Khamis, Februari 27, 2014
Khamis, Februari 20, 2014
MAT-38 : Mendidik generasi berfikir
SABTU, 15 JANUARI
2014- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2012/2013 telah mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 (MAT ’38) yang bertempat di Kompleks Asrama
Rumah Selangor,Hayyu ‘Asyir,Kaherah. Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini
bertemakan ‘Musyawarah Injeksi Wehdah Ummah’. Objektif MAT pada kali ini
antaranya ialah memupuk sifat keterbukaan,memberi kritikan dan berlapang dada
menerimanya. Selain itu MAT pada tahun ini diadakan juga bertujuan untuk
melahirkan pelapis baru BKASM yang amanah dalam membawa pentadbiran generasi
akan datang.Kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini memberangsangkan.
Perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 bermula seawal jam 8 pagi dengan alunan bacaan ayat Al –Quran daripada
Saudara Abdul Najih dan ucapan daripada Ustaz Muhamad Nazif Shaari selaku
Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 3, seterusnya ucapan daripada Ustaz
Muhammad Syazwan bin Hamzah selaku Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan
Selangor, dan telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zainal , Pegawai
Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir.Mesyuarat Agung Tahunan diteruskan dengan
pembentangan gerak kerja daripada setiap lajnah dan jabatan.Pembentangan dan
perbahasan usul juga telah dibuka dan ahli mesyuarat telah bersetuju dan
bersepakat untuk membawa dua usul baru yang perlu dijayakan bersama samada
pimpinan BKASM 2014 mahupun ahli iaitu “Kebersamaan dalam memastikan
kelangsungan penghantaran mahasiswa ke Mesir” dan “Memperkasa fikrah
Islamiah menuju wehdatul amal”.
Mesyuarat
Agung Tahunan pada kali ini membawa sedikit kelainan dengan menggabungkan
Majlis Ucaptama Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014 di slot terakhir program.Tema
pembawaan BKASM pada kali ini ialah ‘Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan’
dan pembawaan BKASM yang perlu djayakan bersama pada sesi 2014 ialah:
1.
Keseimbangan Thaqafah dan Akademik Membentuk
Generasi Ulul Albab.
2.
Kestabilan Ekonomi Islam Tunjang Keutuhan
Organisasi.
3.
Mahasiswa Berintegriti Mendepani Arus
Globalisasi.
4.
Pemuda Tarbawi
Cerminan Generasi Azhari.
5.
Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan.
Alhamdulillah mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan
jayanya. Majlis berakhir dengan jamuan. Diharapkan Mesyuarat Agung Tahunan
dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Sekian,terima kasih.
Disediakan
oleh,
Siti Nur Ain Binti Roslee,
Timbalan Setiausaha,
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 (MAT ’38),
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
2012/2013.
Selasa, Februari 18, 2014
DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM 2014
Selasa, Februari 11, 2014
BORANG KAJI SELIDIK AKADEMIK & PENDIDIKAN LAJNAH PENDIDIKAN BKASM
Makluman kepada seluruh ahli PMRAM Cawangan Selangor
Link di bawah adalah Borang Kaji Selidik Akademik & Pendidikan di bawah Lajnah Pendidikan BKASM 2012/2013
Borang kaji selidik ini khas kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Selangor Mesir bertujuan meninjau dan mengkaji tahap pendidikan ahli BKASM dan Mahasiswa Selangor di Mesir.
Borang ini hendaklah di hantar sebelum tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 13 Februari 2014 bagi memudahkan pengurusan.
"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"KITA PMRAM"
Sila rujuk link di bawah untuk mengisi borang Kaji Selidik Akademi & Pendidikan Lajnah Pendidikan BKASM
BORANG KAJI SELIDIK AKADEMIK & LAJNAH PENDIDIKAN BKASM
Link di bawah adalah Borang Kaji Selidik Akademik & Pendidikan di bawah Lajnah Pendidikan BKASM 2012/2013
Borang kaji selidik ini khas kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Selangor Mesir bertujuan meninjau dan mengkaji tahap pendidikan ahli BKASM dan Mahasiswa Selangor di Mesir.
Borang ini hendaklah di hantar sebelum tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 13 Februari 2014 bagi memudahkan pengurusan.
"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"
"KITA PMRAM"
Sila rujuk link di bawah untuk mengisi borang Kaji Selidik Akademi & Pendidikan Lajnah Pendidikan BKASM
BORANG KAJI SELIDIK AKADEMIK & LAJNAH PENDIDIKAN BKASM
Sabtu, Februari 01, 2014
Kebajikan (TREMCO) sempena IMTIHAN fasa 1
24 Januari 2014– Badan kebajikan Anak
Selangor (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir
telah menyediakan kemudahan pengangkutan para mahasiswa dan mahasiswi
sempena peperiksaan fasa 1 .Tujuan disediakan pengangkutan ini bagi memudahkan
dan memeberi keselesaan perjalanan
kepada para mahasiswa/wi ke tempat
peperiksaan. BKASM dengan ini amat menghargai segala jasa baik pihak pejabat HEP
Selangor di atas keprihatinan dalam menjaga kebajikan anak-anak Selangor yang
berada di bumi anbiya ini.
Pihak BKASM juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ahli Selangor yang memberikan kerjasama yang cukup
baik dalam membantu menjayakan usaha ini.
Disediakan Oleh :
(MUHAMAD NAZIF BIN SHAARI )
Ketua Lajnah Sambutan Dan Rehlah
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013
Langgan:
Catatan (Atom)