Isnin, Mac 03, 2014

Ucapan Tahniah Kepada Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim di atas beberapa tindakan bijak dan cemerlang dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Negeri Selangor.

Antara tindakan cemerlang kerajaan negeri berbentuk  penyelesaian  berkaitan isu industri air di Selangor yang telah menjadi bualan pelbagai pihak dan ia sekaligus telah mengembalikan dan menjamin hak rakyat Selangor.

Perjanjian persefahaman  yang melibatkan tujuh projek usahasama juga telah dimeterai antara agensi Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor di Kediaman Rasmi MB Kelantan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kerajaan negeri begitu optimis dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti negeri masing-masing. Antara 7 projek usahasama tersebut termasuklah halal hub, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam Ar-Rahn, pembangunan rangkaian fiber dan mewujudkan pusat pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.

BKASM sentiasa mengalukan-alukan sebarang usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terpelihara. Semoga usaha ini beroleh kejayaan dan mendapat ganjaran baik di sisi Allah taala.

“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

Fikhry Hakim bin Fadzilullah
Yang DiPertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2014

                

0 comments:

Catat Ulasan