Jumaat, Ogos 29, 2014
Khamis, Ogos 28, 2014
Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor Ditubuhkan Untuk Perjuangkan Hak Pelajar
Rentetan daripada masalah sistem
pembayaran zakat dermasiswa yang dihadapi oleh sebahagian pelajar pengajian
Islam Selangor di Mesir,Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan
Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar Selangor.Penubuhan jawatankuasa
khas itu telah dilancarkan oleh Ustaz
Fikhry Hakim Bin Fadzilullah selaku Yang Di Pertua BKASM sesi 2014 dalam program Yaum At Thaqafi anjuran Unit
Thaqafah pada 25 Ogos 2014 yang lepas. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ust
Ahmad Bin Jaafar dan timbalannya iaitu Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail.
Beberapa gerak kerja awal di pihak
Jawatankuasa khas telah dilaksanakan, antaranya usaha pengumpulan data maklumat dan aduan berkaitan para pelajar yang
mempunyai masalah pembayaran zakat dermasiswa.Di samping itu pengerusi
jawatankuasa khas yang kini berada di Malaysia juga telah mengadakan pertemuan
empat mata dengan Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir iaitu Ust Mohd Farid
Bin Mohd Zainal dan mantan Pegawai HEP Selangor Mesir iaitu Ust Mohd Faryzan
Bin Subkhi bagi mengutarakan masalah dan membincangkan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk menangani masalah ini.
Perancangan dan langkah-langkah telah
disusun dan akan digerakkan oleh pihak jawatankuasa khas pada masa akan datang demi
memastikan hak pelajar Selangor terbela.BKASM mengharapkan agar seluruh ahli
dapat bersama berganding tenaga membantu pihak jawatankuasa dalam
memperjuangkan isu ini untuk kepentingan bersama.Di sini dilampirkan senarai ahli Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar
Selangor:
Pengerusi: Ust Ahmad Bin
Jaafar
Timbalan Pengerusi:
Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail
Setiausaha: Ustazah Norul
Syamimi Binti Misroni
Tenaga Penggerak:
Ust Fikhry Hakim Bin
Fadzilullah
Ust Abdul Mun’im Bin Abd Sukor
Ust Mohd Nadzir Bin Jamaluddin
Ust Mohd Nazim Bin Bahnan
Ustazah Rozana Binti Masnan
Ustazah Siti Hawa Husna Binti
Rosman
Disediakan Oleh:
Setiausaha Jawatankuasa Khas Bertindak Isu Zakat Pelajar
Selangor
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014
Sabtu, Ogos 16, 2014
Jumaat, Ogos 08, 2014
Selasa, Ogos 05, 2014
KENYATAAN RASMI: BKASM SOKONG TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR
KENYATAAN RASMI: BKASM SOKONG TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR
Baru-baru ini
negeri Selangor digemparkan dengan cadangan menukar jawatan Menteri Besar Selangor yang
sedang disandang oleh Y.A.B Tan Sri
Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim sehingga mencetuskan kemelut yang kurang
menyenangkan dalam kalangan rakyat Selangor.
Maka Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) selaku badan rasmi yang mewakili suara
anak Selangor di Mesir terpanggil untuk menyatakan pendirian dengan menyokong
penuh kedudukan Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin
Ibrahim selaku Menteri Besar negeri
Selangor yang bertuah ini.
Pastinya dengan
pelbagai hasil mahsul ekonomi untuk kebajikan
rakyat Selangor dan rekod urustadbir
negeri yang sangat cemerlang selama dua
penggal ini, dibuktikan dengan peningkatan sokongan rakyat kepada kepada
Pakatan Rakyat pada PRU 13 yang lepas, rakyat Selangor sendiri telah
menyaksikan kredibiliti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam memikul amanah
sebagai menteri besar. Mungkin kedapatan beberapa kelemahan yang berlaku tetapi
ia masih boleh diuruskan dengan saluran yang sebaiknya tanpa perlu menukar kepimpinan yang bersifat tergesa-gesa.
Allah swt berfirman dalam Surah Saad ayat 26:
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah
menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan
(hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau
menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan
Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab
yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah)
itu”.
Berdasarkan
firman Allah swt tersebut BKASM melihat
bahawa kepimpinan adalah satu amanah
yang amat besar tanpa didasari oleh nafsu yang tamakkan pangkat dan jawatan. Justeru,
masyarakat haruslah menyedari bahawa polemik isu MB Selangor yang timbul ini
tidak hanya berkaitan dengan survival agenda sesebuah parti politik akan tetapi
ia melibatkan kepercayaan,kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor. Ini kerana
Islam mengajar kepentingan umum hendaklah sentiasa diutamakan berbanding
kepentingan peribadi atau pihak tertentu.Seperti yang disebut di dalam kaedah
fiqh muwazanat:
تقدم المصلحة العامة على المصلحة الخاصة
“Diutamakan
kepentingan umum berbandingan kepentingan tertentu”
Alasan yang
dikemukan bagi menukar kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga dilihat meragukan
oleh BKASM sedangkan rekod pentadbiran beliau yang bersih tanpa terlibat dengan
isu penyalahgunaan kuasa. Seharusnya dalam polemik ini,pandangan daripada
rakyat Selangor perlu dijadikan rujukan utama.
Justeru itu, BKASM
mengharapkan agar polemik ini dapat ditangani
secepat mungkin dengan terus memberi ruang kepada menteri besar yang sedia ada
bagi melaksanakan tanggungjawab beliau sekali gus tidak mengabaikan kepentingan
rakyat supaya setiap agenda yang telah dirancang oleh kerajaan negeri dapat
dijayakan dengan berkesan.
“Teguh Pemikiran Ribat
Kebersamaan”
Fikhry Hakim Bin Fadzilullah
Yang Di Pertua
Badan Kebajikan Anak Selangor 2014
Langgan:
Catatan (Atom)