LIGA UKHUWAH BKASM 2014



Sempena ulang tahun BKASM yang ke-49,Lajnah Kesenian dan Sukan 2014 telah menganjurkan Futsal Ukhuwah Bkasm untuk menyatukan anak-anak Selangor dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan mereka.


Futsal Ukhuwah BKASM 2014 merupakan program yang dianjurkan dibawah Lajnah Kesenian dan Sukan.Program yang julung kalinya ini diadakan pada hari Rabu bersamaan 25 Jun 2014 bertempat di Nadi Syabab,Musallas. Jumlah kehadiran adalah memberangsangkan baik dalam kalangan Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan.


Tujuan Futsal Ukhuwah ini dianjurkan sempena menyambut ulang tahun Badan Kebajikan Anak Selangor yang ke-49.BKASM sudah bertapak di bumi Mesir ini selama 49 tahun dan banyak ujian dan cabaran telah dilalui.Dengan adanya program ini secara tidak lansung akan menyerap dan menambahkan lagi kasih dan sayang terhadap BKASM itu sendiri .Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli Selangor itu sendiri.Nama dan tema yang dibawa dalam program ini telah jelas untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli. 



Bermain futsal sememangnya salah satu medium terbaik untuk menyatukan anak-anak Selangor di bumi Mesir tanpa mengira perbezaan pendapat dan fahaman politik dan lain-lain.



Secara keseluruhan, Futsal Ukhuwah BKASM 2014 ini berjaya mengumpulkan sebahagian anak-anak Selangor yang berada di bumi Mesir bahkan dapat menjalinkan hubungan yang baik diantara BKAN Takhi Zon D yang telah disusun oleh PMRAM sendiri.Dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli Selangor sendiri malahan sinergi antara sains kesihatan dan pengajian islam juga dapat terjalin dan terbina kukuh.Akhirnya,pihak penganjur memohon ribuan kemaafan diatas kekurangan sepanjang berlansungnya program dan berharap supaya program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]