Sabtu, Mac 22, 2014

Iftor Mahabbah: Wasilah Mengeratkan Ukhuwah.



20 Mac , KAHERAH – Unit Biah Solehah di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Unit Islamic Home di bawah Lajnah Penempatan dan Perumahan telah menganjurkan Iftor Mahabbah iaitu rumah luar berkunjung ke asrama Selangor dan berbuka puasa bersama ahli asrama. Antara tetamu yang hadir adalah daripada KORUS,pelajar perubatan dari Abbasiah,ahli dari ARMA,para mutazawwijin, dan beberapa ahli daripada muhafazah.Tidak dilupakan juga tetamu khas iaitu isteri-isteri pegawai dan eksekutif pejabat serta HEWI angkat  PMRAM Cawangan Selangor.  Aktiviti ini bermula dengan berbuka puasa iaitu ahli menjamah makanan ringan sebelum solat maghrib berjemaah di Musolla Asrama Haiyu ‘Asyir.

Seusai solat maghrib,ahli dihidangkan pengisian rohani berbentuk tazkirah khas daripada pimpinan BKASM iaitu Ustazah Nurul Farah Huda Jamani,Timbalan Lajnah Penempatan dan Perumahan. Antara isi tazkirah beliau adalah berkaitan pentingnya kesatuan dalam jemaah dan berkaitan syura sempena muktamar PMRAM yang akan diadakan tidak lama lagi. Selesai tazkirah semua ahli ke rumah masing-masing dan menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.

Antara objektif diadakan Iftor Mahabbah bukanlah semata-mata dengan berbuka puasa bersama-sama, ia juga bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli dengan lebih mendalam lagi. Selepas menjamu selera,tetamu dan tuan rumah masing-masing bertaaruf dan mengadakan sedikit tazkirah ringkas. Selesai bertaaruf ahli mengerjakan solat isyak dan seterusnya BKASM mengadakan kelas Tafaqquh Fiddin anjuran Unit Thaqafah bawah jabatan Yang DiPertua.

Alhamdulillah Iftor Mahabbah kali ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada semua pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKASM dan mudah-mudahan aktiviti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh:
Ustazah Mardhiah Ibrahim
Timbalan Unit Biah Solehah
Lajnah Dakwah & Tarbiah

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014

0 comments:

Catat Ulasan