Isnin, Mac 17, 2014

JAULAH (SMART) MENGERATKAN LAGI UKHWAH ANTARA AHLI DAN PIMPINAN


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 bawah Lajnah Sambutan & Rehlah telah mengadakan jaulah santai ke Ain Sukhnah pada 11 Mac 2014 bersamaan 13 Jamadilawal bagi siswa dan  12 Mac 2014 bersamaan 14 Jamadilawal 1435H bagi siswi.
Antara objektif yang dibawa pada jaulah Ain Sukhnah kali ini adalah memperkasakan tautan ukhuwah antara ahli selain meneliti kebesaran Illahi dan mengambil ibrah kesan dari berkelana di bumiNya. Di samping itu juga, jaulah kali ini bertujuan untuk menambahkan thaqafah dalam kalangan ahli.
Seramai 43 orang siswa dan 65 orang siswi serta 3 orang barisan musyrif daripada kalangan mutazawwijin dan musyrif BKASM bersama menjayakan jaulah ke Ain Sukhnah ini. Pendaftaran dibuka kepada peserta di maktabah dan seterusnya dibahagikan tempat duduk di dalam bas berdasarkan senarai kumpulan yang telah ditetapkan. Permusafiran ke Ain Sukhnah dimulakan dengan bacaan doa oleh musyrif dan perjalanan mengambil masa 2 jam.
Peserta diberikan sedikit taklimat tentang tentatif program setiibanya di Ain Sukhnah, seterusnya mendengar kalam perasmian daripada Yang Dipertua, Ustaz Fikhry Hakim bin Fadzilullah bagi siswa dan Yang Dipertua II, Ustazah Aina Nadzirah binti Mohd Yunus bagi siswi. Aktiviti diteruskan dengan senamrobik dan sukan pantai yang bertemakan One Family One Unity seperti chicken

dance, semut api, larian berhalangan dan Water Confident untuk siswa. Aktiviti siswi ialah golekan mesra, fill in the blank, panorama (team building) dan aktiviti ITQAN’S TALENT. Sebahagian siswa dan siswi membakar ayam BBQ untuk santapan tengahari buat seluruh peserta jaulah santai Ain Sukhnah. Tepat jam 12.00 tengahari peserta diberi santapan tengahari dan diteruskan dengan aktiviti santai. Para peserta menunaikan solat Jama’ Taqdim Zohor dan Asar.


Program diteruskan dengan ucapan penutupan dan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan. Tepat jam 5.00 petang peserta jaulah santai Ain Sukhnah memulakan perjalanan pulang ke Kaherah dan selamat tiba di Kaherah tepat jam 8.00 malam.
Pihak pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh siswa dan siswi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang menyertai jaulah santai ke Ain Sukhnah atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan jaulah tahunan kali ini.Semoga objektif untuk merapatkan ukhuwah antara kita tercapai dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah.     

0 comments:

Catat Ulasan