ROADSHOW BAKTISISWA BKASM 2014- KELANGSUNGAN GENERASI PELAPIS



LABUHNYA TIRAI ROADSHOW BAKTISISWA MESIR

OGOS - SEPT  - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 telah menganjurkan Program Roadshow Baktisiswa Mesir yang menghimpunkan  pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Program ini telah memulakan misi roadshow selama dua minggu iaitu 4 hari berturut-turut bermula pada 25 Ogos dan berakhir 4 Sept 2014. Sekolah pertama yang dikunjungi adalah  Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Abdul Aziz Shah Batu 38, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah serta Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru.Penjelajahan minggu ke-2 dimulai dengan Sekolah Agama Menegah Jeram, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,Sekolah Agama Menengah Tinggi Bandar Baru Salak Tinggi dan diakhiri di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin.

Program Roadshow Baktisiswa Mesir ini telah membuka tirainya seawal jam 8.30 pagi dengan majlis perasmian dan diikuti dengan aktiviti yang telah disusun oleh unit Pengisian dan Modul. Antara pengisian menarik yang dikongsi adalah talkshow berkaitan Al-Azhar, Mesir dan Persatuan serta motivasi “ Adab-Adab Pelajar Muslim ”. Program ini juga telah diselangi dengan tayangan video dan gambar  yang telah disediakan oleh unit Promosi dan Teknikal. Selain itu,slot gerak kerja berkumpulan yang melibatkan fasilitator dan pelajar telah berjaya mengeratkan hubungan ukhuwah sekaligus berkongsi pengalaman fasilitator dalam menerajui kehidupan yang mencabar di bumi tarbiah Mesir.

Antara objektif Program Roadshow Baktisiswa Mesir bagi sesi 2014 ialah:

·         Memberi kefahaman dan pendedahan awal yang sebenar tentang Mesir
·         Menanam semangat dan keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam STAM dan menyambung pengajian ke Mesir
·         Menanam minat penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan peserta

Akhirnya,Program Roadshow Baktisiswa Mesir anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) melihat betapa pentingnya pendedahan awal dalam memperkenalkan kursus pengajian yang ada di Mesir dan kelebihan menyambung pengajian di sana sebagai pembuka mata dan menarik minat mereka dalam melanjutkan pengajian yang lebih tinggi. Mudah-mudahan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Di samping itu,ia dapat menambahkan pengalaman serta aktiviti kepada anak Selangor Mesir yang pulang bercuti.
Barisan jentera penggerak Roadshow Baktisiswa Mesir mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu tidak kira secara langsung atau tidak. Moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian.

Sekian, wallahua’lam.

Disediakan oleh ,

Muhammad Zulhilmi bin Al-Amin
Setiausaha
Program Roadshow Baktisiswa Mesir
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014

























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]