alunan burdah dan qasidah. Ramai dikalangan ahli PMRAM Cawangan Selangor dan cawangan lain turut serta menghadiri majlis ilmu ini. Pelbagai nasihat yang telah diberikan oleh Al-Fadhilatul Syeikh Dr Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi kepada para hadirin berkaitan motivasi sempena imtihan dan penerapan manhaj al-azhar yang sebenar.

Majlis diakhiri dengan senat fakulti yang melibatkan semua mahasiswa/wi tahun satu dan tahun dua, pengajian islam, perubatan, serta ulum islamiah. Sehubungan dengan itu, BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ilmu yang telah diadakan. Semoga mendapat memanfaatkan dari apa yang disampaikan oleh mua'lim.
“Memartabatkan Keilmuan Memimpin Kesatuan” “Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran”
Yang menjalankan tugas, MOHAMAD BADRUL ANNUAR BIN MAHBOB Setiausaha, Lajnah Pendidikan, Badan Kebajikan Anak Selangor

Jumaat, Disember 06, 2013

DEMONSTRASI : SOLUSI ATAU POLUSI?

Mutakhir ini sering kali kita mendengar dan menyaksikan sendiri demonstrasi yang berlaku di sekitar kita. Demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menuntut kebenaran yang dinafikan oleh sebahagian pihak yang lain. Jadi, adakah demonstrasi ini salah satu jalan penyelesaian atau sebaliknya?Apa pula dari sudut hukumnya?

Suka untuk berkongsi sebuah artikel yang telah diterbitkan oleh MANHAL,PMRAM sebagai rujukan kita bersama.

Demonstrasi bermaksud tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan seumpamanya. Ia merupakan konsep atau wasilah dalam menyampaikan sesuatu perkara.  Disebabkan itu antara konsep dalam demonstrasi ialah mengadakan himpunan samada menyatakan sokongan atau bantahan, perarakan, rapat umum dan apa jua aktiviti yang melibatkan perhimpunan masyarakat yang ramai.

Maka hukum bagi demonstrasi adalah mengikut kepada tujuan dan wasilah yang digunakannya. Hal ini demikian kerana demonstrasi bukanlah tujuan utama, namun ia merupakan wasilah atau cara dalam menunjukkan sesuatu tujuan. Justeru dalam membincangkan hukum demonstrasi, kita lihat kepada jenis-jenisnya iaitu :

       - menunjukkan kekuatan islam dan ummat yang bersatu.
       -mencegah kemungkaran dan kezaliman serta menyeru ke arah perkara makruf.
       -menggunakan cara yang tidak bertentangan dengan syara' dan sebagai pemberitahuan secara 
        besar-besaran.
       -menggulingkan pemerintah islam yang adil.
       -mengangkat senjata.

Merujuk kepada jenis-jenis demonstrasi, maka para ulama' sepakat bahawa demonstrasi yang berbentuk untuk menggulingkan pemerintah yang adil dengan menggunakan cara yang tidak syarie iaitu menggunakan senjata  dan kekerasan, hukumnya adalah haram. Maksud firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat ke 59 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! taatilah Allah dan taatilah Rasul serta pemimpin dikalangan kamu"

Berkenaan ayat di atas, Imam At-Thabari menyifatkan ulul amri dalam ayat tesebut ialah ketua atau pemimpin berdasarkan hadith Nabi SAW yang menyuruh mentaati pemerintah selagimana di atas landasan yang benar.

Manakala demonstrasi yang berbentuk menuntut hak, menunjukkan kekuatan Islam dan kesatuan rakyat dalam berhadapan dengan pemerintahan yang zalim yang melakukan kemungkaran adalah diharuskan. Hal ini berdasarkan kepada dalil hukum asal bagi sesuatu perkara (selain dalam konteks ibadah)  adalah harus.

Demonstrasi adalah dalam konteks urusan dunia, tidak termasuk dalam konteks ibadah, maka hukum asal bagi konteks urusan dunia adalah harus dan terpulang kepada kebijaksaan manusia dalam menguruskan wasilah yang pelbagai dan sesuai dengan zaman mereka. Hal ini demikian kerana demonstrasi adalah wasilah kepada sesuatu tujuan yang ingin disampaikan. Maka sekiranya tujuan untuk menuntut hak yang dirampas dan keadilan yang sebenar dengan wasilah demonstrasi secara aman tanpa merancang menimbulkan huru-hara maka ia adalah diharuskan.

Dr.Yusuf Al-Qardhawi menerangkan 3 cara apabila berhadapan dengan pemerintah yang zalim dan jelas melakukan kemungkaran, bahkan apabila mencegah sekiranya diam atau rahsia masih tidak berjaya, maka wajib ke atas ummat Islam apabila mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk mencegahnya melalui :
                                                                             -undian pilihanraya
                                                                             -kuasa tentera
                                                                             -kuasa rakyat

Dalam konteks kuasa rakyat adalah termasuk sekali dengan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bahawa rakyat  tidak bersetuju dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pihak pemerintah.

Pebahasan ini adalah merujuk kepada perbahasan mencegah kemungkaran melalui 3 peringkat yang disuruh oleh Nabi SAW dalam sabdanya :
"Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka wajib mengubahnya dengan menggunakan tangan (kuasa), maka sesiapa yang tidak mampu, maka dengan lisan, sekiranya tidak mampu juga maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman " -HR Muslim-

Dan Nabi SAW juga bersabda yang diriwayatkan oleh Anas RA yang bermaksud : " Bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi. Maka bertanya sahabat, 'Wahai Rasulullah, aku mengetahui bahawa  untuk membantu orang yang dizalimi maka bagaimana cara untuk membantu orang yang zalim?' Maka jawab Nabi SAW,' menghalangnya atau mencegahnya daripada berterusan melakukan kezaliman maka demikian kamu telah membantunya".



Semoga segala usaha rakyat di seluruh pelosok dunia yang mahu kebenaran tertegak di bumi Allah ini dengan berwasilahkan cara yang menepati syara' sentiasa diberi nusrah oleh Allah. Kemenangan Islam itu pasti dicapai suatu hari nanti

Artikel Asal : Manhal PMRAM
Nukilan:Mardhiah Binti Ibrahim
               Timbalan Lajnah Penempatan dan Perumahan

               BKASM 2012/2013