Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

RISALAH ILMIAH SIRI PERTAMA : ILMU ANTARA HAK DAN BATIL

Imej
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mencipta manusia di atas muka bumi ini daripada jahiliah kepada nur cahaya. Islam adalah satu-satunya agama yang memuliakan manusia dengan ilmu, bahkan kalaulah manusia bertaqlid dalam bab aqidah tanpa mengetahui hakikat sebenar ilmu maka dia boleh dikira berdosa dan murtad. Allah berfirman dalam kalamNya yang Agung: "يرفع الله الذين ءامنواْ منكم والذين أوتواْ العلم درجات" “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”.              (Surah Al-Mujadalah: ayat 11) Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menunjukkan satu martabat yang khusus bagi manusia apabila mereka mempunyai ilmu. Itulah pemahaman Islam yang sebenar terhadap ilmu. Hal ini secara tidak langsung dapat menolak pandangan segelintir manusia yang memandang islam sebelah mata lalu terus melabelkan Islam itu jumud. Persoalan yang seringkali timbul, adakah

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI KERAJAAN NEGERI

Imej
KAHERAH, 24 Disember 2014:   Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah   diadakan   di Komplek Asrama Selangor bermula   jam 7.30   malam . Antara wakil Kerajaan Negeri yang hadir pada malam tersebut ialah Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi( Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi), Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad( Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi). Dan wakil dari JAIS ialah Tuan Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad( Pengarah JAIS), Encik Mohd Azam bin Azmi(Penolong Pengarah Unit Pembangunan JAIS), Encik Muhamad Asmadi bin Mustakim(Ketua Sektor Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Islam JAIS), Encik Mohd Shukri bin Ruslan( Pegawai Penyelaras Pengajian Tinggi Bahagian Pendidikan Islam JAIS). Ucapan Majlis dimulakan dengan kalam daripada Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari,Yang DiPertua Agung

IDEOLOGI SONGSANG MEROSAK UMMAH - Tinta Jumaat Siri Ke - 4

Imej
IDEOLOGI SONGSANG MEROSAK UMMAH                  Kita sering mendengar perkataan fikrah hangat dibahaskan akan tetapi hanya segelintir yang memahami pengertian dan pengaruhnya di dalam masyarakat hari ini. Fikrah dikenali sebagai satu ideologi atau pemikiran yang akan menatijahkan keperibadian seseorang itu.                  Acapkali kita diperdengarkan dengan istilah-istilah ideologi yang masyhur antaranya adalah sekularisme. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekularisme?. Sekularisme adalah satu idea Barat yang dibawa oleh penjajah-penjajah ke Negara Islam supaya peranan agama Islam boleh dihadkan bagi memudahkan mereka mengambil alih kuasa pemerintahan dan ini adalah cara yang salah dalam Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud : “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi” (Surah Ali-‘Imran : Ayat 85)                  Berdasarkan firman Allah, kita da

USRAH GABUNGAN MERIBATKAN UKHUWAH

Imej
19 DISEMBER 2014,KAHERAH – Jabatan Fasilitator, Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT), Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), dengan kerjasama Lajnah Kesenian dan sukan (LKS)   sesi 2014/2015 telah mengadakan usrah gabungan semua ahli usrah ikhwah bagi sesi 2014/2015 yang bertempat Zahra’.Aktiviti yang telah dijalankan adalah futsal. Aktiviti Futsal ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi.Pihak BKASM telah menempah sebuah bas untuk pengangkutan pergi dan balik kepada semua ahli usrah.Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada ahli BKASM dan turut serta juga dalam program ini adalah Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal,Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor. Salah satu objektif program usrah gabungan ini diadakan adalah untuk memperkuatkan dan mempereratkan lagi silaturrahim dan ukhuwah antara semua ahli dan sebagai salah satu wasilah kepada ahli BKASM yang baru untuk mengenali ahli yang lama.Selain itu, sempena imtihan   fatrah satu yang akan d

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA - Tinta Jumaat Siri Ke -3

Imej
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA " Seringkali kita terdengar slogan-slogan keramat dilaung.Hal ini disebabkan bangsa Melayu yang terlalu kaya dengan adat dan istiadat.Namun timbul satu persoalan, adakah kesemua adat melayu berlandaskan syariat? Firman Allah: وَمَن يَعصِ اللَّه وَرَسُولَهُ, وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ, يُدخِلهُ نَاراً خَلِدًا فِيهَا وَلَهُ, عَذَابٌ مُهِينٌ                                                               (Surah An-Nisa' : ayat 14) Maksudnya : Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas syariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya,dan baginya azab seksa yang amat menghina. Dalam pada kita sibuk mempertahankan adat istiadat, perlu diingat, sejauh mana timbang tara kita berkenaan syariat? Tidak dinafi, ada adat yang berlandaskan syariat, namun masih lagi terdapat adat yang bertentangan dengannya. Kita bukan lagi hidup pada zaman kegelapan yang menjadi peneru

JAULAH MAQAM AULIYA

Imej
13 Disember 2014,SABTU-   Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 di bawah Lajnah Sambutan dan Rehlah(LSR) telah mengadakan jaulah maqam auliya’(kenali ulama ‘14) bagi peringkat ikhwah. Antara objektif yang dibawa pada jaulah maqam auliya’ kali ini adalah merapatkan ukhuwah antara ahli BKASM. Selain itu, menarik minat ahli untuk menjadi muysrif penerangan jaulah. Jaulah ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada ahli dengan ulama-ulama yang terdapat di Mesir sekaligus menjadikan ulama sebagai contoh dalam menuntut ilmu. Jaulah ini disertai oleh 45 siswa dari Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) Selangor dan 5 siswa dari BKAN Pahang termasuk 2 orang musyrif dan 3 ahli jawatan kuasa LSR yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Auzaie bin Roslan. Pendaftaran jaulah ini telah dibuka pada hari Khamis dan ditutup pada Jumaat malam. Pada jam 7 pagi, para peserta diminta untuk berkumpul di hadapan asrama Selangor untuk mendengar kalam perasmian   oleh Yang Di Pertua BK

TARBIAH MEMBENDUNG SIFAT MARAH - Tinta Jumaat Siri - 2

Imej
  TARBIAH MEMBENDUNG SIFAT MARAH “ Tarbiah bukan segala-galanya,tapi segala-galanya bermula dari tarbiah ” Berdasarkan dari kata hikmah di atas, tarbiah ini boleh disimpulkan kepada dua iaitu tarbiah ruhiyyah dan tarbiah jasadiah. Tarbiah ruhiyyah melibatkan hati dan iman manusia. Hati ini pula kadang-kadang diusik dengan sifat mazmumah yang boleh mendatangkan murka Allah antaranya sifat marah. Daripada Abu Hurairah R.A bahawa seseorang lelaki berkata kepada Rasulullah S.A.W : “Berwasiatlah kepadaku”,lalu sabda Nabi S.A.W : (jangan engkau marah ). Maka dia mengulangi pertanyaannya yang sama berkali-kali. Nabi S.A.W tetap bersabda: (jangan engkau marah). Sifat marah merupakan satu sifat yang lumrah di dalam diri manusia dan tidaklah Allah membebankan manusia itu melainkan dengan kemampuannya. Manusia yang sedang marah akan hilang sifat waras dan petunjuk pada dirinya. Rasulullah S.A.W sendiri telah melarang seseorang itu menjatuhkan hukuman antara dua pihak dalam ke