Jumaat, Mac 21, 2014

YAUM AL-THAQAFI : MEMBACA PANDUAN KEHIDUPAN.




15 Mac 2014 , Kaherah – Unit Thaqafah bawah jabatan Yang Di-Pertua BKASM telah menganjurkan satu program sulungnya yang bertempat di musolla Darul Ehsan pada jam 6.30 malam. Program yang dinamakan Yaum Al-Thaqafi ini adalah program yang bertujuan menambah thaqafah ahli melalui ilmu-ilmu kontemporari dan sekitar isu semasa yang berkaitan.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya menjemput ustaz Muhammad  Nadzir Jamaluddin selaku  ketua Unit Thaqafah bagi memberi penerangan dan memperkenalkan Unit Thaqafah  bawah jabatan YDP memandangkan unit ini baru ditubuhkan pada sesi kali ini.
Majlis seterusnya menjemput ustaz Fikry Hakim B. Fadzilullah,YDP BKASM sesi 2014 selaku pembentang kitab dan memberi seluas-luasnya ruang kepada beliau  bagi membentangkan kitab yang bertajuk ‘Membaca Panduan Hidup’.
Pelbagai input bermanfaat dan berguna yang telah disampaikan oleh pembentang antaranya menanamkan kepentingan membaca sebagai satu keperluan bukannya hobi,cara untuk memupuk minat membaca seperti menentukan masa yang terbaik dan mengambilnya dari ulama’,serta bidang ilmu yang perlu dibaca sepertiAl- Quran, Sunnah dan buku-buku sejarah. Majlis bertambah rancak dengan adanya sesi soalan serta ahli berpeluang untuk menjawab sendiri soalan yang dikemukakan kepada  pembentang kitab.Semua ahli memberi komitmen dan respon yang terbaik sepanjang program berlangsung.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ustaz Fikhry Hakim dan mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau menerima jemputan dan memberi perkongsian bersama ahli BKASM yang lain.
Justeru, BKASM amat mengharapkan program-program seperti ini dapat memberi manfaat kepada ahli dan dapat menambah thaqafah ahli sehingga mampu mengkaderkan ahli-ahli sebagai tenaga pengisi untuk program-program yang dianjurkan di bawah BKASM pada masa akan datang.
Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
Yang  menjalankan tugas,

NABIELAH BINTI RAMLAN,
Setiusaha Yaum al-Thaqafi,
Unit Thaqafah,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014.



0 comments:

Catat Ulasan