Isnin, April 07, 2014

BKASM cakna kebajikan ahli




Laporan Kes Pecah Rumah Akhawat Rabaah

13 Mac 2014-Rabaah, Kaherah. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir diwakili Ustaz Muhammad Syafiq Bin Amran(Ketua Lajnah Kebajikan BKASM sesi 2014) dengan wakil Badan Pengurus PMRAM 2013 Ustaz Muhammad Salihin Abdullah bersama Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir menziarahi asrama rumah rabaah Selangor  didiami 11 orang akhawat yang telah menjadi mangsa pecah rumah.

Kejadian tersebut berlaku pada 12 Mac 2014 sekitar jam 12 tengah hari sehingga 1.30 tengah hari ketika kesemua mangsa tiada di  rumah. Pihak BKASM dan Atase Pendidikan Selangor  juga turut membantu mangsa membuat laporan polis di balai polis berdekatan. Kerugian dialami oleh mangsa dianggarkan bernilai sekitar LE 29 000.

Pada 6 April 2014, BKASM diwakili oleh Raisah,Ustazah Aina Nadzirah Mohd Yunus dan Ustazah Nurul Ain Rahmat,Timbalan Lajnah Kebajikan BKASM 2014 bersama beberapa wakil Hewi telah menziarahi ahli BKASM di Rabaah dan  memberikan sumbangan kepada mereka.

BKASM selaku badan kebajikan khususnya untuk anak-anak Selangor di Mesir sentiasa prihatin terhadap para ahli terutamanya isu kebajikan. Sehubungan dengan itu,sedikit sumbangan telah diberikan bagi meringankan bebanan mangsa. BKASM menasihatkan kepada semua ahli agar sentiasa berwaspada dan berhati hati pada setiap waktu dan ketika.
Pada 6 April 2014,



“TEGUH PEMIKIRAN RIBAT KEBERSAMAAN”


Disediakan oleh,
NURUL AIN BINTI RAHMAT,
Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014.                                                                                                                  


                                                                                                                  


0 comments:

Catat Ulasan