Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Tinta Jumaat Kali ke 16

Imej
 

NISFU SYAABAN,PADANYA ADA KEBERKATAN

Imej
Dalam sahih Bukhari dan Muslim,diriwayatkan bahawa Aisyah Radiallahu anha menceritakan, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam (SAW) ber puasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa lebih banyak dalam sebulan dibandingkan dengan puasa Beliau pada bulan Syaaban.” Dalam riwayat lain menyebutkan, “Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam berpuasa penuh pada bualan Syaaban.” Nisfu Syaaban adalah hari peringatan islam yang jatuh pada pertengahan bulan Syaaban.Nisfu Syaaban diperingati bahawa akan menjelangnya bulan ramadhan.Para Ulama menyatakan bahawa Nisfu Syaaban juga dinamakan sebagai malam pengampunan atau malam maghfirah,kerana pada malam itu Allah Subhanahu Wa Taala(SWT) menurunkan pengampunan kepada seluruh Alam,terutamanya kepada hamba-hambanya yang soleh.Al Imam Al-Ghazali menerangkan di dalam kitab karangannya Ihya’ Ulumuddin ,Al-Imam mengistilahkan malam Nisfu Syaaban sebagai malam y