Halaqah Ilmiah, Menambah Thaqafah Mahasiswa.

[Halaqah Ilmiah]

Tajuk buku: Keamanan dari Perspektif Islam, karangan Dr Yusuf al Qaradhawi (hasil perbincangan).

Keamanan membawa maksud ketenangan, ia adalah satu matlamat yang besar yang dibawa oleh Islam.
Keamanan merupakan punca suburnya kebahagiaan, maka kalau ada sifat ketakutan tidak ada kebahagiaan bagi seseorang itu. Ia juga nikmat yang paling besar dalam kehidupan.

Nabi telah bersabda:
"من أصبح منكم امنا في سربه,معافى في جسده, عنده قوت يومه, فكأنما حيزت له الدنيا"رواه الترمذي و ابن ماجه
"Sesiapa yang berasa aman dalam kelompoknya, sihat tubuh badannya, mempunyai makanan harian, seakan-akan dunia ini telah memenuhinya"

Antara jalan yang paling besar dalam merealisasikan keamanan tersebut adalah dengan kecukupan (الكفاية), dan caranya adalah dengan bekerja, bukan dengan meminta-minta( sedekah). Bekerja dengan apa-apa pekerjaan. Selagimana tidak membebankan orang lain.

Seorang Ansar yang datang kepada Nabi Muhammad meminta sedekah daripada baginda, lalu Nabi menyuruhnya supaya mencari kayu api untuk dijual. Ini menjadi dalil bahawa kita perlu bekerja untuk mendapat kecukupan dan bukan dengan jalan meminta sedekah seperti ansar tadi.

Adapun golongan yang tidak mampu; faqir dan miskin, Islam menyelesaikan masalah mereka dengan adanya zakat.

"تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم" متفق عليه
"Diambil daripada orang-orang kaya dan diberi kepada orang-orang faqir"

Dengan zakat yang mereka peroleh, dapat menyelesaikan punca masalah kesusahan mereka. Kemudian mereka dapat mencari nafkah mengguna modal zakat yang mereka peroleh.
Kita jarang berbincang mengenai peruntukan seseorang yang patut diperoleh.Zakat yang mereka sepatutnya peroleh dalam syarak ada dua pendapat: ada yang berpandangan cukup diberi sekali seumur hidup dan ada yang berpandangan diberi zakat mengikut per tahun.

Bagi pandangan pertama, kalaulah seseorang itu tukang kayu, maka diberi seperti alat tukang dan tempat untuk dia bekerja, atau kalau dia peniaga diberi modal untuk perniagaannya. Di zaman Saidina Umar menjadi khalifah, beliau mengkayakan orang faqir dengan zakat.

"إذا أعطيتم فاغنوا"
"Sekiranya engkau hendak memberi, kayakan mereka"

Dan pada zamannya, saidina Umar pernah memberi tiga ekor unta kepada seorang lelaki yang سوء الحال.
Pandangan kedua pula adalah bagi orang yang tidak mampu untuk bekerja seperti orang buta dan orang yang bersangatan tua (boleh rujuk perbahasan yang lebih mendalam dalam kitab al Islam, karangan Said Hawwa, dalam bab zakat)

Apabila zakat ini direalisasikan sepertimana yang diwajibkan, maka tidak pelik tiada manusia yang membuat kerosakan dalam masyarakat seperti mencuri dan merompak sepertimana yang berlaku sekarang. Semua orang mempunyai harta yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Tiada sebab mereka hendak mencuri kerana mempunyai aset yang mencukupi.

Selain daripada zakat, negara berperanan dalam menjaga pemilikan umum; harta rampasan perang, cukai tanah dan petrol, supaya diagih kepada orang yang berhajat. Islam juga menggalakkan umatnya bersedekah untuk diberi kepada orang miskin dan anak yatim.

Hasil daripada perbincangan di atas,dapat kita simpulkan bahawa semua cara untuk mendapat kecukupan, merupakan wasilah terbesar dalam menyuburkan keamanan. Di situ juga ada dua aspek lain yang membawa kepada keamanan, iaitu melalui aqidah dan syariah.

Dari aspek Aqidah Islamiah, manusia merasakan semua perkara yang berlaku;kesenangan atau kesusahan, miskin atau kaya, semuanya daripada Allah. Pemikiran yang sedemikian menjadi  sebab kita berasa aman, dan kita tidak takut melainkan kepada Allah.
Allah berfirman:
الذين ءامنوا ولم يلبسوا إيمنهم بظلم أولئك لهم الأمن وهم مهتدون
َ
"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk". Surah al An'am, ayat 82.

Dari segi syariah pula, syariah menjamin kehidupan seseorang dijaga, bahkan lebih dari itu.
Pertama, Islam menjaga nyawa manusia, hatta bayi dalam kandungan pun Islam menitikberatkan. Seorang ibu yang mengandung yang takut memberi mudharat sekiranya dia berpuasa maka Islam memberi keizinan untuk dia berbuka.

Hukuman bagi yang membunuh nyawa manusia(tanpa hak) perlu dibalas dengan nyawa, juga bagi yang mencedarakan, memukul atau sebagainya tanpa hak pun dikenakan balas balik. Maka, Islam mewujudkan satu sistem qisas terhadap kesalahan-kesalahan tersebut.

Syariat juga mengharamkan kita membunuh haiwan dan wajib kita ihtiram ( menghormati) nyawa haiwan.
Nabi bersabda:

"عذبت امراة في هرة سجنتها حتى ماتت, فدخلت فيها النار" متفق عليه
"Seorang perempuan diazab disebabkan mengurung seekor kucing sehingga mati, maka dia dimasukkan dalam neraka"

Islam juga melarang daripada mrngumpat dan mengintai kesalahan orang.

Kemudian, kita dapat lihat pada zaman sekarang yang sedang kecoh di dunia adalah perlaksanaan jenayah syariah iaitu hudud. Islam menjaga harta manusia, maka Allah menyuruh kepada hudud dilaksanakan ke atasnya. Kesan daripada memberi cadangan perlaksanaan SAHAJA, Brunei berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak 50%.

Dan hidup manusia akan lebih aman, apabila pemimpin yang melakukan kesalahan maka dia boleh dihadapkan ke mahkamah untuk dihukum dengan adil oleh hakim.

Ketika mana Saidina Ali Amirul Mukminin berjumpa dengan hakim untuk mendapat keadilan terhadap perisainya yang dicuri oleh seorang Yahudi, lalu apabila tidak cukup bukti maka saidina Ali kalah dalam perbicaraan itu. Disebabkan adilnya Islam, maka yahudi tersebut berasa kagum dan akhirnya masuk Islam.

Solusi:
1)Kepentingan untuk kerajaan membantu rakyat yang memerlukan.

2)Perlaksanaan hudud, yang merupakan satu suruhan dalam Islam, perlu dilaksanakan untuk menghadirkan keamanan dalam negara

3)Perlu sedar dan menyedarkan orang lain tentang manusia sekarang, secara umumnya, berada dalam keadaan ketakutan, berdasarkan faktor-faktor keamanan yang tidak dipenuhi. Adapun beberapa negara Islam yang tidak aman, walaupun mereka telah melaksanakan  sebahagian atau seluruh hukum islam, asbab tidak aman adalah perkara yang datang secara luaran, bukannya dalaman.( boleh lihat link di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=861073300585701&id=100000491178707&refid=17)

|UNIT THAQAFAH|
|BKASM 2014|

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]